Penyanyi, Ramlah Ram memaklumkan khabar duka bahawa adik dan ibunya yang menetap di Kluang, Johor telah disahkan positif Covid-19.

Kongsi Ramlah, dia berasa sangat bimbang terhadap kesihatan terutama ibunya yang kini sudah mencecah usia 80 tahun.

Ibu Usia 80 Tahun & Adik Positif Covid-19, Ramlah Ram Mohon Doa – “Saya Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi, Hanya Mampu Berdoa Pada Allah.” Ibu Usia 80 Tahun & Adik Positif Covid-19, Ramlah Ram Mohon Doa – “Saya Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi, Hanya Mampu Berdoa Pada Allah.”

Lalu, penyanyi yang sinonim lagu Kau Kunci Cintaku itu memohon ramai mendoakan agar ibu serta adiknya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.

IKLAN

Ibu Usia 80 Tahun & Adik Positif Covid-19, Ramlah Ram Mohon Doa – “Saya Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi, Hanya Mampu Berdoa Pada Allah.” Ibu Usia 80 Tahun & Adik Positif Covid-19, Ramlah Ram Mohon Doa – “Saya Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi, Hanya Mampu Berdoa Pada Allah.”

“Assalamualaikum. Saya hamba yang tidak berdaya ini. Mohon bantuan semua. Tolong doakan Mak dan juga adik saya Shafiei cepat sembuh dan semua family saya di Kluang.

“Mohon diaorg dijauhkan dari penyakit ini. Baru semalam disahkan positif covid. Saya tengah tak tahu nak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya teramat risaukan keadaan Mak.

IKLAN

“Dengan keadaan Mak umur sudah mencecah 80 tahun. Sekali lagi mohon tolong doakan kesembuhan Mak dan adik saya.

“Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik korang berlipat ganda, Amin…,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383)

Ibu Usia 80 Tahun & Adik Positif Covid-19, Ramlah Ram Mohon Doa – “Saya Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi, Hanya Mampu Berdoa Pada Allah.” Ibu Usia 80 Tahun & Adik Positif Covid-19, Ramlah Ram Mohon Doa – “Saya Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi, Hanya Mampu Berdoa Pada Allah.”

Entri berkenaan mendapat perhatian peminat yang sekali gus menitipkan doa buat mereka dan semua yang dijangkiti semoga pulih dari biasa.

Foto: Instagram Ramlah Ram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI