Mahu terus mencari rezeki buat keluarga, pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia tidak boleh meletakkan sandaran kepada dunia lakonan semata-mata kerana peluang yang ada di luar sana perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Perkembangan industri hiburan lokal kini menerusi kehadiran bakat baru yang datang dan pergi menyebabkan peserta Hero Remaja sezaman Fattah Amin kini optimis untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih serius.

Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.” Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.” Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.”

“Sudah hampir 10 tahun saya berlakon. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk saya dalam bidang hiburan tetapi saya tidak boleh terus berpuas hati kerana apa sahaja boleh terjadi. Jadi perancangan itu perlu ada.

“Umur pula sudah semakin meningkat malah bakat baru juga semakin ramai. Jadi tidak salah untuk saya mahu mencari ‘back-up’ lain untuk terus memberikan keselesaan kepada isteri dan juga anak-anak. Rezeki itu kan luas, tinggal lagi kita perlu usaha dan berdoa.

IKLAN

“Kini saya sudah mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Jika dahulu, saya hanya menjadi duta kepada sesebuah jenama, tetapi kini saya muncul dengan produk sendiri untuk dipasarkan kepada orang ramai.

“Alhamdulillah, selepas beberapa lama ia akhirnya berada di pasaran. Kira impian menjadi kenyataan,” kata Saharul.

Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.” Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.”

IKLAN

Mengakui pernah beberapa gagal dalam bisnes yang diceburi, namun bintang drama bersiri Cinta Sekali Lagi ini masih mahu mencuba kerana menyifatkan ilmu itu penting bagi memulakan sesuatu perkara.

“Sebelum ini pun sebenarnya saya sudah mula berniaga. Kalau peminat masih ingat, saya pernah mengelurkan produk serunding sendiri. Percubaan itu kurang mendatangkan hasil kerana saya tiada ilmu sebelum memulakan perniagaan.

“Kini, saya berani mengeluarkan modal kira-kira RM250,000 untuk membangunkan perniagaan haruman aromatic, Ode Scents di bawah syarikat Pack Houz Sdn Bhd bersama rakan kongsi, Nadzir Samsuddin.

IKLAN

“Dengan ilmu yang saya kumpulkan sebelum ini ketika menjadi duta beberapa produk selain mempunyai rakan yang sudi membantu, saya komited untuk meletakkan sepenuh usaha membangunkan perniagaan ini.

“Saya tak nak berputus asa kerana saya mahu memberikan yang terbaik. Berbekalkan pengalaman, ilmu dan usaha yang tidak putus, saya yakin ia bakal menghasilkan maklum balas positif,” katanya lagi.

Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.” Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.” Kini Tauke Pewangi Kereta & Rumah, Saharul Ridzwan Rela Hati Keluar Modal Ratus Ribu – “Umur Makin Meningkat, Kena Ada ‘Back-Up’ Demi Keluarga.”

Produk keluaran Saharul yang dijual RM15 itu boleh digunakan di dalam kereta serta kediaman dan mempunyai lima jenis wangian iaitu Island Escape, Perfect Peony, English Fresia, Summer Dream dan Wild Fig.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI