Perkongsian foto terkini daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian wargamaya.
Selepas beberapa hari tidak berkongsi foto terbaharu, hantaran tersebut nyata memberi ruang buat pengikutnya untuk meninggalkan komen dan titipan.
Malah, tidak kurang yang memuji penampilan figura bekas hos MeleTop ini dan ada juga yang membuat spekulasi dia tampak berseri kerana didakwa sedang berbadan dua.
Biar hal tersebut tidak pernah disahkan tuan badan, namun peminat turut berdoa yang terbaik berkaitan hal berkenaan.
Itu antara komen awal yang ditinggalkan wargamaya menerusi ruangan komen.
Terdahulu, perkongsian foto berkenaan adalah bersempena dengan ulang tahun jenamanya, Naelofar yang ketujuh yang turut disertakan dengan pelbagai promosi dan koleksi terkini khusus buat pembeli.
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil hampir lima bulan.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana binti Mohd Hatim menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Menurut Hunny, sewaktu tiga bulan pertama dia mengalami alahan yang agak teruk sehingga memaksanya untuk kerap ke tandas dan hanya duduk di dalam bilik.
“Time to spill the tea. We are 21 weeks pregnant! The 2nd and 3rd month felt like the longest period of my life because all I saw was the toilet bowl and the bed.
“Thank goodness the first trimester is done and dusted. I also got my first vaccine around 14 weeks and now I’m fully vaccinated,” tulisnya.
Penyanyi lagu Gucci Dowh ini turut menambah, dia amat teruja untuk berkongsikan mengenai keadaan kehamilannya itu meskipun pada awalnya dia memilih untuk merahsiakan mengenai perkara tersebut.
Katanya lagi, kandungannya itu juga kini dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat baik.
“Excited to share our happiness with you. I feel like I’ve kept this secret for way too long for some reason.
“Alhamdulillah baby is doing good and I can’t wait to see @fedrighifrancesco handle dirty diapers and milk spew in a few months. But for now, I’m gonna enjoy cooking this bun in the oven. And eat some too,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Hunny turut memaklumkan dia bakal memperlahankan aktiviti-aktiviti senamannya buat sementara waktu.
“I’ve slowed down on my usual workouts and resorting to long walks instead so if you’re not seeing some new workout videos from me, well now ya know! Much love from us,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Hunny dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Oh, Alhamdulillah. Congrats. I’m so happy for you.
“Alhamdulillah, congrats Hunny sayang.
“Take care mummy hugs.
“Yay, congrats. Can’t wait,” antara reaksi-reaksi netizen dan rakan artis di ruangan komen.
Untuk rekod, Hunny telah pun mendirikan rumah tangganya bersama suaminya yang berasal daripada Italy, Fedrighi Francesco pada tanggal 2 Mei 2020.
Sebelum ini juga, Hunny pernah berkahwin dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2018.
Hasil perkahwinan pertamanya itu, Hunny telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Eva Medina dan Adam Musa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini bergelar pengacara pula apabila tampil mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Tidak terlintas untuk berlaku tamak gara-gara mahu melakukan pelbagai cabang kerja, namun ibu kepada dua cahaya mata ini akui situasi pandemik Covid-19 ketika ini turut menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif bersama suntikan inspirasi menerusi program terbabit.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Isteri kepada Asyraf Khalid ini sebelum ini pernah berlakon dan menyanyi selain menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini, lebih 30 episod sudah bersiaran dan ia kemudiannya turut dikongsi dipelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram serta dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundang menerusi program berkenaan
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai mengenai sejauh mana kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua, ini kata Tya;
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini.
“Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” jelas Tya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi anda yang membesar di era awal 2000an pasti kenal dengan kumpulan wanita Girls Aloud yang popular setelah memenangi pertandingan realiti Popstars : The Rivals. Setelah dibubarkan pada tahun 2009, kumpulan ini membuat kemunculan semula pada tahun 2012 sebagai tanda 10 tahun mereka di dalam dunia muzik sebelum muktamad berpecah pada tahun 2013.
Salah seorang ahli kumpulan ini, Sarah Harding, 39, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad dan perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya. Meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara, sebelum itu mendiang Sarah terlebih dahulu pernah mengumumkan yang dia menghidap penyakit tersebut pada Ogos tahun lalu.
Dalam satu hantaran di laman Instagram Sarah yang ditulis oleh ibunya, Marie, “Dengan berat hati saya ingin berkongsi berita yang anak saya, Sarah, sudah meninggal dunia. Mungkin ramai dari anda sudah tahu perjuangan Sarah menghadapi penyakit kanser dan bagaimana kuatnya dia melawan penyakit itu sejak hari pertama diagnosis.
“Dia pergi dengan aman pagi ini. Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan sejak setahun yang lalu. Keprihatinan semua sangat bermakna kepada Sarah dan perkara itu memberi dia kekuatan kerana dia tahu dia disayangi.
“Saya tahu dia tidak mahu diingati hanya kerana berlawan dengan penyakit ini. Dia adalah bintang yang bersinar dan saya harap dia akan dikenang kerana itu.”
Ketika bersama dengan kumpulan Girls Aloud, Sarah mengecap populariti dan kejayaan yang sangat besar. Kumpulan tersebut telah diangkat sebagai UKsBiggest Selling Group untuk abad ke-21 dengan 4.3 juta single dan 4 juta keping album terjual di negara tersebut. Selain Sarah, kumpulan vokal wanita ini dianggotai oleh lima wanita anggun termasuklah Cheryl Cole, Nicola Roberts, Kimberley Walsh dan Nadine Coyle.
Antara lagu popular yang menjadikan kumpulan ini terkenal seperti I’ll Stand By You dan The Promise.
Sumber: Instagram Sarah Harding
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.