Sudah Daftar Termasuk Semua Keluarga, Norman Hakim Tak Tolak Pengambilan Vaksin Covid-19

Isu pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah menjadi perbualan hangat di kalangan wargamaya.

Ada yang menyambut baik dan tidak kurang yang seolah-olah masih ragu-ragu mengenai perkara tersebut.

Pelakon dan pengacara tekenal, Norman Hakim misalnya turut diminta memberikan pendapat terhadap isu pemberian vaksin yang bakal dilakukan secara berperingkat itu.

Menurut Norman, pemberian vaksin ini harus dipandang dari sudut positif demi kebaikan bersama.

“Bagi saya, kita kena pandang ia daripada sudut positif. Pun begitu, saya rasa masih tidak untuk bercakap mengenai isu suntikan vaksin ini.

IKLAN

“Cuma pada saya, selagi kita percaya bahawa segala apa yang berlaku dalam dunia termasuklah vaksin misalnya, semuanya atas iziNya. Saya percaya masing-masing ada pendapat tersendiri.

“Bila kita percaya vaksin ini adalah sebagai satu pengantaraan atau asbab atas keizinan daripada atas sana, jadi kita kena yakin benda itu akan membawa satu kebaikan dalam kehidupan.

“Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya kepada MH.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pelakon berusia 45 tahun juga turut memaklumkan sudah bersedia berbuat demikian.

“Macam saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sudah pun mendaftar pengambilan vaksin dalam aplikasi MySejahtera, termasuk semua ahli keluarga,” akhiri Norman.

IKLAN


Terdahulu, hos program Mingguan Wanita ini ditemui di lokasi penggambaran program MH Throwback yang bakal disiarkan Mac depan.

https://youtu.be/qGfPSqhVbGU