Pentas Akhir Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung malam tadi menyaksikan satu lagi kejutan apabila pihak produksi mengumumkan malam Grand Finale akan berlangsung minggu hadapan.
Menurut Penerbit Eksekutif TTMM, Firdaus Mahadi, keputusan tersebut bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya telah dirancang lebih awal.
Malah situasi itu juga bukan kerana ketiadaan salah seorang finali iaitu Thalita yang juga anak kepada Shuib Sepahtu, yang kini sedang menjalani kuarantin akibat Influenza A.
“Keputusan untuk menambah satu lagi minggu Grand Finale sebenarnya telah dirancang lebih awal. Ia bukan keputusan yang baru dibuat malam ini kerana kita juga perlu mengikut jadual para peserta dan pengurus.
“Malah, keputusan malam ini juga bukanlah disebab ketiadaan Thalita. Seperti kita tahu, TTMM adalah sebuah program realiti dan inilah realiti yang sudah dirancang.
“Kita sebenarnya berbesar hati untuk menambah satu lagi minggu disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada penonton.
Ads
“Ini merupakan hadiah buat mereka yang sentiasa menyokong TTMM selama ini,” katanya ketika ditemui di konsert akhir TTMM yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Firdaus turut menambah, perbincangan bersama pihak Shuib akan dilakukan dalam masa terdekat bagi menentukan status Thalita di pentas akhir.
“Kita akan adakan perbincangan dengan pihak Shuib nanti. Namun, jika mengikut perancangan asal, Thalita memang akan bertanding di pentas Grand Finale kerana kita sudah menetapkan jadual mereka,” ujarnya.
Sokongan Selebriti & Reaksi Penonton
Dalam pada itu, keputusan produksi untuk melanjutkan saingan TTMM mendapat reaksi baik dalam kalangan peminat serta rakan selebriti yang memuji langkah tersebut.
Ads
Ramai melihat tindakan itu sebagai cara terbaik menghargai usaha finalis dan pengurus yang telah memberikan persembahan luar biasa sepanjang musim ini.
Firdaus juga menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap penambahan minggu akhir itu tidak adil buat peserta lain.
“Sebenarnya, semua pihak sudah mengetahui mengenai perancangan ini. Namun, sebagai penghargaan kepada usaha para peserta dan pengurus malam ini, pihak produksi bersetuju untuk memberikan anugerah Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik.
Ads
“Kita dapat lihat setiap peserta telah ‘all out’ dan memberikan persembahan yang terbaik pada malam ini,” katanya.
Firdaus turut menambah, elemen drama dalam TTMM bukanlah gimik kosong, sebaliknya penambah rasa yang menjadikan program itu lebih menghiburkan.
“Pada saya, tiada istilah ‘drama-drama yang tidak sepatutnya’ di dalam program ini. Segalanya masih dibuat mengikut konteks TTMM dan hiburan keluarga.
“Segala drama yang berlaku hanyalah sekadar suntikan dan penambah perasa dalam sesebuah rancangan. Kalau tiada drama, boring pula nanti,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak menafikan dirinya turut terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, penyanyi Bob Yusof, 40, akui apa yang dilalui menjadi satu pengalaman paling berharga sepanjang bergelar anak seni.
Meskipun perit, Bob bagaimanapun bersyukur kerana dapat menempuh fasa tersebut dengan hati terbuka, meski ada ketikanya dia ‘sesak’ untuk mencari pendapatan dalam tempoh berkenaan.
“Saya percaya ramai yang terkesan dengan apa sudah dilalui. Ada yang hilang pekerjaan, mengalami tekanan perasaan dan ada juga rumah tangga bergoncang kerana hilang pendapatan dan sebagainya.
“Tapi saya bersyukur kerana dapat melalui fasa getir berkenaan dan tidak terperangkap dengan emosi sendiri. Harapnya dengan keadaan semasa yang semakin baik sekarang, semua orang mampu membina semula kehidupan yang lebih baik,” kata Bob.
Menurut Bob, dia paling tidak dapat melupakan situasi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman di Limbang, Sarawak sejak dua tahun lalu, sekaligus tidak berpeluang menziarahi pusara ibunya dalam tempoh berkenaan.
“Baru-baru ini saya ada pulang ke kampung di Limbang tapi masih tidak dapat ke pusara ibu memandangkan belum dibenarkan menziarahi kerana kawasan tersebut menjadi pusara untuk mangsa Covid-19.
“Saya memang sedih tapi reda dengan keadaan tersebut. Tak apalah, saya kirimkan sahaja doa bagi mengubat kerinduan yang tak berpenghujung,” katanya.
Mengubat segala kedukaan yang dilalui, Bob kini tampil dengan single Beribu Rasa, ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil. Ia merupakan simbolik kepada dirinya yang berjaya melepasi segala kekalutan setelah mengharungi tempoh sukar sebelum ini.
“Kita tak boleh bersedih dan kena bangkit daripada segala masalah. Saya anggap dengan terhasilnya lagu ini akan mengubat rindu peminat dan dalam masa yang sama menjadi semangat kepada saya untuk terus maju dalam bidang seni.
“Sebenarnya tema yang dipilih juga kena dengan situasi semasa. Ada segelintir lelaki putus cinta dan ditinggal kekasih tapi masih juga mahukan orang yang sama. Itu yang diangkat dalam lagu ini,” katanya lagi.
Beribu Rasa adalah terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan lagu ini diedarkan oleh Univesal Music, turut boleh didengari di semua platfrom muzik digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bob Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara My Doctors serta bintang Viral, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin terkejut apabila mendapati jumlah bil hospital melibatkan isterinya yang melahirkan anak pertama mereka mencecah kos sekitar RM20,000.
Malah, perkara tersebut turut menyebabkan isterinya menangis.
Perkara tersebut dimaklumkannya menerusi posting terkini di Instagram.
Seperti biasa, setiap entri yang dikongsikan Dr. Say pasti dimulai dengan topik.
“Topik : Duit Boleh Dicari, Kebahagiaan Tak Boleh Diganti.
“Setelah 4 hari warded, arini bini & baby sy dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi2 operation caesar, sy boleh agak2 kosnya yakni dlm RM10k-15k. Tapi bile jumlah bil sebenar dibisik ke telinga sy, terduduk sy dibuatnye bang. RM20k total. Sy jd resah memikirkan bgaimana sy nk sampaikan nombor kepala 2 ni kpd bini. Bini start pushy2 tnye brape bil, sy tewas dgn desakanny & dgn berat hati sy sampikan berita nombor kepala 2 tu kpdny.
“Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan die xdpt melahirkan baby kami dgn cara normal. Sy tenangkan bini “unny cube fikir balik, dgn 20k ni lah u berjaya gave birth to something yg teramat mustahil tuk kite dptkn. Moreover cube u bygkan couples yg trying to get baby, buat IVF easily dh cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok”. Biniku berjaya ditenangkan.
“Mungkin ade yg berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital org2 berado je tu” tp given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) & komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place. Parents sy salu pesan, “don’t be a slave for money, cz money sentiasa boleh dicari” & btol ape kata parents sy, lepas kelahiran baby, rezeki dtg bersilih ganti. Ingat peeps, jgn sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, pasangan doktor ini menimang cahaya mata mereka pada 5 Mei lalu.
Foto: Instagram Dr.Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin berkongsi cerita satu insiden membabitkan anak lelakinya, Muhammad Naim Azraidan yang secara tidak sengaja telah melanggar kereta orang lain.
Kejadian itu difahamkan berlaku ketika anaknya sedang dalam perjalanan untuk ke kedai membeli surat khabar bersama Azil.
Zarina mendakwa, insiden tersebut bertambah teruk apabila individu berkenaan dipercayai mahu memukul anaknya dengan helmet ekoran kejadian itu.
Bagaimanapun, anaknya terselamat selepas menerima bantuan daripada seorang individu bernama Encik Yusuf, yang merupakan seorang pemilik klinik di sekitar kawasan kejadian.
“Kita hidup jadi manusia ni kena ada tolak ansur kena ada rasa belas iksan dengan orang .. tadi naim pegi hantar azil pergi ke 7 elevent abang azil ngamok ngamok nak pegi kedai .. terlangar kereta orang.
“Orang tu dah panggil suaminya datang nak hentsk kepala naim dengan helmet nasib baik ada en.yusuf ni owner klinik kat situ datang sattle kan terima kasih toling hantar anak-akak sampai ke balai polis buat report.
“Owner kereta yang kena langgar tu berkeras suami saya suruh report polis, yea baiklah jumpa saya disana. sata ke sana naim buat report bila dengar suara saya sebab pakai mask dia cakap eh kak zarina ke,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon berusia 50 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk mengamalkan sikap tolenrasi antara satu sama lain.
“Yea dik ooo taktahu .. tak kiralah siapa saya kita sebenarnya bokeh tolak ansur .. kita hidup macam putaran roda hari ni awak kat aras esok kat bawak kadang apa yang menimpa kita pun kita macam tak percaya.
“Ya Allah kuatkan aku sabarkan lah aku, semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup ku ..#azilazal #autism #autismawareness,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!