Pelakon Izreen Azminda berkongsi dia kini berdepan situasi sukar untuk tidur di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika sedang meniti hari untuk bersalin anak ketiga tidak lama lagi.
Pekara tersebut dimaklumkan menerusi salah satu hantaran di Instagram selain turut mendedahkan, beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).
“Dah hujung2 ni (fasa kehamilan) mmg semua mommies ada masalah tdoq ka.. kami susah sungguh nk tdoq lately ni.. kalau tdoq pun tdoq2 ayam ja.
“Pusing sana tak kena sini tak kena..mkn pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ads
Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang turut sama berkongsikan pengalaman.
Ads
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Terdahulu Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Anas Tahir berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapa mereka, Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Anas yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan penulis lagu popular, Faizal Tahir itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Anas turut merakamkan ucapan penghargaannya buat segala jasa dan penat lelah ayahnya dalam mendidik serta membesarkan mereka selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut menitipkan doa semoga arwah bapanya itu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah bang. Al-fatihah.
“Salam takziah bang. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sekadar informasi, beliau juga merupakan Alhi Pemegang Amanah bagi badan bukan kerajaan, MyCare selain turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aqsa Syarif.
Sumber: Instagram Anas Tahir, Faizal Tahir & MyCare
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Novelis dan penulis skrip tersohor, Siti Jasmina menyifatkan drama Korea yang kini semakin mendapat sambutan luar biasa, Squid Game telah pun jauh mengatasi siri popular Netflix, Money Heist.
Menurut Jasmina, meskipun Squid Game merupakan sebuah siri baharu, namun, segala aspek yang ingin ditonjolkan menerusi drama ini telah pun digarab dengan sangat baik.
Katanya lagi, penyusunan elemen kejutannya juga sangat berbeza dan tidak cliche seperti drama-drama yang lain.
“Pengalaman menonton siri Money Heist yang dah berpuluh episod ditayang dan dengan menonton Squid Game – 9 episod saja tayangannya, haaaaaaaaaaaa squid game pukul habis tinggalkan jauh level pemikiran, kualiti storyline, character building, subtext, triller, substance even entertainment element pun bukan sekadar entertainment.
“Ia melengkapkan setiap satunya berbanding Money Heist dan cliffhanger Squid Game memang kurang ajaq! Hahhaha memang tak boleh nego esok sambung tonton,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Khir Rahman itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Jasmina turut memuji seluruh tenaga kreatif yang diketuai oleh pengarah, Hwang Dong-Hyuk kerana telah memberikan rasa keputusan saat menonton drama arahannya.
“Orang asia ni kalau buat hal memang orang barat takkan mampu fikir hal mereka sampai level tu hahahaa.
“Team Kreatif dan Hwang Dong-hyuk iaitu Penulis juga beliau Pengarah Squid Game! Terima kasih sebab beri kepuasan penontonan yang luar biasa.
“Buatkan kepala dan perasaan penonton macam roller coaster dan dalam masa yang sama kita check and balance semula tentang watak dan sifat masing-masing! Briliant!,” ujarnya lagi.
Komen yang diberikan oleh Jasmina itu nyata mendapat reaksi daripada pelabagai pihak yang turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh seorang penulis skrip sepertinya.
“Bila sifu recommend, kena tengoklah macam ni.
“Ramai kawan-kawan update Squid Game ni tapi saya belum tergerak hati nak tengok. Tapi lepas review sebegini, sekarang juga saya layan kak.
“Yes kak. Baru habis tengok Squid Game semalam. Best,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Jasmina merupakan penulis skrip profesional tanah air dengan antara karya yang pernah dihasilkan ialah drama berjudul 3 Janji, Ustaz Amirul dan filem Tembus.
Sumber: Instagram Siti Jasmina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu berjudul Aina Abdul yang menampilkan kelainan apabila menggabungkan tiga lagu baladanya iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi.
Namun dalam ramai yang menyukai lagu berkenaan, ada juga memberikan reaksi sebaliknya apabila beranggapan mereka seolah-olah tertipu memandangkan ia bukanlah sebuah lagu baru sepenuhnya.
“Saya ada baca banyak ‘mix review’. Ada yang rasa tertipu, ada yang kata saya ‘scam’ dan pelbagai lagi. Bagi saya, semua orang ada pendapat saya tersendiri.
“Lagu ini juga seperti lagu baharu. Saya juga tak pernah janji kepada sesiapa yang saya bakal mengeluarkan lagu baharu. Ada yang ingat saya keluarkan lagu baharu, rupanya tiga lagu lama yang disatukan.
“Susunan muzik dalam lagu ini juga adalah susunan baharu dan bagi saya, lagu ini seperti lagu baharu. Tapi, saya sendiri faham kepada mereka yang tak dapat merasakan ‘hype’ yang sama seperti saya, saya bersedia untuk terima komen sebegini,” katanya.
Aina bagaimanapun tidak menyalahkan mereka yang memberikan kritikan kerana dia sedaya upaya telah cuba memberikan suatu yang berbeza.
“Tak salah mereka fikir begitu tetapi bukan niat saya untuk menipu mereka. Saya tak fikir saya tipu sesiapa kerana saya sukakan produk akhir yang disampaikan dalam lagu ini, saya gemarkan bunyi lagu ini, kualitinya serta produk keseluruhan.
“Saya nak buat sesuatu yang berbeza dalam portfolio saya. Tetapi, dalam komen negatif, ada juga komen positif. Saya sendiri tak rasa saya membazir kerana saya rasa bangga dengan hasil kerja saya ini.
“Saya percaya dengan kreativiti dan selepas ini Insya-Allah akan ada banyak lagi lagu menyusul. Lagu untuk dikeluarkan pada tahun 2022 pun saya dah siap.
“Ada yang tanya mana lagu baru saya? Tak ada idea ke buat lagu seperti ini? Doakan saya sentiasa ada idea dan yang pasti akan ada banyak lagu di masa akan datang. Tunggu tau, Insya-Allah,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Aina Abdul turut mempunyai mesejnya yang tersendiri dan dia menjadikan perjalanan kerjaya sebagai fokus utama.
“Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling berkait dan sesuai untuk ditampilkan dalam sebuah karya. Di awal lagu dimulakan dengan melodi Sumpah, diikuti dengan Semalam dan diakhiri dengan Sepi.
“Emosi dari gabungan tiga lagu ini menceritakan figura wanita yang kuat meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perjuangan seorang diri.
“Sesuai dengan mesej Sumpah yang mengetengahkan hal kesihatan mental, Semalam pula memberi fokus kepada konflik masalah rumah tangga, manakala Sepi pula mengenai self-empowerment.
“Saya jadikan kesusahan perjalanan karier seni sebagai fokus mesej utama lagu Ain Abdul. Alhamdulillah, apabila tiga buah lagu ini digabungkan, hasilnya menjadi dan Aina bangga dengan mashup ini,” katanya.
Aina Abdul sehingga kini sudah pun mencapai tontonan hampir 200,000 kali selepas beberapa hari dimuat naik di laman YouTube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.