Umum mengetahui, cinta lokasi antara lumrah yang biasa terjadi dalam industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.
Apabila para pelakon kerap kali bertemu di lokasi pengambaran dengan membawakan pula watak serta adegan berkasih-sayang, sudah tentu ada kalanya bibit-bibit cinta itu mulai terasa.
Bagaimanapun, pengacara dan pelakon, Shaza Bae cuba elak hal tersebut daripada berlaku kerana dia berpendapat cinta di lokasi boleh mengganggu konsentrasinya untuk memberikan mutu lakonan yang terbaik.
Jelas Shaza, sepanjang berada di set pengambaran, fokusnya hanya tertumpu mengenai soal kerja semata-mata.
“Cinlok (Cinta lokasi) itu wujud tapi bukan untuk saya. Saya tidak mahu, tidak ingin dan tidak akan terjebak InsyaAllah.
Ads
“Sebab kita pergi set nak kerja. Itu mindset saya. Saya tahu bila saya pergi ke set, saya berikan sepenuh komitmen. Saya sendiri tak tahu macam mana pelakon lain boleh bercinta di lokasi,” katanya kepada MH.
Menurut Shaza yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2019/2020 ini lagi, jadual kerja yang padat serta komitmen menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan mengenai soal tersebut.
“Bila saya pergi ke set saya hanya akan fikir mengenai cara lakonan saya. Saya tidak faham macam mana pelakon lain boleh ada masa untuk fikirkan hal tu.
Ads
“Saya hanya fokus pasal lakonan, watak dan macam mana wajah saya bila di hadapan lensa. Baju dan turutan babak pun nak kena fikir lagi. Kemudian nak lari pula pergi mengacarakan Hlive. Saya memang tiada masa untuk semua itu,” jelasnya jujur.
Dia pada masa sama menyifatkan masing-masing mungkin mempunyai pandangan berbeza.
Dalam perkembangan lain, Shaza ketika ini sedang sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya, Marry Me Seniorita arahan Michael Ang.
Ads
Ketika ramai yang menganggap dia kini merupakan ‘anak emas’ kepada Michael, Shaza menambah apa yang diperolehinya kini sebagai rezeki.
“Saya dah dua kali berlakon drama arahan Michael. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
“Saya ada satu lagi projek lakonan tapi bukan dengan Michael cuma dia yang mencadangkan nama saya pada produksi tersebut. InsyaAllah saya akan mulakan pengambaran minggu depan,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Shaza Bae
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi asal Singapura yang kini bersaing di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Hazrul Nizam mengakui sehingga kini dia masih solo dan tidak pernah mendirikan rumah tangga.
Terbuka untuk berkongsi statusnya itu kepada peminat, Hazrul bagaimana pun tidak menafikan dia sebenarnya lebih gemar untuk tidak terlalu berkongsi hal privasi.
“Saya selesa begini memandangkan saya seorang yang ‘private’, termasuk mengenai ahli keluarga dan sebagainya. Biarlah keluarga sokong saya di belakang dan saya ke depan.
“Kalau ada orang bertanya (hal peribadi) juga, kita tengoklah sejauh mana. Kalau soal status saya tak pernah kahwin, masih solo.
“Saya terbuka jugalah untuk kongsi, selagi ia tidak menyentuh mengenai ahli keluarga. Kalau libatkan saya seorang, saya okay saja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hazrul,42, yang kian mendapat rentak selepas menerima markah rendah pada konsert pengenalan GV9 mengakui kini lebih selesa untuk membuat persembahan tiap minggu.
“Saya sudah rasa makin selesa membuat persembabahan. Pada masa sama, ramai juga penyokong yang beri kata semangat. Jujurnya pada minggu pertama saya lakukan riviu lihat balik persembahan, betul ke aku nyanyi begitu.
“Jadi saya kena buktikan sesuatu. Minggu kedua saya betul-betul nak buat yang terbaik dari segi nyanyian dan penghayatan juga. Alhamdulillah dan saya syukur bila lagu saya dikenali sehingga ke Malaysia, memang tak sangka,” katanya lagi.
Pelakon Eya Hazali selamat menyambut kelahiran anak keduanya, pada 29 April lalu.
Menurut Eyra, baru lelaki berkenan dilahirkan kira-kira jam 6.18 petang dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Berita gembira itu dikongsikankanya menerusi Instagram.
“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022, pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya ringkas.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah apatah lagi apabila permata hatinya itu dilahirkan menjelang Syawal.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan gelagatnyasedang menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
Difahamkan motorsikal tersebut milik rakannya,Coach Yin yang merupakan teman kepada Sajat.
“Jom saya ajar korg bawak motor besar .. Tag siapa punya motor besar mcm ni @coach_yin,” tulis Aliff.
Sejak menceburi bidang keusahawanan, lama sudah kita tidak melihat sosok pelakon dan penyanyi berbakat, Ika Nabila menghiasi kaca televisyen menghiburkan rakyat Malaysia dengan bakat...