Tahniah diucapkan buat pelakon cantik, Nynaa Harizal yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan yang juga Ketua Pengarah Kewangan, sebuah syarikat pelaburan, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal,25, berkata, dia dan suaminya yang berusia 29 tahun itu sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis akad nikah pada Julai lalu, namun hajat itu terpaksa ditangguhkan.

Jumpa Di Majlis Hari Jadi Kawan, Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin, Pelakon Nynaa Harizal Berkongsi

Jumpa Di Majlis Hari Jadi Kawan, Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin, Pelakon Nynaa Harizal Berkongsi“Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang, Allah juga menentukan segala-galanya. Situasi pandemik COVID-19 iaitu Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berlarutan selama berbulan-bulan.

“Kami merancang mengadakan majlis akad nikah di sebuah hotel di ibu kota, Julai lalu. Sehari selepas nikah, kami merancang mengadakan majlis resepsi.

“Namun, ia terpaksa ditangguhkan berikutan situasi tidak mengizinkan.

“Jika ikutkan, persiapan kahwin sudah dilakukan buat sejak Mei lalu. Akhirnya, saya dan suami terpaksa meneruskannya.

IKLAN

“Kami bertunang dahulu pada 21 Ogos lalu, disusuli dengan majlis akad nikah pada Sabtu lalu,” katanya menerusi laporan BH Online.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu berkata, dia dan suami sepakat melakukan perkara yang wajib terlebih dahulu dan majlis dijalankan secara kecil-kecilan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di ibu kota.

Pada majlis berkenaan, pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dan mas kahwin dirahsiakan.

Jumpa Di Majlis Hari Jadi Kawan, Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin, Pelakon Nynaa Harizal Berkongsi

IKLAN

Jumpa Di Majlis Hari Jadi Kawan, Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin, Pelakon Nynaa Harizal BerkongsiDitanya mengenai detik perkenalan, pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja pada 2019 itu berkata, dia mengenali suami kira-kira tiga tahun lalu di sebuah majlis.

“Kami bertemu pada majlis hari lahir seorang rakan baik. Bagaimanapun, kami hanya berkawan biasa, tidak membabitkan apa-apa perasaan.

“Bagaimanapun, selepas sekian lama tidak bertemu, kami terserempak di sebuah acara dan mula menjadi rapat.

“Sudah takdir, hubungan kami berpanjangan hinggalah disatukan sebagai suami isteri,” katanya.

IKLAN

Nynaa pada masa sama menambah, suaminya turut memberi sokongan buatnya dalam bidang seni.

Jumpa Di Majlis Hari Jadi Kawan, Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin, Pelakon Nynaa Harizal Berkongsi

Jumpa Di Majlis Hari Jadi Kawan, Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin, Pelakon Nynaa Harizal Berkongsi“Kami saling memahami. Dia juga menghormati orang tua, berdikari dan sangat tegas. Malah, suami tidak pernah menghalang saya terus aktif dalam dunia seni. Suami menyokong apa sahaja minat saya,” katanya lagi.

Beberapa momen terindahnya bersama suami turut dikongsikan di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

Sumber, Foto: Berita Harian, Instgaram Nynaa Harizal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI