Pelakon, Aishah Azman mengakui agak kecewa dengan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya ada melakukan pembedahan kecantikan pada wajah terutamanya di bahagian hidung.

Jelas Aishah, dakwaan tersebut boleh disifatkan sebagai fitnah memandangkan dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan pada bahagian berkenaan.

“Tak tau nak gelak ke nak sedih, huhuhu. Zaman fitnah, sampai muka saya yang kembang macam potato ni pun awak nak cakap saya buat.

“Takpelah, saya maafkan awak,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Mencintaimu Mr. Photographer itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Kau Bosan Sangat Ke Bod*h, Mulut Jaga Sikit,” – Aishah Azman Kecewa Dituduh Buat Pembedahan Muka, Ini Respon Balas Si Abang, Afiq Muiz “Kau Bosan Sangat Ke Bod*h, Mulut Jaga Sikit,” – Aishah Azman Kecewa Dituduh Buat Pembedahan Muka, Ini Respon Balas Si Abang, Afiq Muiz

IKLAN

Enggan isu tersebut dibiar berpanjangan, Aishah mendedahkan dirinya telah pun memaafkan individu-individu yang melemparkan tuduhan tersebut.

Pada masa sama, Aishah turut dilihat memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan keseluruhan wajahnya ketika ini.

Entri berkenaan turut mendapat perhatian abangnya yang juga merupakan pelakon, Afiq Muiz.

“Kau Bosan Sangat Ke Bod*h, Mulut Jaga Sikit,” – Aishah Azman Kecewa Dituduh Buat Pembedahan Muka, Ini Respon Balas Si Abang, Afiq Muiz

IKLAN

“Nak tanya apa-apa, tanya abang dia dulu. Kau bosan sangat ke bod*h. Mulut jaga sikit. Malu kat orang tengok,” luahnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu-individu berkenaan selain turut menasihati Aishah supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

“Ignore je. Tetap cantik di mata saya.

IKLAN

“Dah takde kerja sangat agaknya. Habis muka orang depa belek-belek nak siasat.

“Biarlah. Yang penting saya suka awak.

“Dia jealous dengan hidung you. Sabar okay,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Kau Bosan Sangat Ke Bod*h, Mulut Jaga Sikit,” – Aishah Azman Kecewa Dituduh Buat Pembedahan Muka, Ini Respon Balas Si Abang, Afiq Muiz “Kau Bosan Sangat Ke Bod*h, Mulut Jaga Sikit,” – Aishah Azman Kecewa Dituduh Buat Pembedahan Muka, Ini Respon Balas Si Abang, Afiq Muiz

Selain aktif berlakon, Aishah juga kini dilihat sibuk menguruskan bisnes tudungnya di seluruh platform media sosial.

Sumber: Instagram Aishah Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI