Pelakon, Faye Kusairi memaklumkan bakal menjalani pengambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaiku musim ketiga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Khabar gembira ini telah dikongsi oleh Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Dalam pada itu, bintang kelahiran dari Miri, Sarawak ini berharap semuanya bakal berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.
“Ramai yg masih tak tahu yg kami berdua ni sebenarnya orang Sarawak. @bilazali berasal dari Kuching manakala saya berasal dari Miri.
Ads
“Kami bakal melangsungkan penggambaran 7 Hari Mencintaiku season ke 3 selepas sambutan Hari Raya tahun ini. InshaAllah. Doakan segala berjalan dengan lancar ya.
“Ada peminat 7 Hari Mencintaiku tak sini? Kalau ada, comment kat bawah
#7harimencintaiku #7harimencintaiku2 #7harimencintaiku3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menantikan drama tersebut bersiaran di kaca televisyen.
Ads
Selain Faye, drama yang pernah mencipta ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Foto: Instagram Faye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan dirinya sudah arif dengan taktik yang digunakan suami, Dr Izzar Anwari setiap kali dia ingin keluar untuk bersukan bersama rakan-rakan.
Jelas Ummi, suaminya itu tidak akan sesekali berkongsi rasa penat atau sakit sebaik sahaja pulang bagi mengelakkan kerisauan di hatinya pada masa akan datang.
“Dia nak main basketball malam ni. Jadi dia bagi hint macam ni semalam. Puji satu paragraph jaa. Nevertheless, thank you my love.
“Btw, Jumaat lepas dia main bola sepak. Balik rumah tengok ada luka dekat dahi dan siku. Besar jugak lah luka dekat siku tu. Perlahan perlahan dia tunjuk sambil senyum.
“Kita tanya sakit tak. Dia jawab “tak.. biasa lah. lelaki”. Tapi bila terlanggar. Keluar jugak bunyi sakit “sssss” Haaa.
“Dia buat buat tak sakit dan tak letih keesokan hari sebab tak nak kita tegur bersukan rupanya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan pelakon telefilem Kerana Korona itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Selasa.
Dalam pada itu, Ummi turut berharap agar para isteri tidak terpedaya dengan taktik tersebut sebaliknya berilah waktu untuk suami berehat setiap kali mereka keluar bersukan.
“Jadi isteri-isteri, jangan terpedaya kalau suami nampak macam tak letih keesokan hari. Seeloknya kita bagilah dia rehat lama sikit.
“Anyway I barely say no unless it’s detrimental to ur health and u know that. Be safe tonight,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut berkongsi ragam suami mereka lebih-lebih lagi ketika ingin bersukan bersama rakan-rakan.
Terdahulu, Ummi dan Dr. Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesa.
Malah, pasangan ini juga sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata kedua apabila Ummi kini sedang hamil tujuh bulan.
Foto: Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan inspirasi persalinan sarat hitam yang dikenakan ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Semalam di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad.
Jelas Aina, gaun tersebut sebenarnya mempunyai maksud dan mesej tersirat, seiring dengan jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi lagu berkenaan.
Perkongsian tersebut diperincikan panjang lebar oleh Aina menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
“Topi yang direka menjadi seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil adalah hasil interpretasi lirik “tinggal ku sendiri, ditemani jasad ini”.
“Bait kata “jasad ini” itu adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak kanak kecil yang ada bersama-sama wanita ini sewaktu berlakunya kisah “SEMALAM”.
“Jaket bersiluet besar dengan perincian susunan kain pleated yang kelihatan sarat adalah menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu sangat berat dan banyak sekali.
“Perincian pleated pada jacket tersebut dipilih hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau “palm tree”. Ini adalah interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”.
“Warna hitam juga dipilih untuk melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering dan sudah layu. Ia juga simbolik kepada perkataan “SEMALAM” yang selalu dikaitkan dengan warna hitam dan gelap,” tulisnya.
Aina pada masa sama mendedahkan, skuad cantiknya turut mengambil ilham pakaian tradisional Vietnam untuk dijadikan sebagai elemen dalam rekaan.
“Helain bahagian dalam busana ini yang dicedok dari rekaan pakaian tradisional Vietnam Ao Ďai atau “long tunic” adalah lambangan kepada sifat seorang wanita yang feminin dan ayu.
“Ia diperbuat dari material lembut dan polos yang menggambarkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.
“Perincian kain pleat yang membentuk satu imej bulat dibawah helaian jaket bermaksud seperti wanita ini sedang berdiri di atas daun yang terapung.
“Tidak ketinggalan, perincian kain pleated berwarna merah di belakang jaket melambangkan kesan luka “SEMALAM”.
“Parachute atau payung terjun dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin.
“Imej grafik yang dipancarkan di atas kain adalah lambangan kepada bait “calar ungu” yang terdapat di dalam lirik “Engkau pergi jua, tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu”.
“Gerakan penari yang menolak-nolak kain parachute dari dalam melambangkan kesan lebam sebagai interpretasi maksud “calar ungu”. Wanita ini juga menyampaikan kisahnya bersama dengan penari-penari yang berada di dalam parachute.
“Ini lambangan kepada situasi dimana wanita ini mewakili insan-insan lain yang turut merasai penderitaan yang sama,” tulisnya panjang lebar.
Bersaing bersama 11 buah lagu yang layak ke final, Semalam diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi edisi AJL kali ini, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.
Foto: Instagram Aina Abdul, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani mendakwa dirinya pernah hampir menjadi mangsa gangguan serta perbuatan kurang senonoh oleh seorang lelaki dewasa, sebelum ini.