Menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mahu mencari calon suami untuk ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latib.

Fazley Yaakob Tengah Usaha Cari Jodoh Buat Ibu, Umur 60 & Bukan Suami Orang! – “Doakan Saya.” Fazley Yaakob Tengah Usaha Cari Jodoh Buat Ibu, Umur 60 & Bukan Suami Orang! – “Doakan Saya.”

Menurut Fazley, dia tergerak hati berusaha untuk mencari jodoh buat ibunya selepas berjaya dalam pencarian jodoh buat adik bongsunya yang kini telah pun dirisik oleh bakal suami, baru-baru ini.,

Fazley Yaakob Tengah Usaha Cari Jodoh Buat Ibu, Umur 60 & Bukan Suami Orang! – “Doakan Saya.” Fazley Yaakob Tengah Usaha Cari Jodoh Buat Ibu, Umur 60 & Bukan Suami Orang! – “Doakan Saya.”

“Bismillahirohmanirohim… Saya nak cari jodoh untuk ibu saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tergerak hari ini membuat posting ini.

IKLAN

“Yang terakhir saya buat posting sebegini ialah ketika saya cari jodoh untuk adik perempuan bongsu saya. Alhamdulilah, dah dirisik pun oleh bakal suaminya.

“Kini saya nak usahakan untuk ibu saya tercinta pula. Sememangnya soal jodoh & pertemuan, semuanya rahsia Alllah. Kita sebagai manusia akan kekal berusaha dan berdoa,” tulisnya.

Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut memaklumkan kriteria calon suami buat ibu yang dicari.

IKLAN

“Maka, ini adalah usaha saya untuk ibu saya yang tercinta. Saya nak mencari insan yang sudi menjadi teman hidup ibu saya.

“Jika ada yang memenuhi ciri2 ini, mohon DM saya untuk saringan terlebih dahulu ya :

1. Bukan suami orang (maaf ye)
2. Berumur di antara 60-70 tahun
3. Jujur dalam mencari kebahagiaan dunia & akhirat
4. Penyayang dan penyabar
5. Suka makan, sebab ibu saya rajin memasak dan baking hahaha!
6. Takde semua ciri di atas tu pun tak apa, asalkan baca semula ciri no 1.

IKLAN

“This is my mission…doakan saya berjaya! (IBU JANGAN MARAH PAJI OK?! PAJI BUAT NI UNTUK KEBAHAGIAN IBU TAU! PAJI SAYANG IBU SANGAT SANGAT!” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Fazley Yaakob Tengah Usaha Cari Jodoh Buat Ibu, Umur 60 & Bukan Suami Orang! – “Doakan Saya.” Fazley Yaakob Tengah Usaha Cari Jodoh Buat Ibu, Umur 60 & Bukan Suami Orang! – “Doakan Saya.”

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dengan meninggalkan rekasi pelbagai pada ruangan komen.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI