Selepas muncul menerusi single, Adakah Kau Mendengar pada tahun 2020, penyanyi R&B dan producer, Alyph mendedahkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa memilih untuk menangguhkan terlebih dahulu projek album EP yang berjudul 111/111.

Menurut Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati perasaan semua pihak lebih-lebih lagi buat mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Saya Rasa Situasinya Sangat Tak Kena,” – Tangguh Lancar Album EP Solo Sebab Pandemik, Alyph Mahu Fokus Pada Diri Sendiri

Katanya lagi, adalah tidak adil baginya untuk bersuka ria sedangkan orang lain sedang menghadapi detik yang amat sukar.

“Saya rasa, ini mungkin waktu yang paling sesuai untuk saya kembali fokus dalam muzik. Sebenarnya sejak dua tahu lalu, saya memang ingin memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya muzik saya dan bukan orang lain.

“Tetapi disebabkan pandemik ini, takkan saya nak bersuka ria pula. Kalau saya hasilkan muzik yang ‘best’ dan ‘feeling good’, saya rasa situasinya sangat tak kena dengan keadaan pendengar ketika ini.

IKLAN

“Walaupun saya memang tak sabar untuk melancarkan album ep ini, saya pun kena fikirkan perasaan semua orang. Saya kena tahu muzik apa yang membuatkan mereka tetap berasa selesa walaupun ketika detik sukar ini.

“Apapun, saya tetap bersyukur dengan tiga buah lagu yang saya lancarkan ini. Saya rasa moodnya sesuai. Saya harap ia dapat membantu semua orang pada masa hadapan,” katanya kepada MH.

Bekas anggota kumpulan duo, Sleeq ini berkata sedemikian di majlis sidang media pelancaran album ep solo, 111/111 yang berlangsung secara virtual pada Khamis.

“Saya Rasa Situasinya Sangat Tak Kena,” – Tangguh Lancar Album EP Solo Sebab Pandemik, Alyph Mahu Fokus Pada Diri Sendiri “Saya Rasa Situasinya Sangat Tak Kena,” – Tangguh Lancar Album EP Solo Sebab Pandemik, Alyph Mahu Fokus Pada Diri Sendiri

IKLAN

Jika sebelum ini, Alyph sememangnya terkenal dengan projek-projek kolaborasinya bersama penyanyi-penyanyi lain, namun, kali ini dia merasakan mungkin sudah tiba waktunya untuk dia memberikan fokus terhadap kerjaya solonya pula.

“Sepanjang karier saya sebelum ini, saya banyak berkerjasama dengan artis-artis hebat seperti Sonaone, Joe Flizzow, Ismail Izzani dan ramai lagi. Perkara sama juga berlaku ketika saya menjadi produser.

“Tetapi pada kali ini, saya seakan mendengar suara hati saya menitipkan ucapan syabas buat diri saya sendiri kerana berjaya merakam sebuah album ep tanpa bekerjasama dengan orang lain.

IKLAN

“Ini adalah kali pertama saya memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya solo dan saya berasa amat gembira. Saya seronok kerana dapat mengikuti rentak dan meluangkan masa untuk memahami diri sendiri.

“Saya dah banyak kali berikan tenaga dan tumpuan untuk artis lain. Ada kalanya saya rasa proses ini baik untuk saya. Saya mahu dahulukan diri saya dan buat apa yang saya suka. InsyaAllah pada masa hadapan, saya akan kembali semula dengan projek kolaborasi,” jelasnya lagi.

“Saya Rasa Situasinya Sangat Tak Kena,” – Tangguh Lancar Album EP Solo Sebab Pandemik, Alyph Mahu Fokus Pada Diri Sendiri

Dalam album ep 111/111 atau disebut sebagai ‘three-of- three’ ini, penyanyi asal Singapura ini telah pun menampil tiga buah lagu iaitu ‘Adakah Kau Mendengar?’, ‘Skali Lagi’ dan ‘Show Me Colours’.

‘III/III’ boleh didengari di semua platform digital pada 3 September 2021 dan video muzik rasmi ‘Skali Lagi’ akan ditayangkan secara perdana di laman YouTube ALYPH pada 2 September, 9 malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI