Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya rezeki untuk memiliki sebuah kereta baru jenis Mazda CX-5 sebagai hadiah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 baru-baru ini.

Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zureal, dia menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu ‘reward’ untuk dirinya sendiri diatas usaha dan kerja kerasnya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

“Belanja sikit hadiah birthday i haritu! Alhamdulillah at my age of 24, i dapat unlock 1 more achievement in my life.

“Different people,different journey kan? Bukan la mewah mana but I’m beyond happy!! More to come insyaallah!,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Kampung People itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Bukanlah Mewah Mana Tapi…,” – Teruja Beli Kereta Baru Sempena Bday Yang Ke-24, Riena Diana Gembira Dalam Syukur “Bukanlah Mewah Mana Tapi…,” – Teruja Beli Kereta Baru Sempena Bday Yang Ke-24, Riena Diana Gembira Dalam Syukur

Katanya lagi, meskipun pencapaian tersebut berjaya diraihnya pada usia yang muda, namun Riena tetap berpandangan setiap individu pasti mempunyai impian dan jalan hidup mereka yang tersendiri.

Dalam pada itu, Riena turut memaklumkan kejayaan tersebut juga kini telah menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus berusaha mengejar cita-cita dan impiannya pada masa akan datang.

“Bukanlah Mewah Mana Tapi…,” – Teruja Beli Kereta Baru Sempena Bday Yang Ke-24, Riena Diana Gembira Dalam Syukur

IKLAN

Menerusi ruangan komen,rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Riena.

“I am so proud of you Riena. I cry.

“Wah, congrats Riena! Semoga terus sukses.

“Tahniah Riena. Saya doakan Riena sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik-baik selalu.

IKLAN

“Wow, Lailer, makin bertambah manis la lepas ni. Congrats ya.

Alhamdulillah, syukur. Always proud of you,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Bukanlah Mewah Mana Tapi…,” – Teruja Beli Kereta Baru Sempena Bday Yang Ke-24, Riena Diana Gembira Dalam Syukur “Bukanlah Mewah Mana Tapi…,” – Teruja Beli Kereta Baru Sempena Bday Yang Ke-24, Riena Diana Gembira Dalam Syukur

Terdahulu, selain bergelar pelakon, Riena juga merupakan salah seorang penyampai yang bertugas di stesen radio, Hot FM yang mengendalikan segmen Sembang Squad bersama gandinganya Haziq Hussni.

Sumber: Instagram Riena Diana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI