Sedar tak sedar, sambutan Hari Malaysia tiba lagi tahun ini.
Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.
HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.
“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.
“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka.
Kumpulan ini baru tampil dengan lagu Suara Malaysia, bulan lalu.
Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.
Ads
“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.
“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,” kata mereka lagi.
Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.
Ads
“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.
“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.
“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,” tambahnya.
Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJberharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.
Ads
“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.
“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.
“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.
“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!” kata mereka menutup bicara.
HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memiliki tahi lalat di wajah mungkin merupakan satu kelebihan dan keistimewaan pada individu.
Tambahan pula, ia dikatakan boleh menjadi sebagai penambah seri.
Jadi, jom kita lihat antara artis wanita kita yang mempunyai tahi lalat di wajah mereka
1.Neelofa
Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor merupakan seorang pengacara yang terkenal. Kalau kita lihat di wajah Neelofa dia mempunyai tahi lalat di pipi kanan. Memang nampak manis tahi lalat Neelofa!
2.Ella
Ratu Rock Negara, Ella juga mempunyai tahi lalat di wajahnya. Penyanyi rock yang terkenal dengan lagu Retak ini mempunyai tahi lalat di tulang hidung di muka! Perasan tak?
3.Mila Jirin
Penyanyi bintang kelahiran daripada Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin juga mempunyai tahi lalat di pipi kiri wajahnya. Memang menjadi penyeri di wajah penyanyi Mila Jirin.
4.Siti Sarah
Mungkin ada tidak perasan dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin ini, sebenarnya Siti Sarah ada tahi lalat di pipi kiri wajahnya. Tapi mungkin kerana dengan solekan di wajah, ramai yang tidak perasan pemanis muka di wajah Siti Sarah.
5.Bella Dally
Pelakon dan model terkenal Bella Dally atau nama sebenar Nabilah Ali Dally juga merupakan salah seorang artis yang mempunyai tahi lalat di wajah yang hampir sama dengan ratu rock negara, Ella iaitu di bahagian tulang hidung.
6. Scha Alyahya
Sharifah Nor Azean atau lebih dikenali sebagai Scha Alyahya juga mempunyai tahi lalat di wajah. Senyuman Scha bertambah manis apabila dia mempunyai tahi lalat dia bahagian kanan atas bibir. Comel sangat.
Foto : Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar duka menimpa pelakon, Anita Baharom selepas suaminya, Ismadi Ismail, 50, disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi, hari ini.
Berita mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Anita menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Anita memaklumkan dia menyedari mengenai perkara tersebut selepas suaminya dikatakan tertidur dan tidak memberikan respons apabila cuba dikejut.
“Pagi tadi, lebih kurang jam 8 pagi, saya bersiap-siap untuk ke masjid sebab ada pembentangan untuk program masjid berhampiran rumah sepanjang 2022.
“Saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan suami bantu saya untuk siapkan bahan pembentangan. Pagi tadi, dia cakap nak hantar saya ke rumah kawan yang juga AJK masjid. Sementara menunggu saya siap, dia terlelap sekejap di ruang tamu.
“Saya tengok dia tidur telangkup. Saya kejut tapi tak ada respon. Senyap, tak bergerak langsung. Saya tolak-tolak badan dia dan bila pegang tangan dia, dah rasa sejuk dah,” katanya seperti yang dipetik.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menambah, suaminya itu tidak mempunyai sebarang penyakit kronik malah dia juga merupakan yang amat mementingkan mengenai soal kesihatan.
“Dia ada sakit kencing manis, tapi dia benar-benar menjaga kesihatannya. Sebelum ini pun, dia dalam keadaan baik dan boleh bekerja. Antara acara yang membabitkannya baru-baru ini adalah Konsert A Night With Aina Abdul.
“Tadi, pihak hospital dah datang ke rumah untuk mengesahkan kematiannya,” katanya lagi.
Sementara itu, Anita turut memberitahu, suaminya itu ada kalanya suka bergurau mengenai soal kematian dan dia juga sering merasakan dirinya akan pergi dahulu sebelum isterinya.
“Dia selalu bergurau mengenai kematian. Katanya, dia akan pergi dulu. Dia pesan juga kalau dia meninggal dunia, kebumikan di kawasan tempat dia meninggal dunia.
“Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid,” ujarnya lagi.
Menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram stories, Anita memaklumkan jenazah suaminya itu kini berasa di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Harian Metro & Instagram Anita Baharom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Fara Hanim Razak membuat permohonan maaf kepada dua jirannya yang juga pelakon, Rita Rudaini serta penyanyi Lufya Omar selepas kisah mengenai dua selebriti berkenaan yang didakwa anti-vaksin mencetuskan tular.
Ibu kepada dua cahaya mata yang mesra disapa Anim itu tampil menyatakan rasa kesal itu menerusi hantarannya di Instagram.
“Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini.
“Anim sedar apa yang Nabi junjungan besar kita berpesan, ‘Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah).
“Atas pesan Nabi kita, InshaAllah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” tulisnya.
Anim pada masa sama turut mendedahkan dia sudah menghubungi kedua-dua selebriti berkenaan untuk memohon maaf.
“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka.
“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid-19.
“Sesungguhnya kita belum menang, tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar. Sekali lagi, Anim mohon maaf. Terima kasih semua,” tulisnya.
Anim memuat naik dua hantaran bersama mesej permohonan maaf yang dihantar kepada kedua-dua selebriti itu.
Terdahulu, ciapan Anim di Twitter yang berkongsi cerita mengenai jirannya yang didakwa sebagai anti-vaksin diperkatakan ramai hingga memberikan reaksi pelbagai di kalangan warganet.
Meski tidak memperincikan nama jiran sebagaimana yang didakwa, namun Anim memperkenalkan mereka sebagai RR dan LL.
Perkara tersebut sekali gus mengundang komen netizen yang masing-masing meneka mengenai ‘klu’ yang diberikan Anim.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.