Pelakon Isa Khan yang selamat bergelar suami kepada Risteena menzahirkan rasa syukur apabila abangnya, Miller Khan yang mencipta nama di Indonesia telah pun mengikat tali pertunangannya bersama wanita pilihan, pada Khamis.

Majlis pertunanangan tersebut dilangsungkan sehari sebelum dia dan Risteena diijab kabulkan.

Terdahulu, Isa dan Risteena diraikan pada majlis resepsi yang dilangsungkan dalam norma baharu di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Insya-Allah Dia Pun Akan Mendirikan Rumah Tangga Tak Lama Lagi,” – Isa Khan Syukur, Abang Selamat Bertunang

“Insya-Allah Dia Pun Akan Mendirikan Rumah Tangga Tak Lama Lagi,” – Isa Khan Syukur, Abang Selamat Bertunang“Alhamdulillah, Miller sudah pun bertunang, insya-Allah dia pun akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

IKLAN

“Kami saling berhubung cuma buat masa ini tidak boleh rentas negara. Saya ada dua beradik lelaki di Indonesia, iaitu Miller dan Alif.

“Insya-Allah bila semuanya kembali pulih kami pasti akan luang masa untuk berjumpa,” katanya.

IKLAN

Terdahulu media melaporkan, Miller atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 33, selamat bertunang dengan pereka fesyen, Farina Rebecca, 30, di Jakarta.

Selain mengucapkan tahniah di atas perkahwinan adiknya, bintang filem Rasuk itu mendedahkan dirinya tertarik dengan Farina berkenaan kerana personaliti selain pandai mengambil hati.

IKLAN

Miller turut berkongsi momen indahnya bersama pasangan menerusi beberapa pautan di Insta Story beberapa hari lalu.

“Insya-Allah Dia Pun Akan Mendirikan Rumah Tangga Tak Lama Lagi,” – Isa Khan Syukur, Abang Selamat Bertunang

“Insya-Allah Dia Pun Akan Mendirikan Rumah Tangga Tak Lama Lagi,” – Isa Khan Syukur, Abang Selamat Bertunang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Foto: Instagram Miller, Isa Khan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI