
Walaupun kelihatan kuat, isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, akui jauh di sudut hatinya, dia berasa sedih mengenangkan hasrat suaminya untuk berkahwin lagi.
Menurut Nilam, dia tidaklah sekuat seperti yang ramai sangkakan kerana ada kalanya dia merasakan dirinya berada di titik terendah.
@puan_nilamortiz Replying to @FIFY ♬ original sound – puan nilam ortiz
“Salah tu. Saya tidak sesabar itu pun. Anda tidak nampak sisi saya lemah, menangis, bersedih dan merayu,”katanya ketika membalas komen seorang netizen di TikTok.
Tak Mampu Tinggalkan Suami
Meskipun berat menerima kenyataan, Nilam menjelaskan, dia tidak berhasrat meninggalkan suaminya kerana menyifatkan Azlan sebagai seorang lelaki penyayang dan bertanggungjawab.
“Ramai yang minta saya tinggalkan terus suami, tetapi saya tak boleh nak tinggalkan. Saya sayang suami saya.
“Penjagaan Abang Lan terhadap diri saya memang lain. Dari A sampai Z dia jaga saya,” katanya lagi.
Tambah Nilam, dia akan terus berjuang untuk memenangi hati suaminya semampu yang boleh.
“Jadi, izinkan saya berjuang sampai ke akhir. Saya mahu anda doakan sahaja saya. Terima kasih,” katanya lagi.
Netizen Kagum Dengan Ketabahan Nilam
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan Nilam selain mendoakan agar rumah tangganya berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Insha-Allah, kami selalu mendoakan akak sentiasa dalam rahmat-Nya. Kuatkan semangat dan rehat secukupnya.”
“Orang hanya nampak luaran. Dalam orang tak tahu.”
“Semoga yang terbaik buat akak. Allah lebih mengetahui.”
“Saya doakan akak dan dalam hati Abang Azlan ada akak sahaja.”
“Kuat ye akak. Semoga akak menjadi isteri yang solehah. Moga Allah jaga akak selalu.”
Azlan Komeng Bakal Kahwin Lagi?
Sebelum ini, Nilam memberi bayangan dia bakal dimadukan apabila suaminya sedang merancang untuk berkahwin dengan wanita lain.
Menerusi satu hantaran video di TikTok, dia turut mendakwa Azlan kini berdepan cabaran menjelang hari pernikahan apabila kerap bergaduh dengan bakal isteri keduanya.
Dalam pada itu, Nilam sempat menitipkan pesanan kepada kaum hawa agar mencari lelaki yang menyayangi mereka lebih daripada diri sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI