Penyanyi rock, Rami Sarip tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya selepas mendapat tahu komposer dan juga penulis lirik lagu Bukan Kerana Nama, Mohd Bakri Johari telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Katanya, hari ini merupakan hari yang amat menyedihkan baginya kerana menganggap lagu tersebut telah memberikan banyak jasa kepada karier seninya.
Berita sedih tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang sinonim dengan panggilan Papa Rock itu di laman Instagram miliknya.
“Hari yang sedih. Innalillahiwainnalillahirojiuun. Salam takziah buat keluarga Mohd Bakri Johari, Komposer juga Penulis Lirik lagu Bukan Kerana Nama telah kembali kerahmatullah hari ini di Singapura.
“Lagu itu telah banyak memberi jasa kepada saya dan sering menjadi permintaan wajib dari Penganjur untuk apa juga majlis yang saya diundang.
Ads
“Semuga ruhnya dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizn turut bersimpati malah turut memberikan ucapan takziah buat komposer tersebut.
Ads
Lagu Bukan Kerana Nama itu ternyata memberi kesan yang mendalam bukan sahaja buat penyanyinya malah seluruh peminat lagenda rock iu.
Dikesempatan ini, MH ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Bakri Johari. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin!
Pelakon Sasqia Dahuri yang kini sudah pun bergelar isteri kepada ahli perniagaan Singapura, Ashraff Khan mengakui pada fasa sekarang, dia dan suami sepakat merancang keluarga memandangkan keduanya tinggal berjauhan demi kerjaya.
Bagaimanapun, ujar bintang berusia 33 tahun ini dia acap kali ulang alik dari Kuala Lumpur-Singapura demi mengisi masa bersama suami, begitu juga sebaliknya.
Sasqia yang kini muncul menerusi filem terbaru berjudul Misteri Delaila turut mempunyai jawapan sendiri apabila diajukan persoalan mengenai cahaya mata.
“Rilekslah dulu. Kami kahwin baru sahaja dua bulan. Akan tetapi kami tidak menolak rezeki.
“Cumanya kalau ditanya sekarang apa yang boleh dikatakan kami ada rancang kerana masing-masing masih lagi dalam proses untuk menjalani kehidupan suami isteri dengan sempurna sebagaimana pasangan lainnya.
“Masa sebelum kahwin kita memang boleh cakap itu dan ini, namun bila sudah bergelar suami isteri perasaan itu jadi lain macam,” katanya jujur kepada MH.
Terdahulu, Sasqia ditemui media pada Malam Gala Misteri Delaila di MMCineplex, Damansara.
Sasqia dan pasangannya mendirikan rumah tangga 15 Disember 2019. Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan di Bangi Golf Resort pada 21 Januari lalu.
Foto: Instagram Sasqia Dahuri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Gambar tersebut memaparkan wartawan senior yang juga pengacara versatil, Mazidul Akmal Sidek terima kujungan lawatan daripada pihak Sherry.
“Semalam kami dari team The Sherry Show melawat wartawan penyiaran yang sangat di kagumi abang Mazidul Akmal Sidek di kediamannya.”
“Terkenal dengan falsafah hidupnya ‘berbisa, lantang dan berani’. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. 999 jenayah membawa padah. Kami sentiasa mendoakan kesihatan abang.” tulisnya.
Persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Dimatamu kekal trending dan diperkatakan ramai apabila Elfira Loy dilihat melayangkan status menerusi Twitternya.
Bagaimanapun pada masa sama, pereka fesyen Hatta Dolmat menerusi laman Instagram pula ada berkongsi cerita perihal pengalamannya menatarias penyanyi ini.
Cukup terharu dengan sikap rendah diri Sufian, kata Hatta, proses bekerjasama cukup mudah kerana penyanyi ini tidak banyak songeh.
“Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia.”
Pereka tersohor ini juga percaya bahawa bekas tunang Elfira Loy ini benar-benar telah ‘move on’.
“Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.” Itulah rendah diri yang buat dia.
“Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua. Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh!” tulisnya.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.