Umum mengetahui, penularan wabak Covid-19 nyata memberi impak kepada semua pihak tidak kira sama ada daripada sudut fizikal, mental dan juga ekonomi.

Penutupan beberapa sektor ekonomi juga menyebabkan segelintir daripada kita terpaksa mencari alternatif lain untuk meraih sumber pendapatan bagi menyara keluarga mahupun diri sendiri.

Bagi pelakon, Amar Asyraf pula, dia kini dilihat sibuk mengusahakan beberapa jenis bisnes antaranya menjual pakaian dan juga sambal.

“Itu Bukan Duit Saya, Allah Suruh Bagi Pada Awak,” – Zizan Razak Berhabis RM1,000 Borong Baju & Sambal, Amar Asyraf Luah Rasa Sebak

Terbaru, sebuah video berdurasi lebih satu minit telah pun tular di laman Twitter yang memaparkan perbualan diantara Amar bersama pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak.

Menerusi video yang dimuat naik semula itu, Zizan memaklumkan dirinya bersedia untuk membayar RM1000 sebagai tanda sokongannya terhadap bisnes yang dijalankan oleh Amar.

“Itu Bukan Duit Saya, Allah Suruh Bagi Pada Awak,” – Zizan Razak Berhabis RM1,000 Borong Baju & Sambal, Amar Asyraf Luah Rasa Sebak

Menurut Zizan, dia sebenarnya bukanlah berniat mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya dia hanya mahu berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

IKLAN

“Okay. No problem Amar. Saya akan masukkan RM1000. Bukan saya nak menunjuk tapi saya nak bagi RM500 untuk baju dan RM500 lagi untuk sambal. Awak boleh bagi dekat orang.

“All the best Amar. Tapi itu bukan duit saya itu duit daripada Allah. Rezeki daripada Allah. Allah suruh bagi dekat awak,” katanya.

Tindakan Zizan tersebut dilihat telah membuatkan Amar berasa sebak sehingga dia tidak dapat menahan air matanya.

“All the best Amar. Janganlah nangis. Saya pun jadi nak nangis tengok live awak. Saya sebenarnya nak suruh awak senyum. Saya nak awak happy. Saya dah dm nombor telefon saya. Nanti awak dm ye,” jelasnya lagi.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Amar dilihat telah pun menitipkan ucapan penghargaannya buat beberapa rakan artis yang telah pun menunjukkan sokongan terhadap bisnesnya itu.

IKLAN

“Itu Bukan Duit Saya, Allah Suruh Bagi Pada Awak,” – Zizan Razak Berhabis RM1,000 Borong Baju & Sambal, Amar Asyraf Luah Rasa Sebak

Menurut Amar, dia sememangnya berasa amat terharu selain turut menyifatkan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf)

“Allahuakhbar. Hari ni Allah hantar @zizanrazak869 untuk saya. Kemudian @johanarrif_asari tolong saya.
Tadi saya nampak seorang lagi saudara saya @zahiriladzim jugak. Terima kasih jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Kalau ada rakan rakan terdekat saya tak perasan tadi saya minta maaf. Terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan Allah sahaja yang dapat balas.

IKLAN

“Saya ni amal tak banyak. Alhamdulillah Allah kabul doa saya semalam. Kalaulah nampak saya di neraka, tuan puan tariklah saya ke syurga. Assalamualaikum. Terima Kasih semua tuan puan yang mulia,” tulisnya.

“Itu Bukan Duit Saya, Allah Suruh Bagi Pada Awak,” – Zizan Razak Berhabis RM1,000 Borong Baju & Sambal, Amar Asyraf Luah Rasa Sebak

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut berazam untuk mencontohi keperibadian yang ditunjukkan oleh Zizan itu.

“Baiknya Zizan, dahlah hensem, kaya, pemurah, support member pulak tu. Moga dapat jodoh yang baik-baik berkat banyak tolong orang dan baik hati.

“Dalam islam pun suruh kita jadi kaya, kaya supaya kita dapat bersedekah kat orang.

“Memang ramai yang terkesan artis juga manusia biasa. Artis bantu sesama artis. Alhamdulillah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan di laman Twitter selain turut dihujani komen-komen positif warganet.

Sumber: Instagram Amar Asyraf & Twitter Bangjim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI