Usahawan terkenal, Asyraf Khalid optimis melancarkan jenama daging premium pertamanya, AK Meat, yang menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi, baru-baru ini.
Pelancaran ini lahir daripada kecintaan Asyraf sendiri terhadap daging Wagyu, yang menjadi kegemarannya sejak 15 tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di Melbourne, Australia.
Penggemar Wagyu
“Kenapa Wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti Wagyu.
“Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging Wagyu sahaja.
“Ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya, terutamanya masakan steak. Tak kisahlah daging Wagyu itu dari Australia atau Jepun,” katanya.
Ads
Pelancaran Mewah & Sajian Wagyu RM30,000
Pada majlis pelancaran sama, Asyraf tidak lokek meraikan tetamu dengan hidangan steak Wagyu, membelanjakan sehingga RM30,000 bagi menjamu mereka.
Majlis ini turut dihadiri oleh ahli keluarga Asyraf termasuk ibu tirinya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, isterinya Tya Arifin, serta rakan perniagaan dan teman rapat lain.
Ads
Menurut Asyraf, penubuhan AK Meat bukan sekadar perniagaan tetapi juga satu cara untuk berkongsi nikmat daging Wagyu kegemarannya dengan masyarakat.
“Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.
“Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran, tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah.
Ads
“Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana,” ujarnya lagi.
Berterima Kasih
Asyraf turut berterima kasih kepada rakan niaganya, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, serta pasukan DAEM yang banyak membantu menjayakan impiannya.
Selain menawarkan produk daging premium, Asyraf menegaskan bahawa AK Meat kini bersedia untuk menjadi jenama pilihan utama dalam pasaran daging premium di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf mengakui dia pada awalnya hadir ke sesi uji bakat naskhah Projek: High Council bagi mengisi watak Zahrin.
Bagaimanapun, pengarah terbuka untuk memberikan peranan lebih mencabar menerusi drama bersiri yang mencipta fenomena itu.
Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23, juga berterima kasih kepada produksi kerana memberi kepercayaan menggalas watak utama buat kali yabg pertama.
“Saya sertai uji bakat tertutup yang diadakan untuk drama ini. Pada awalnya, saya diberikan watak Zahrin yang kini dibawakan oleh Fazziq Muqris.
“Kemudian, saya berjumpa dengan pengarah, Anwari Ashraf. Saya mengagumi karya-karya beliau. Dia nampak bakat saya ini boleh dicungkil untuk bawa watak yang lebih mencabar.
“Saya dipanggil untuk uji bakat kali kedua dan diberikan watak Kahar. Saya memang tak sangka dapat bawa salah satu watak utama kerana sebelum ini dah terbiasa dengan watak-watak sampingan,” katanya.
Bintang kelahiran Terengganu itu berkata demikian menerusi program YouTube, Media Hiburan Next Gen, baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk terjun ke bidang seni meski dia memiliki profil akademi yang baik, Amir mendedahkan darah seni itu datang daripada ibunya.
“Ketika bersekolah, saya dan kawan-kawan ada tubuhkan satu band. Pada waktu itu, jiwa seni sangat memberontak.
“Satu lagi rahsia yang tak ramai orang tahu, ibu saya juga merupakan aktivis teater.
“Ibu sangat membantu, menyokong dan menasihati saya ketika belajar jurusan teater di UPSI dahulu,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kecoh mengenai kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini hingga mendapat reaksi pelbagai netizen dan rakan selebriti, penerbit A.Aida sekali tampil mempertahankan kenyataannya, berhubung faktor fizikal yang penting untuk menjadi seseorang pelakon.
Katanya, ia adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini.
Memetik laporan mStar, penerbit itu turut menambah perkara itu tidak perlu dipertikaikan kerana industri lakonan era kini memerlukan pelakon utama yang mempunyai paras menarik, kerana ia merupakan suatu ‘bisnes’.
“Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikai. Selebriti yang menyelar kenyataan saya itu mungkin tidak faham.
“Mereka kena terima hakikat dan jangan jadi hipokrit. Sebab sememangnya setiap drama semua menggunakan pelakon utama yang mempunyai wajah yang cantik dan tampan.
“Kalau tidak, siapa yang nak tengok drama tu? Bagi saya, bakat itu boleh digilap. Tapi rupa itu sangat penting untuk melariskan sesebuah drama,” katanya seperti yang dipetik.
Tambahnya juga, dia memberikan respon tersebut adalah berdasarkan pencarian pelakon utama pada sesi pencarian bakat.
“Saya mengeluarkan kenyataan berkenaan rupa itu penting berdasarkan pencarian pelakon utama menerusi sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019). Tak ada niat pun nak menghina ciptaan Tuhan,” kelasnya lagi.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Zaidah Awang itu ada memberikan reaksi tersebut ketika menjadi juri di sesi uji bakat lakonan bersempena dengan DFKL2019 minggu lalu.
Foto: Instagram A.Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas impiannya untuk memiliki rumah idaman akhirnya tercapai.
Menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan sempat berkongsi momen-momen sewaktu melangkah masuk ke rumah barunya buat tatapan para pengikutnya.
“Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini turut tidak melepaskan peluang untuk merakam momen saat menarima kunci rumahnya idamannya itu.
Malah, Izzue juga turut membawa para pengikutnya untuk melihat dengan lebih dekat keadaan rumahnya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Izzue dan isterinya akan kekal bahagia hingga ke jannah.
“Tahniah boh, you both deserve it.
“MasyaAllah, semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
“Tahniah Izzue dan Awin.
“Tahnih, cantiknya rumah. Semoga dimurahkan rezeki lagi.
“Best tengok diorang ni. Setia je. Enjoy je hidup diorang,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Sekadar informasi, Izzue dan isteriny Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 Jun 2013.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izzue Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...