Penyanyi senior, Aishah Ariffin mendedahkan dia sememangnya sudah terbiasa menikmati suasana pagi sambil diiringi alunan Al-Quran dan diikuti pula dengan ibadah solat Dhuha.
Menurut Aishah, rutin berkenaan sebenarnya sudah lama diamalkan sewaktu usianya masih muda.
Katanya lagi, sekiranya suasana tersebut diamati sebaiknya, kita akan dapat merasakan nikmat ketenangan hati.
“Berpagi-pagian sangat menenangkan jiwa. Naturally I am owl, bermula daripda masa mula-mula menyanyi dulu kehidupan seperti burung hantu, tidur siang berjaga malam.
“Tetapi sesiapa yang belum cuba berpagi-pagiaan ni cubalah, diiringi dengan zikir dan bacaan ayat suci Al Quran diikuti oleh solat Dhuha. Masyaallah rasakanlah keajaibannya, kerana masa inilah rezeki Allah swt turunkan untuk hambaNYA,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Aishah turut menzahirkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai amal ibadahnya baru-baru ini.
Jelas Aishah, amal ibadah ini bukanlah sesuatu yang harus ditunjuk-tunjuk sebaliknya ia merupakan rahsia diantara kita dan Sang Pencipta.
“Btw, semalam bila I upload video I nyanyikan lagu Fan Club I, ada yang mengingatkan I supaya lebih byk beribadah. I shoot video tu pun untuk membantu mengumpul dana.
“Tapi, terima kasih di atas ingatan uolls semua. Tapi kita takkan nak tunjukkan amal ibadah kita buat kat media sosial kot.
“Sembunyikanlah ibadahmu seperti kamu menyembunyikan keaibanmu. Sekian tazkirah pagi ni. Stay safe everyone,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut menasihati Aishah supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.
“Sangat happy bila Kak Aishah dah kembali ceria.
“Setiap ibadah yang dilakukan, biarlah Allah saja yang tahu.
“Yang penting be happy and spread your positive vibes.
“Yang penting sis happy, chill dan fun. Takdelah stress kan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Aishah telah pun menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19 dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan kecemasan.
Bagaimanapun, selepas 12 hari menerima rawatan, Aishah akhirnya disahkan telah kembali sembuh sepenuhnya.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang baru, Cash Farhan mengakui banyak mengambil inpirasi daripada penyanyi pujaannya, G-Dragon dalam muzik.
Kata pemilik nama lengkap Muhamad Asyrol Farhan Ahmad ini lagi, minat terhadap muzik mendoronya untuk terus merealisasikan impian sementelah mengikuti pengajian di Korea Selatan sejak lebih dua tahun lalu.
“Saya sambung pengajian di Seoul lebih dua tahun dan pada masa sama banyak bergaul dengan warga tempatan di sana.
“Malah saya juga pernah jalani uji bakat di Korea juga, jadi minat itu diteruskan bila pulang ke Malaysia,” jelasnya jujur.
Ditanya siapakah penyanyi yang dijadikan sebagai sumber inspirasi, pemuda berusia 23 tahun ini mengakui anggota kumpulan BigBang, G-Dragon sebagai rujukan.
“Saya cukup kagumi G-Dragon meski ada yang sinikal terhadap gosip panas yang pernah melandanya. Apa pun, saya tidak melihat dari segi yang kurang enak mengenai sisi peribadi, tetapi saya lebih gemar untuk mengenai perjalanan muziknya.
“Misalnya dia juga merupakan seorang penerbit dan dia tahu muzik apa yang sesuai seiring cita rasa para peminat.
“Malah dia juga bijak bergaya dan saya sendiri turut meminati fesyen,” jelasnya yang kini melakukan percubaan awal dengan mempertaruhkan single sulung, Trust.
Berkonsepkan fushion pop yang mempuyai elemen dance, Trust menjadi ciptaan bersama Ewal Ismail dan lirik hasil tulisannya sendiri. Lebih menarik, Cash turut berkemampuan untuk bertutur dalam bahasa Korea dan Mandarin dengan baik.
“Saya seorang pelajar bahasa dan gemar untuk teroka perkara baru. Contohnya kalau ada yang pesimis terhadap usaha ini, saya tidak ambil pusing.
“Saya seorang positif. Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Janji saya puas dan ada yang berpuas hati dengan hasil kerja saya,” akhiri Cash optimis.
Terdahulu, Trust difahamkan berkisah mengenai kisah cintanya sendiri yang kecundang di tengah jalan kira-kira empat tahun lalu.
Video muzik rasmi Trust juga sudah dimuat naik di YouTube sejak penghujung Jun lalu.
Foto: Instagram Cash Farhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan satu perkara mudah bagi setiap ibu bapa yang memiliki anak menghidap Autism dan itulah yang dilalui pelakon senior, Zarina Zainuddin.
Menerusi akaun media sosial Instagram, Zarina ada menitipkan kata ucapan bersempena Hari Autism Sedunia yang disambut pada tanggal 2 April setiap tahun.
Pelakon berusia 49 tahun ini mendoakan agar setiap ibu bapa yang memiliki anak istimewa itu untuk sentiasa tabah dan kuat mengharungi ujian kehidupan.
“Selanat hari Autism Sedunia Tak tahu nak cakap apa dah.
“Semoga mereka yang ada anak anak autism terus tabah dan kuat #autism #autismawareness #azilazal,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut menitipkan kata semangat buat Zarina agar juga terus cekal dan tabah untuk menyayangi anaknya.
Sekadar informasi, Zarina memiliki sepasang anak kembar yang menghidap Autism iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).
Video: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan kontroversi, Zarina Anjoulie ada berkongsi berita gembira di Instagramnya semalam.
Menerusi posting tersebut, dia baru sahaja membeli sebuah kereta model Proton X70 SUV berwarna putih.
“Yeay … new day new car..Biar la proton je yang penting bukan no plate bukan register under nama cina mana entah ok .. beli apa yg afdal n sesuai dgn ekonomi sendiri . Tak sanggup aku nk angkot merc Tapi terkinja2 nk bayar kang Pastu makan maggi Pastu kang kena tarik..
“Sebelum kau cakap ha proton je … let me tell u that I had my first bmw when I was 25 n guess what worse decision ever . Sebab nk cam korang la giler glam nk show off… Tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit Kalau takde 2k tak yah cite end up Bila jual balik value jatuh nk mati aku rugi.. utk apa ?? Semua utk kebodohan aku nk show off… I don’t need all that now..
“I’m happy with my life keta aku proton Tapi hari2 aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak bmw makan ikan reject kat pasar,” tulis Zarina.
Dalam pada itu, Zarina juga sempat posing bersama kereta barunya itu.
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...