Video yang memaparkan pensohor media sosial yang sinonim dengan konten permotoran, Haqiem Jaafar atau Haqiem Stopa yang dilihat hadir ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk memberikan ceramah motivasi menerima reaksi pelbagai netizen.
Ini kerana ada yang menyifatkan dia bukanlah individu yang dirasakan sesuai untuk memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar.
Bagaimanapun, Haqiem sekadar berkongsi pengalaman dalam mengenal erti peluang kedua seterusnya menyebarkan sisi positif kepada mereka, baru-baru ini.
Perkara tersebut turut diterangkan oleh pemuda berusia 23 tahun ini menerusi Insta Stories, sekaligus menjelaskan mengenai situasi sebenar.
“Saya dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir. Ia merupakan satu organisasi yang mencari pekerja-pekerja berkemahiran.
Ads
“Dalam masa sama, Belia Mahir juga terlibat dengan pihak sekolah dalam berkongsi tentang ‘peluang kedua’.
“Macam contoh, misalnya pelajar yang pernah gagal dalam SPM, mereka sebenarnya masih ada peluang untuk berjaya.
“Itu yang dimaksudkan dengan peluang kedua. Saya hadir jemputan daripada Belia Mahir,” tulisnya.
Ads
Malah, dia tidaklah ‘mengajar’ mereka membawa motosikal sebagaimana yang didakwa, tetapi lebih kepada berkongsi latar belakang dirinya sendiri yang bangkit dari kegagalan.
“Saya tak minta orang kenal saya. Akan tetapi saya ada pengikut tersendiri. Kita sampaikan mesej tentang latar belakang seorang yang pernah gagal, iaitu saya. Mangsa buli siber dan dan juga peluang kedua.
Ads
“Kita pun tak ajar mereka bawa motor, main motor, ajar pelajar-pelajar ‘fly’ seperti yang dinyatakan di media-media lain.
“Kita berkongsi tentang seorang yang pernah gagal di dalam hidup dan bangkit dengan semangat serta usaha yang besar. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah dan masa depan,” coretnya lagi.
Ramlah Ram mengakui dia tidak pernah rasa serik untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Bagaimanapun, hatinya masih belum lagi terbuka dan bahagia dengan kehidupan ketika ini.
Sudah bergelar solo lebih 11 tahun lalu, penyanyi berusia 56 tahun ini juga mendedahkan tidak menolak jodoh dan setiap orang ada cara untuk rasa bahagia.
“Entahlah nak cakap macam mana. Ada saja kawan yang tanya saya soal kahwin ini. Mereka tanya tak teringin ke nak kahwin lagi? Saya pun sebenarnya tak fikir, tapi kalau ada jodoh saya terima. Jika tak ada pun tak apa.
“Apapun, saya tak dinafikan ada juga rakan seusia saya berkahwin lagi kerana mahu berteman dan itu pilihan mereka serta ada jodohnya. Tapi, untuk saya alhamdulillah gembira dengan apa yang Allah berikan setakat ini.
“Setiap orang ada cara gembira dan bahagia masing-masing. Saya sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, saya tak rasa sunyi,” katanya.
Ramlah pada masa sama menambah, setakat ini dia tidak berkenalan atau berkawan rapat dengan mana-mana lelaki selain hanya atas urusan kerja.
Percaya kepada aturan Allah SWT, Ramlah positif dan pertanyaan mengenai hal tersebut tidak pernah membuatkannya rasa tak selesa.
“Kalau media tak tanya, ada juga rakan saya yang lain bertanya. Ia soalan biasa dan saya okay sahaja untuk menjawabnya. Lagipun, jawapannya saya belum nak kahwin dan biar Allah tentukan.
“Bagi saya, perancangan Allah itu sangat terbaik dan saya ikut saja apa yang sudah diaturkan takdir hidup ini.
“Sesungguh-Nya Allah sangat mengetahui hamba-Nya dan teruskan bersujud serta berdoa kepada-Nya,” katanya muncul dengan lagu raya terbaru berjudul Kemenangan ciptaan Mohar dan lirik ditulis bersama olehnya.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48 bersama kelab peminatnya, FaNoraTik.
Meski ia dilakukan secara virtual menerusi aplikasi Google Meet, namun suasananya tetap meriah.
Pada masa sama, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran bersama kelab peminatnya meski Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) masih dilaksanakan di seluruh negara.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.The best bday celebration ever dlm PKP. Google meet with fanoratik (kat laptop) & surprise bday cake frm my dearest son, Iman, Sofea, Putri, Fatehah & Ayden.
“Thank you so much everyone.Thank you @eilyasofea sudi ajar adik2 buat kek yg best. Mama sayang anak2 mama, menantu & cucu mama hingga ke jannah. Dah 48 dah,” tulisnya.
Pengacara dan penyanyi, Alif Satar memanjat rasa syukur kerana berpeluang untuk menunaikan solat fardhu jumaat secara berjemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan, pihak kerajaan telah menetapkan syarat untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan di masjid atau rumah ibadat dijalankan selepas bilangan kes positif Covid-19 kembali meningkat di seluruh negara.
Selain itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang.
“Alhamdulillah.. after so many weeks… finally. wear your mask, bring your own sejadah..
“Doa semoga semuanya beransur pulih, insyaAllah. Terima kasih warga @masjidwilayahpersekutuan membantu jemaah yang hadir agar semua dapat beribadah dalam keadaan selesa, dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
“Salam jumaat, al kahfi mode ON! @iktikafalif,” tulisnya.
Menerusi di ruangan komen, rata-rata peminat berharap agar penularan wabak Covid-19 ini segara berakhir supaya orang ramai dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.