Berhubung dakwaan kononnya wujud krisis yang berlaku di antara dirinya dan penerbit, Sheila Rusly, Janna Nick mengakui pernah menyatakan permohonan maaf secara peribadi kepada bintang senior itu.
Bagaimanapun, jika permohonan maaf yang dihulurkan tidak mencukupi, penyanyi lagu Akan Bercinta itu menyatakan rasa maaf secara terbuka pula.
“Saya cuma inginkan hubungan yang keruh ini kembali jernih semula. Kalau tidak boleh rapat seperti dulu, asalkan tidak ada dendam. Saya pernah minta maaf secara peribadi dengan pihak berkenaan sebelum ini tetapi andai itu tidak mencukupi, sekarang saya mohon maaf secara terbuka pula,” katanya.

Janna seperti yang dipetik Harian Metro juga berkata, sekiranya tuntutan maaf secara terbuka itu masih tidak mencukupi, jalan terakhir baginya adalah memohon keampunan daripadaNya atas segala yang berlaku.

“Saya cuma inginkan hubungan yang keruh ini kembali jernih semula. Kalau tidak boleh rapat seperti dulu, asalkan tidak ada dendam.

“Saya seboleh mungkin enggan membuka mulut atau bercakap buruk di depan atau belakang dia (Sheila) yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior dalam industri.

“Saya tidak mahu memberi komen mengenai apa yang sebenarnya berlaku di antara kami. Sebagai anak didiknya, saya sedar banyak terhutang budi dan tak layak buka mulut,” jelas bintang berusia 24 tahun ini.

IKLAN

Terdahulu, Janna hadir ke majlis pelancaran Vivo V15 & V15 Pro di Sunway Pyramid.

“Sedih juga bila isu ini terjadi dan saya rasa tak sesuai dikongsi dengan orang ramai sebab kami terlalu rapat. Saya rasa orang pun tahu kami rapat macam sebuah keluarga,” katanya.

Ditanya tidakkah dia pernah cuba bersemuka dengan Sheila, Janna menegaskan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

IKLAN

“Yelah, kita datang tak diundang, ibaratnya letak kaki kanan salah, letak kaki kiri pun salah,” katanya.

Sementara itu, Janna turut memaklumkan kemelut yang timbul di antara keduanya itu bermula ketika penggambaran drama rantaian, Leftenan Zana.

IKLAN

“Leftenan Zana sebuah cerita yang sangat susah. Cerita yang sangat perit dan masing-masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar sebenar.

“Sampaikan bila saya masuk set drama baru, susah untuk saya jayakan babak menangis hingga terpaksa menggunakan pelbagai teknik. Itulah pertama kali dalam karier saya.

“Bila selesai penggambaran, apa saja dugaan saya boleh terima. Malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, saya sangat sebak dan hingga kini masih terus mempromosikan drama ini,” akuinya yang turut berharap agar Sheila terbuka hati untuk memaafkannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI