Rakan baik Sarah Jessica Parker, Willie Garson yang dikenali menerusi rangkaian drama dan juga filem Sex & The City telah meninggal dunia pada usia 57 tahun. Willie yang membawa watak Stanford Blatch di dalam siri popular tersebut sebagai seorang agen bakat yang sentiasa berada di sisi Carrie Bradshaw lakonan Sarah Jessica Parker bermula tahun 1998 sehingga 2004.
Dia yang kemudiannya muncul dalam rangkaian filem Sex & The City itu dikhabarkan turut membintangi siri penghasilan semula dari siri asal popular itu yang diberi judul ‘And Just Like That’ yang ketika ini dalam proses penggambaran.
Bersama pelakon utama And Just Like That
Pelakon ini meninggal dunia pada Selasa disebabkan penyakit kanser pankreas. Mendiang menghembus nafas terakhir di kelilingi orang tersayang dan meninggalkan seorang anak angkat lelaki bernama, Nathen.
Dalam satu hantaran Instagram, Nathen mencurah rasa, “Saya sayang ayah sangat-sangat. Semoga tenang di sana dan saya sangat lega kerana ayah dapat berkongsi semua cabaran dengan saya dan berupaya mencapai pencapaian yang banyak. Saya bangga dengan ayah. Saya akan selalu sayang ayah, tetapi saya rasakan yang kini sudah tiba masanya untuk ayah menempuhi cabaran sendirian.
Ads
“Ayah akan selalu ada dengan saya, saya menyayangi ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya lega yang kini ayah sudah berada di tempat yang lebih tenang sekarang. Ayah akan selalu menjadi seseorang yang kelakar, keras kepala dan bijak yang saya pernah kenali. Saya bersyukur kerana ayah berkongsi kasih sayang itu dengan saya. Saya tidak akan melupakannya atau hilangkannya.”
Menarik tentang pelakon ini, walaupun dia melakonkan karakter sebagai seorang lelaki lembut dan gay di dalam Sex & The City, Willie sebenarnya seorang lelaki heteroseksual
Ads
Selepas siri asal drama bersiri ini tamat pada tahun 2004, mendiang meneruskan kerjayanya dalam dunia lakonan menerusi drama lain seperti John from Cincinnati, White Collar, Whole Way Down dan Hawaii Five-0 disamping berlakon dalam beberapa buah filem.
Umum mengetahui, pengacara dan penulis lagu, Fedtri Yahya sering kali berkongsi rasa serta persoalan di laman Twitter sebagai salah satu cara untuk berinteraksi bersama para pengikutnya.
Terbaru, Fedtri dilihat ada bertanyakan soalan secara rawak mengenai nasihat yang ‘tak boleh pakai’.
Apakah ‘nasihat tak boleh pakai’ yang pernah anda terima?
“Apakah ‘nasihat tak boleh pakai’ yang pernah anda terima?,” tulis Fedtri.
Entri tersebut menerima reaksi pelbagai yang rata-ratanya berkongsi kisah mereka berhubung persoalan yang diajukan.
Antara yang turut memberikan respon terhadap ciapan berkenaan termasuklah rapper popular, Altimet.
Dedah Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, sewaktu dia masih bergiat aktif di dalam industri seni, dia pernah diberikan cadangan untuk mencipta kontroversinya sendiri bagi menaikkan lagi popularitinya.
Kau kena ada kontroversi, ada scandal. Baru nama naik dlm industri ni. Takkan nak harapkan orang suka lagu je. Kita set up cerita kau pegi kelab malam, standby photographer kat luar ambik gambar kau, ok?
“Kau kena ada kontroversi, ada scandal. Baru nama naik dlm industri ni. Takkan nak harapkan orang suka lagu je. Kita set up cerita kau pegi kelab malam, standby photographer kat luar ambik gambar kau, ok.
“Yeaaaaaaaaa nope,” jelas Altimet.
Bagaimanapun, Altimet memaklumkan dia telah pun menolak dan enggan melakukan kesemua cadangan-cadangan tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga selain turut memuji tindakan bintang berkenaan yang dipercayai menolak cadangan tersebut.
“Itu la realitinya industri kita. Sebab tu tak habis habis ada je artis yang buat kontrovesi. Just to remain relevant.
“It’s not good to have your name stand out with bad backgrounds. Buat kerja kena clean, suci. Baru berkat. Takkan nak tunggu viral sebab benda tak elok baru rezeki nak masuk.
“Hahaha terbaik. Hidup dengan maruah.
“Hebat bro, salute,” antara komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Altimet kini giat menjalan aktiviti sosial khusus bagi meringankan beban mereka yang terkesan sepanjang tempoh pendamik Covid-19.
Sumber: Twitter & Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir mendedahkan mereka masih belum mempunyai nama buat puteri sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, pasangan selebriti ini sudah pun mempunyai beberapa nama sambil mengharapkan agar nama yang dipilih itu akan membentuk sahsiah yang baik buat puteri mereka.
“Kami sudah ada beberapa senarai nama, akan tetapi belum ‘decide’. Masih tak tahu lagi nama apa yang akan diberikan. Huruf pun lain-lain, tiada istilah tiba-tiba ada abjad A dengan N ke (Ayda dan Nabil) atau seumpamanya.
“Selalunya ada anak orang lain yang menggabungkan nama. Cuma kami belum pilih, tiada apa yang boleh dikongsikan mengenai perkara itu.
“Nama itu pun adalah sebutan, doa juga. Jadi bila kita faham dan tahu apa maksud termasuk nama samaran itu… biarlah yang baik,” kata mereka.
Ayda dan Nabil ditemui pada sesi pengumuman jantina bayi yang dilangsungkan secara atas talian, baru-baru ini.
Sementara itu, mereka turut mengakui ahli keluarga lain juga tidak mengetahui dari peringkat awal mengenai jantina anak yang dikandung Ayda.
“Ahli keluarga tidak tahu daripada awal mengenai jantina bayi. Malah barangan kelengkapan bayi yang dibeli kami akan cuba sorokkan. Memang terpaksa berahsia.
“Rasa bersalah juga sebenarnya apabila ada ketika bapa mertua ada bertanya dan kami cakap kena tunggu. Malah sesi tersebut juga dibuat saat akhir dan kami sekeluarga dekorasi sendiri,” kongsi Ayda.
Terdahulu, penyanyi lagu Mata itu dijangka bersalin pada 8 Oktober depan, namun kerana memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Foto: Instagram Ayda Jebat, Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyifatkan pengalaman menyusukan dua anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa menjadi pengalaman terpaling indah dalam hidupnya.
Menerusi perkongsiannya di Webinar Penyusuan Pa&Ma, Aku Tak Penat Susukan Anak baru-baru ini, pengalamannya membawa Afiyah ke beberapa buah negara dan menyusukan kedua anak kecilnya dalam kesibukan waktu menjadi detik paling manis.
Malah menurut Siti, dia juga melalui detik yang sama dengan ibu yang lain, yang mana ada ketikanya berbicara mengenai penyusuan yang ‘struggle’.
“Bila bercakap tentang menyusukan anak, saya rasa setiap ibu memang niat nak menyusukan anak sendiri dan itu juga yang berlaku pada saya.
“Walaupun saya jadi ibu agak lambat, iaitu pada usia 39 nak masuk 40 tahun, saya ada juga perasaan takut. Takut dan bimbang adakah saya boleh susukan anak saya sampai umur dua tahun.
“Dari dapat tahu saya hamil lagi, saya dah banyakkan membaca untuk cari ilmu nak menggalas tanggungjawab dan sebagai persediaan untuk jadi ibu dan menyusu nanti.
“Saya banyak belajar dari menantu saya, Tya Ariffin. Saya tengok depan mata sendiri macam mana gigihnya Tya menyusu dan stok dia sampai penuh satu peti sejuk. Saya kagum sangat.
“Jadi waktu itu saya terfikir-fikir, dapatkah saya menyusu macam itu dengan usia yang dah lewat. positifkan pemikiran saya.
“Bila sampai waktu masa nak dekat bersalin, masa hamil tujuh ke lapan macam tu, emak saya pesan bila lepas mandi tu kena urut-urut sikit untuk lancarkan susu kelak. Jadi dari awal saya dah biasakan.
“Saya juga mengalami bengkak susu masa awal-awal dulu tapi alhamdulillah saya ada orang berpengalaman di sekeliling saya yang banyak membantu. Saya banyak membaca dan buat petua orang lama-lama dan konsisten positif serta sentiasa berdoa.
“Saya minum air yang cukup untuk menyusu. Apa saja petua banyakkan susu saya cuba termasuklah amalkan minuman sarang burung, Beaunest saya,” katanya, memetik Pa&Ma.
Penyanyi lagu Anta Permana ini turut mengenang memorinya bersama Aafiyah sewaktu berada di negara orang, tidak lama dulu.
Dia turut membawa sama permata hati sulungnya itu Aafiyah ke siri jelajah konsertnya di Jakarta, Indonesia selain lawatan ke Jepun dan Singapura.
Semuanya demi memastikan penyusuannya pada Aafiyah lancar.
“Ini pengalaman yang sangat indah dalam hidup saya. Dari awal lagi, saya memang niat ke mana saya pergi saya memang akan bawa dia dan dah niat nak susukan dia sampai umur dua tahun.
“Lepas saya pantang, saya dapat offer ke Jepun, masa tu Aafiyah masih menyusu lagi dan sudah semestinya saya bawa dia ke Jepun. Masa latihan dan masa full dress pun saya tetap bawa Aafiyah.
“Alhamdulillah penganjur sangat memahami dan sediakan tempat untuk saya berehat dan menyusu. Sebelum naik pentas, saya susukan dia kenyang-kenyang dulu dan barulah buat persembahan. Semua ini satu pengalaman cukup manis buat saya,” kongsi Siti lagi.
Sementara itu, Siti turut menambah, pengalaman menyusukan dua anaknya cukup berbeza.
”Pengalaman menyusukan Aafiyah dan Afwa memang sangat berbeza. Anak lelaki dan perempuan memang lain sangat. Kalau tengok badan Afwa pun memang sangat semangat.
“Saya pun cuba sedaya upaya untuk susukan Afwa walaupun kemampuan tak seperti orang muda. Tapi saya sentiasa positif.
“Orang kata struggle susukan anak dan sekarang pun saya melalui struggle tu. Ada masa susu banyak dan ada waktunya susu drop. Walaupun duduk dekat rumah, tidur tak cukup, badan penat.
“Masa saya penuh, terkejar-kejar dan kadang-kadang saya tak sempat nak pam susu. Bila dah tak konsisten mulalah susu makin kurang dan saya alaminya sekarang.
“Afwa pula memang kuat sangat menyusu, sekali menyusu sampai 4-5 auns sampai berat sekarang berat dah 8kg lebih. Bila dah makin kurang, saya dah mula top up dengan susu formula.
“Saya harap saya diizinkan Allah untuk teruskan menyusu Afwa sampai umur dia dua tahun. Insyallah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Siti turut mengambil berat soal pemakanan terutama di waktu pantang untuk memperbanyakkan susu selain kesihatan tubuh badannya.
“Sebenarnya waktu kita pantanglah cukup penting pada saya. Saya dijaga oleh Natalis, saya memang banyak makan ikan yang dikukus dan buat sup. Saya ambil lobak putih, susu kambing dan vitamin untuk banyakkan susu.
“Selain itu saya amal makan kurma dan Beaunest saya dan alhamdulillah saya konsisten sahaja dengan minum jumlah air yang banyak.
“Bagi saya kalau struggle nak susukan anak jangan sampai kita stress dan down, sedih yang berpanjangan sebab Allah akan bagi rezeki pada anak-anak.
“Kalau kita dah cuba sehabis baik, kalau tak ada rezeki tak ada salahnya kita campurkan dengan susu formula,” kongsinya.
Untuk rekod, Siti berkahwin dengan suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.