Satu perkongsian daripada penyanyi, Farawahida menerusi status bergambar di Facebook mencuri perhatian ramai.

Di dalam foto yang dimuat naik pagi ini, penyanyi yang sinonim dengan lagu Semuanya Ada Di Sini itu merakam gambar bersama seorang lelaki dengan kapsyen ringkas.

Penyanyi Farawahida Bertunang?

“Tunang…,” tulisnya.

IKLAN

Bagaimanapun, wajah lelaki berkenaan ditutup dengan bunga tangan yang dipegang Farawahida.

Foto sama turut dikongsikan menerusi Insta Stories, di Instagram buat tatapan umum.

IKLAN

Penyanyi Farawahida Bertunang?Mengenakan persalinan sedondon di pelaminan, perkongsian tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada para pengikutnya.

IKLAN

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai majlis tersebut kerana Farawahida masih belum berkongsi perkata itu secera terperinci.

Untuk rekod, dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd Zain di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.

Foto: Facebook Farawahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI