Penyanyi, Siti Sarah meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang melabelkan dirinya sebagai menunjukkan-nunjuk selepas memuat naik sebuah video berkongsi rezeki bersama frontliner baru-baru ini.

Jelas Sarah, memang bukan mudah untuk kita memuaskan hati semua pihak namum dia juga tidak menyangka usaha murninya itu turut boleh dipandang pesimis segelintir individu.

Katanya lagi, apa yang disumbangkannya hanyalah kecil jika ingin dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh para frontliner terutama ketika berdepan wabak pendemik COVID-19 ini.

“Dalam kehidupan kita ni, kita tak dpat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, ape lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi terok jadinye.

“Yang nak marah sangat tu kenapa? Kite bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bgi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke?

IKLAN

“Frontliner tu ada yang tak cuti cuti, banyak sangat dugaan yang diorang kena hadap. Ape yg Sarah bagi kecik je, just nk buat diorang happy,” tulisnya. 

“Kita Bagi Benda Haram Ke, Bagi Air Todi Mabuk Ke…,” – Hanya Sebab Kongsi Rezeki Dengan Frontliner, Siti Sarah Dituduh Tunjuk Baik? “Kita Bagi Benda Haram Ke, Bagi Air Todi Mabuk Ke…,” – Hanya Sebab Kongsi Rezeki Dengan Frontliner, Siti Sarah Dituduh Tunjuk Baik?

Menerusi perkongsian di laman Instagram, isteri kepada pelawak, Shuib ini turut menambah, niatnya memuat naik video sumbangan tersebut hanyalah sebagai tanda kenang-kenangan untuk diingati pada masa akan datang.

IKLAN

Malah, penyanyi lagu, Semakin ini turut berpendapat sebagai manusia, bukanlah tugas kita untuk menghakimi niat seseorang.

“At least dapat bagi semangat dan buat diorang happy untuk hari tu. Video Sarah bagi gift @lovetahq dan barang-barang lain tu pun just nak buat kenang-kenangan.

“Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan. Perkare tu rahsia Allah. Sape kita nak tentukan keikhlasan seseorang tu?

IKLAN

“Kepada akak-akak frontliner Malaysia yang bagi komen dan DM yang baik-baik, Sarah doakan moga diberikan keselamatan dan sentiasa berada dalam Lindungan dan rahmat Allah,” jelasnya lagi.

“Kita Bagi Benda Haram Ke, Bagi Air Todi Mabuk Ke…,” – Hanya Sebab Kongsi Rezeki Dengan Frontliner, Siti Sarah Dituduh Tunjuk Baik?

“Kita Bagi Benda Haram Ke, Bagi Air Todi Mabuk Ke…,” – Hanya Sebab Kongsi Rezeki Dengan Frontliner, Siti Sarah Dituduh Tunjuk Baik?

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Sarah supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

https://youtu.be/51CHaSgkS1s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI