Pendakwah dan aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew mengakui berasa amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelawak, Azlee Senario lebih-lebih lagi ketika melakukan kerja-kerja amal bersamanya sebelum ini.

Jelas Ustaz Ebit, ketika menyertai misi bantuan amal di sebuah perkampungan orang asli, Azlee merupakan seorang yang sangat komited dan sering kali menghiburkan para penduduk kampung dengan lawak-lawak nasihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Abang @azleesenario baik sangat. Dia kali dah bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Ustaz, saya happy sangat. Di kampung asli, Abang Azlee ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi.

“Balik jer dari setelah beberapa hari bersama. Abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Rasa nak ikut sentiasa kerja ini,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Ustaz Ebit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Bulan Ni Je Dah 8 Hari Abang Beri Untuk Kerja Ni,” – Sumbang Buah-Buahan Untuk Program Misi Bantuan, Ustaz Ebit Lew Kongsi Keperibadian Azlee Senario “Bulan Ni Je Dah 8 Hari Abang Beri Untuk Kerja Ni,” – Sumbang Buah-Buahan Untuk Program Misi Bantuan, Ustaz Ebit Lew Kongsi Keperibadian Azlee Senario

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut merakamkan ucapan penghargaannya buat anggota kumpulan lawak, Senario itu kerana bermurah hati untuk menyumbangkan buah-buah jualannya untuk misi bantuan amal ini.

“Bulan ni jer dah 8 hari abang beri untuk kerja ini. Tenang yer ustaz buat kerja begini. Bahagia jer. Sejuk hati. Terasa banyak tanggungjawab kita,” ujarnya lagi.

“Bulan Ni Je Dah 8 Hari Abang Beri Untuk Kerja Ni,” – Sumbang Buah-Buahan Untuk Program Misi Bantuan, Ustaz Ebit Lew Kongsi Keperibadian Azlee Senario “Bulan Ni Je Dah 8 Hari Abang Beri Untuk Kerja Ni,” – Sumbang Buah-Buahan Untuk Program Misi Bantuan, Ustaz Ebit Lew Kongsi Keperibadian Azlee Senario

IKLAN

Sementara itu, Ustaz Ebit juga mengakui berasa amat gembira dengan keputusan Azlee yang ingin menghidupkan amalan sunnah di rumahnya sebagai rutin bersama ahli keluarga.

“Di rumah abang Azlee dah mulakan amalan Talim bersama keluarga. Rumah kita akan best sangat jika ada amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw setiap hari bersama,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan doa semoga Azlee sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ya Allah, baiknya hati ustaz. Allah sayang ustaz.

IKLAN

“Rindu lawak Pak Azlee.

“Allahuakbar, semoga Allah SWT balas segala kebaikkan.

“Abang Azlee. Semoga dimurahkan rezeki,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Azlee kini difahamkan sedang mengusahakan bisnes buah-buahan serta madu di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.

Sumber: Instagram Azlee Senario & Ustaz Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI