Terbaru, pelakon dan usahawan Anzalna Nasir telah membuat kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Hanif Zaki yang ke -28.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat di akaun Instagram miliknya, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir telah tampil mengenakan hijab ketika meraikan ulang tahun kelahiran suaminya.
“Semoga terus istiqomah. Happy birthday my love @hanif_zaki Thank you @mianasir91 for the video,” tulisnya.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidress yang kini sudah mencecah usia 3 tahun.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata terutamanya ketika melakukan aktiviti rekreasi sama ada sewaktu mendaki gunung ataupun berkhelah di air terjun.
Menurut Ara, sampah yang dibawa seharusnya dibuang di tempat yang sepatutnya dan kita juga hendaklah memastikan kawasan rekreasi tersebut kembali bersih sebelum pulang.
Katanya lagi, sekiranya perbuatan tidak bermoral ini masih berterusan, keadaan alam sekitar sudah pasti akan bertambah buruk.
“Anda semua jika nak pergi mendaki atau berkhemah di kawasan air terjun, tolong pastikan sampah dibawa turun ke bawah dan buang ke tempat yang sepatutnya atau bakar sebelum nak pulang.
“Macam mana nak jaga alam sekitar jika masih terdapat sekumpulan manusia yang tiada sivik,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Bunga itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, kalau bukan kita sendiri yang menjaga dan menghargai keindahan alam sekitar di negara ini, tiada lagi orang lain yang akan bertanggungjawan untuk melakukan perkara sedemikian.
“Aku geramlah, kita mendaki dan berkhemah sebab nak menyaksikan keindahan alam sekeliling serta menghirup udara segar.
“Tetapi jika sampah dibuang merata-rata, kau rasa tak sakit ke mata bila tengok?
Kau ingat di atas sana ada tukang kutip sampah ke yang nak kemaskan untuk kau? Tolong jadi rakyat Malaysia yang berguna, jangan jadi sampah,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang memaparkan keadan sampah sarap yang bertaburan di kebanyakkan kawasan rekreasi yang dipercayai ditinggalkan oleh para pengunjung yang datang ke kawasan tersebut.
Sumber: Instagram Ara Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelitup muka dan mulut Nun Ha milik pasangan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan isterinya, Neelofa habis terjual 220,000 keping sebelum pelancaran rasmi dibuat, baru-baru ini.
Produk terkini keluaran syarikat Markaz Tijaari itu difahamkan mula dijual sejak selasa lalu secara dalam talian.
Menurut Riz, 26, yang juga pendakwah bebas, jualan itu sekali gus membantu 18,000 peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat mereka yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, balu dan ibu tunggal.
“Sebenarnya, pelitup muka dan mulut ini belum dilancarkan secara rasmi lagi, tapi kami buka jualan lebih awal. Alhamdulillah, tidak menjangka ia habis terjual dalam tempoh yang singkat.
“Sedikit sebanyak, jualan ini juga membantu peniaga kecil yang berdaftar di bawah syarikat kami. Apatah lagi, kebanyakan mereka adalah golongan wanita suri rumah, ibu tunggal dan balu. Jadi, dapatlah menjana pendapatan untuk mereka,” katanya.
Berkongsi lanjut mereka sudah merancang mengenai produk tersebut sejak hujung tahun lalu lagi.
“Rekaan produk ini empat lapis dan sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Cuma, untuk fasa pertama pengeluaran kami keluarkan warna putih dulu. Insya-Allah, selepas ini ada banyak warna lagi.
“Ini adalah idea bersama saya dan isteri. Perancangannya sejak hujung tahun lalu lagi, tapi ‘production’ baru bermula sejak beberapa bulan lalu.
“Semoga produk baharu ini memberi manfaat kepada semua selain harga yang dijual juga mampu milik iaitu RM29.99 untuk 20 keping,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jalinan kerjasama di antara syarikat produksi, Zebra Studio Sdn. Bhd dan Tremendous Entertainment menyaksikan satu sisi positif buat industri perfileman tempatan.
Ini kerana, dua syarikat ini telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.
Menurut Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim, usaha tersebut setidak-tidaknya mampu mengembalikan kerancakan industri perfileman lokal yang terkesan susulan pandemik COVID-19.
“Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan di kedua-dua ruang Pentas dan Media. Dengan kekurangan kandungan hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media kami dalam 18 bulan ini.
“Penghasilan filem-filem dengan kerjasama bersama Zebra Studio ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih mantap di Malaysia bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,” jelasnya.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra untuk menghasilkan dan membuat filem-filem ini dengan niat untuk mempamerkannya kepada dunia, kerana kami percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” jelasnya lagi.
Beliau berkata, perjanjian yang dibuat itu menuju kepada visi mereka untuk memperluaskan Tremendous ke arah pendigitalan ketika beralih dari pameran acara ‘stage play’ untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
Sementara itu, Pengasas yang juga Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.
“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.
“Ia bertujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia serta memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” jelasnya.
Difahamkan, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor serta empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Di samping itu, beliau menyatakan tiga filem tempatan berbahasa Inggeris turut akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia, India serta beberapa buah negara lain.
“Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021,” katanya.
Diketuai oleh Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos dan VFX.
Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir dari Zebra Pixel yang diketuai oleh Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkaya kandungan Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.