Menerusi segmen Suria Petang di radio Suria FM, penyanyi Dayang Nurfaizah ada berkongsi cerita mengenangkan dia pernah diejek ‘suara itik’ ketika menyanyi pada zaman kanak-kanaknya.
Akui sedih atas apa yang berlaku, penyanyi kelahiran Kuching ini turut menyifatkan dirinya sebagai seorang pendiam sebelum bergelar penyanyi.
“Sebenarnya pendiam sangat-sangat memang tak nak bercakap, pemalu sebab dulu masa Dayang kecil-kecil suara Dayang macam serak-serak macam tu…
“Jadi orang tua-tua dulu suka cakap kat Dayang ni macam suara itik bercakap. Bila kenang balik Dayang rasa sedih sangat sampai rasa tak nak bercakap jadi kita punya keyakinan dalam diri tu tak ada.
“Masa kecil-kecil dulu memang suka menyanyi tapi tak tahu yang Dayang ni pandai menyanyi ke tak dulu. Tapi saya memang suka menyanyi,” katanya dalam seloroh.
Ads
Dia yang sinonim menerusi lagu Di Pintu Syurga ini juga sempat mengimbau saat kali pertama menyertai pertandingan nyanyian, waktu usianya mencecah 12 tahun.
“Walaupun Dayang pemalu, tapi bila naik atas pentas tu Dayang rasa seronok. Pertama kali Dayang masuk pertandingan masa umur 12 tahun walaupun kena paksa pada mula-mulanya sebab Allahyahamah Mak Kiah, jiran Dayang yang masukan nama Dayang dalam pertandingan itu.
“Dayang ingat lagu pertama yang Dayang nyanyi masa tu, ialah lagu Bahtera Merdeka dan Lagu Untukmu nyanyian Hasnol,” kongsinya.
Pelakon dan model, Miller Khan ada berkongsi momen indah apabila mengesahkan dia dan kekasih, telah pun selamat mengikat tali pertunangan di Indonesia.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan melalui Instagram pada Khamis itu, Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan,34, dilihat merakam saat bahagianya dengan menaiki sebuah helikopter dan isi masa dengan makan malam romantis bersama si dia.
Perkara itu dikongsikan bintang ini menerusi beberapa pautan di Insta Story sambil turut memberikan kredit kepada beberapa individu terlibat.
Difahamkan, menerusi video rakaman yang dimuat naik, Miller menyatakan wanita tersebut pada awalnya tidak mengetahui tentang lamaran itu.
Sementara itu menerusi satu hantaran di platform sama hari ini, Miller turut memuat naik beberapa fotonya bersama yang tersayang.
The beginning of FOREVER , with you my loving fiancee @its.fr__ , #engagement SHE SAID YESSS laalalalaala,” tulisnya.
Sementara itu, abang kepada pelakon Isa Khan, 28, turut menzahirkan rasa gembira apabila adiknya sah bergelar pasangan suami kepada pelakon, Risteena hari ini.
“Sah!!! Sakinnah mawaddah warrahmah ya adikku sayang Isa Khan dan Nur Risteena,” tulisnya juga di Insta Story.
Pasangan terbabit selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Foto: Instagram Miller Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nazrief Nazri meminta warganet agar tidak mempercayai bulat-bulat apa yang dilihat mereka di media sosial kerana ada di antaranya telah dibuat bagi tujuan tertentu.
Malah tambahnya lagi, ada ketikanya ia sudah pun dirancang. Perkongsian tersebut dikongsikan bintang berusia 30 tahun ini menerusi hantaran terkininya di Instagram, pada Isnin.
“DUNIA SOCIAL MEDIA NI TIPU JE. Saya nak pesan sikit dkt netizen semua. Dunia dalam social media ni BUKAN REALITY. Jgn igt apa yg korang nampak dkt ig, fb, tiktok semua adalah sebenar2 kejadian.
“Apa yg korang nampak tu semua hanyalah apa yg mereka nak tunjuk sahaja. And kadang2 semua benda tu dirancang. Sama ada for entertainment or marketing purpose,” tulisnya.
Malah, bakal bapa ini juga turut memberi contoh terhadap apa yang dilaluinya bersama isteri, Aizatul Aqma Hamdan. Katanya, media sosial juga merupakan salah satu punca rezeki.
“Contohnya, saya dan isteri suka buat posting dkt social media bukanlah nak menunjuk. Tapi kami buat itu semua utk cari sesuap nasi. Inilah salah satu punca rezeki kami.
“Kalau ikutkan saya dan isteri dua2 perangai sama. Suka duduk berkurung dkt rumah dan taknak jumpa orang pun. Tapi disebabkan kami mencari rezeki di social media maka terpaksalah kami buat content.
“And ofcourse bila dkt socmed ni kami akan share yg INDAH2 SAHAJA. Siapa je yg nak share dkt socmed yg dia tgh susah, siapa je yg nak bgtau diorang pernah ikat perut sbb duit dah takde dalam akaun sementara nak tggu payment masuk.
“Siapa je yg nak bgtau kat orang yg diorang nangis2 tgh malam cari jalan mcm mana nak cari duit. TAKDE SIAPA PUN NAK TUNJUK DIORANG SUSAH DKT SOCIAL MEDIA,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut memberikan dedikasi buat isterinya yang kini sedang sarat hamil anak pertama mereka kerana sentiasa berada di sisi, dalam apa juga situasi.
Di samping itu, bekas peserta Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini turut meminta ramai agar menjauhi sikap saling dengki serta iri hati.
“To my wife @angellajoliey . Tq sbb ada dgn I susah senang, thank you sebab always positif bila i down, and thank you sbb sabar dgn I bila I buat mistakes. Love u always.
“Tapi apa yg naz nak sampaikan adalah, kalau kita tengok orang share yg dia happy kat socmed, maka kita doakan kebahagiaan dia dan semoga ALLAH pun beri kebahagiaan tu kepada kita. Tak perlu nak dengki2 dan iri hati.
“Dunia ni tak perlukan NEGATIVITY and TOXIC PEOPLE. Cukup2 lah apa yg dah ada sekarang. Start your day with POSITIVITY and ALWAYS SPREAD KINDNESS. SELAMAT HARI ISNIN SEMUA,” akhirinya.
Foto: Instagram Nazrief Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro menampilkan sebuah lagi drama bersiri premium terbaru menerusi jenama Astro Originals, Projek: Anchor SPM yangmenggantikan Kampong Pisang Bersiri-Siri.
Ia memaparkan kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah yang pernah berlaku dalam pengalaman kehidupan pelajar dan gelagat mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Projek: Anchor SPM ini telah mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf yang sebelum ini merupakan penulis skrip untuk filem Polis Evo dan PASKAL: The Movie.
Kali ini, keduanya diberi peluang sekali lagi untuk bekerjasama dan menguji kreativiti dalam mengarahkan drama siri premium pula.
Dengan berlatar belakangkan tahun 2003, Projek: Anchor SPM membawa penonton mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan menerusi barang-barang nostalgia, prop dan set; di samping elemen persahabatan, percintaan alam remaja, kekeluargaan, serta ragam dan aktiviti para pelajar sekolah.
Ia bakal menemui penonton mulai 15 Mac, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD) sebanyak 8 episod.
Barisan pelakon Projek: Anchor SPM antaranya ialah Aedy Ashraf yang membawa watak Aizat, Daiyan Trisha (Aaidaa), Shasha Abedul(Jaja) ketua kelab peminat Aizat lakonan Hero Remaja 2020,Nadhir Nasar sebagai Hilmi.
Penyanyi muda, Chubb-E pula mendukung watak sebagai sebagai Botol di samping pelakon senior lain iaitu Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat, Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Menurut Razaisyam Rashid, dia berbangga dan berterima kasih kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan Astro dalam menghasilkan sebuah drama siri premium.
“Di atas kepercayaan yang diberikan ini, saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza daripada aspek teknikal dan gaya seni untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi.
“Selain itu, saya turut berbangga dapat bekerjsama dengan saudara Anwari Ashraf sekali lagi, dan buat pertama kalinya kami sama-sama mengarahkan drama siri premium ini.
”Tentunya, ada cabaran dalam menghasilkan karya ini, lebih-lebih lagi sesi penggambaran adalah ketika berlangsungnya fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan banyak limitasi.
“Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya tidak sabar untuk persembahkan karya ini kepada penonton. Saya harap Projek: Anchor SPM dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Anwari Ashraf, Pengarah & Show Runner Projek: Anchor SPM pula menzahirkan rasa teruja kerana konsep sedemikian dapat dipertontonkan kepada peminat drama tempatan.
“Saya memang meminati genre filem bergenre ‘Young Adult’ dan selalu impikan untuk meperkenalkan genre ini kepada penonton Malaysia kerana genre ini jarang didedahkan.
“Jadi, saya cuba untuk cari satu topik yang dekat dengan penonton Malaysia untuk mengetengahkan genre ini. Saya yakin ramai yang mempunyai pengalaman mengambil SPM atau apa-apa jenis peperiksaan, jadi kami bawa topik pelajar dan peperiksaan untuk menjadi nadi kepada jalan cerita Projek: Anchor SPM.
“Saya harap penonton dapat berhibur dengan drama siri premium ini serta mengambil nilai-nilai positif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.”
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad turut menjelaskan, Astro optimis untuk sentiasa menawarkan kelainan dalam setiap konten.
“Kali ini, Projek: Anchor SPM bakal menghiasi slot Astro Originals dan ia mengetengahkan subjek yang dekat dengan penonton Malaysia, iaitu pengalaman dan isu di sekolah yang mungkin tidak dibincangkan selama ini.
“Antaranya isu psikologi, tekanan daripada keluarga dan pengaruh rakan sebaya, lebih-lebih lagi di kalangan anak muda. Kami menyedari banyak isu sosial dan stigma yang jarang disentuh dan ia adalah subjek sangat menarik untuk kita kupas, di samping membawa penonton untuk mengimbas kembali memori di sekolah.
“Selain itu, drama siri premium ini mempertaruhkan kreativiti dua pengarah berbakat hebat iaitu Razaisyam Rashid dan Anwati Ashraf yang mampu memberikan sesuatu yang baru buat drama tempatan.
“Mungkin ada yang mempertikaikan tentang sub-elemen iaitu ‘meniru’ yang dipaparkan dalam drama ini. Tetapi kehadiran drama ini adalah untuk memberi tauladan kepada semua.
“Setiap kelakuan yang salah pasti ada hukuman dan pengajaran. Sementara itu, buat golongan ibu bapa pula, diharap boleh membuka mata untuk lebih memahami beban serta tekanan yang dialami anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.
“Kepada para guru, ini mendedahkan taktik-taktik yang mungkin akan dilakukan oleh pelajar. Kami harap, penonton dapat menilai daripada sudut positif dan jadikan ia sebagai tauladan,” katanya.
Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.
Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.
Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.
Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.
Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tetap berpuas hati dengan persembahan anaknya, Fariedz Fazley meski mereka tersingkir pada saingan minggu keempat Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), malam tadi.