Selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata keenam sebelum ini, pelakon, Ozlynn Wati akhirnya tampil mendedahkan nama puterinya itu.
Menurut Ozlyn, dia dan suami yang juga merupakan pelawak serta penyampai radio, Johan telah pun bersepakat menamakan anak mereka sebagai Nur Latifah Cherdiq Hanania.
Katanya lagi, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.
“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini,” kongsinya lagi.
Perkaea tersebut dikongsikan Ozlynn menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur selepas dikurniakan rezeki untuk sekali lagi menimang cahata mata.
Dikesempatan itu juga, pelakon drama, Bukan Gadis Biasa ini turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji pilihan nama permata hati mereka.
“Alhamdulillah dan Assalamualaikum baby Cherdiq.
“Comelnya jari jemari Cherdiq.
“Alhamdulillah. Semoga menjadi cerdik dan cantik seperti nama yang diberikan. Ameen.
“Assalamualaikum. Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Semoga aunty dikurniakan zuriat. InsyaAllah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.
Sekadar informasi, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup, psangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Sumber: Instagram Ozlyn Wati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI