Beberapa hantaran foto milik penyanyi Mas Idayu mencuri perhatian wargamaya sejak awal September lalu apabila bintang berusia 49 tahun ini berkongsi penampilan diri yang mengenakan hijab.
Tampil lebih sopan sambil berkongsi aktiviti harian kepada peminat dan pengikutnya, figura Mas Idayu mendapat reaksi baik ramai.
Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai penampilannya itu, namun hantaran foto sedang ‘dine in’ dari penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cintaku 100% itu menerima reaksi pelbagai pada ruangan, antaranya;
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini bergelar pengacara pula apabila tampil mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Tidak terlintas untuk berlaku tamak gara-gara mahu melakukan pelbagai cabang kerja, namun ibu kepada dua cahaya mata ini akui situasi pandemik Covid-19 ketika ini turut menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif bersama suntikan inspirasi menerusi program terbabit.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Isteri kepada Asyraf Khalid ini sebelum ini pernah berlakon dan menyanyi selain menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini, lebih 30 episod sudah bersiaran dan ia kemudiannya turut dikongsi dipelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram serta dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundang menerusi program berkenaan
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai mengenai sejauh mana kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua, ini kata Tya;
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini.
“Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” jelas Tya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rapper, Kmy Kmo menzahirkan rasa bangga selepas lagu kolaborasinya bersama Tripdisz, Asfanshah dan Lady D yang berjudul Sifar telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Music Is Key di International Media Festival For Prevention (IMFP) yang berlangsung di Toronto, Kanada.
Pencapaian tersebut sememangnya menjadi penanda aras baru bagi industri muzik tanah air di mata dunia memandangkan ia turut melibatkan 289 penyertaan daripada 40 buah negara.
Menurut Kmy atau nama sebenarnya, Luqmanul Hakim, dia berasa amat bersyukur dan berterima kasih kesemua pihak turut terlibat dalam menjayakan lagu ini.
“KAMI JUARA! Syukur Ya Allah! Lagu SIFAR dari @tripdisz @asfanshah @ladydeeofficial dan saya @kmy__kmo berjaya menjadi JUARA didalam kategori “Music Is Key” di International Media Festival For Prevention (IMFP) di Toronto, Kanada.
“Pertandingan yang melibatkan 289 penyertaan daripada 40 buah Negara. Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang terlibat. Szalute,” tulisnya.
Rasa bangga itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagi penyanyi, Asfan Shah pula, dia menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah paling bermakna daripada Allah SWT.
Jelas Asfan, meskipun dia dan rakan-rakan tidak dapat berada di festival tersebut, namun, mereka tetap mahu mendedikasikan kejayaan tersebut buat seluruh rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah. Hadiah dari Allah SWT. Saya, @kmy__kmo , @tripdisz , @ladydeeofficial , @perkeso.official dan @rusamusic baru saja memenangi award “Music Is The Key“ di International Media Festival. Toronto Canada menerusi lagu Sifar. Alhamdulillah. 😭m
“Thank you team! Walaupun tak dapat berada disana. Malam ni kita menang. Alhamdulillah,” kongsinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat semua pihak yang telah sama-sama menjayakan lagu Sifar ini.
“Congrats brother. Alhamdulillah.
“Tahniah buat seluruh team.
“Tahniah Kmy Kmo and team. Proud of you guys.
“Alhamdulillah, tahniah bang. Teruskan berkarya.
“Fuh, memang mantap. Sampai ke luar negara lagu Sifar. Terbaik.
Terdahulu, Sifar merupakan lagu ciptaan bersama Kmy, Lady D, Asfan Shah dan Tripdisz malah ia telah diangkat sebagai lagu original soundtrack bagi filem Warkah.
Sumber: Instagram Asfan Shah & Kmy Kmo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rakan baik Sarah Jessica Parker, Willie Garson yang dikenali menerusi rangkaian drama dan juga filem Sex & The City telah meninggal dunia pada usia 57 tahun. Willie yang membawa watak Stanford Blatch di dalam siri popular tersebut sebagai seorang agen bakat yang sentiasa berada di sisi Carrie Bradshaw lakonan Sarah Jessica Parker bermula tahun 1998 sehingga 2004.
Dia yang kemudiannya muncul dalam rangkaian filem Sex & The City itu dikhabarkan turut membintangi siri penghasilan semula dari siri asal popular itu yang diberi judul ‘And Just Like That’ yang ketika ini dalam proses penggambaran.
Pelakon ini meninggal dunia pada Selasa disebabkan penyakit kanser pankreas. Mendiang menghembus nafas terakhir di kelilingi orang tersayang dan meninggalkan seorang anak angkat lelaki bernama, Nathen.
Dalam satu hantaran Instagram, Nathen mencurah rasa, “Saya sayang ayah sangat-sangat. Semoga tenang di sana dan saya sangat lega kerana ayah dapat berkongsi semua cabaran dengan saya dan berupaya mencapai pencapaian yang banyak. Saya bangga dengan ayah. Saya akan selalu sayang ayah, tetapi saya rasakan yang kini sudah tiba masanya untuk ayah menempuhi cabaran sendirian.
“Ayah akan selalu ada dengan saya, saya menyayangi ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya lega yang kini ayah sudah berada di tempat yang lebih tenang sekarang. Ayah akan selalu menjadi seseorang yang kelakar, keras kepala dan bijak yang saya pernah kenali. Saya bersyukur kerana ayah berkongsi kasih sayang itu dengan saya. Saya tidak akan melupakannya atau hilangkannya.”
Menarik tentang pelakon ini, walaupun dia melakonkan karakter sebagai seorang lelaki lembut dan gay di dalam Sex & The City, Willie sebenarnya seorang lelaki heteroseksual
Selepas siri asal drama bersiri ini tamat pada tahun 2004, mendiang meneruskan kerjayanya dalam dunia lakonan menerusi drama lain seperti John from Cincinnati, White Collar, Whole Way Down dan Hawaii Five-0 disamping berlakon dalam beberapa buah filem.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.