Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menzahirkan rasa syukur apabila single terbarunya, Dusta Cinta mendapat reaksi positif pencinta muzik.

Elly, 40, yang selesa disapa Kak Lina juga tidak menyangka ramai yang suka terhadap bait lirik bahasa Korea yang diselitkan dalam salah satu ‘verse’ lagu ciptaan Aina Abdul itu.

“Aina Ada Bertanya Sahabatnya Yang Menetap Di Korea,” – Pastikan Sebutan Betul, Elly Mazlein Akui Ramai Tak Sabar Tunggu Nyanyian ‘Live’ Dusta Cinta “Aina Ada Bertanya Sahabatnya Yang Menetap Di Korea,” – Pastikan Sebutan Betul, Elly Mazlein Akui Ramai Tak Sabar Tunggu Nyanyian ‘Live’ Dusta Cinta

“Alhamdulillah, tidak menjangka lagu ini mendapat respons yang begitu baik daripada peminat, lebih-lebih satu ‘verse’ bahasa Korea dalam lagu ini.

“Saya dan syarikat rakaman bersepakat untuk menyelitkan bahasa Korea dalam lagu ini kerana melihat kepada fenomena masyarakat Malaysia yang menyukai drama dan lagu Korea. 

IKLAN

“Malah saya juga peminat Korea. Jadi, tak salah rasanya kita bawakan sedikit pembaharuan yang baik dan sentuhan berbeza untuk single terbaharu ini,” katanya.

Hos program Borak Kelamin ini juga menambah, peminat turut tidak sabar untuk melihatnya membuat persembahan menyanyikan lagu berkenaan secara langsung.

“Aina Ada Bertanya Sahabatnya Yang Menetap Di Korea,” – Pastikan Sebutan Betul, Elly Mazlein Akui Ramai Tak Sabar Tunggu Nyanyian ‘Live’ Dusta Cinta “Aina Ada Bertanya Sahabatnya Yang Menetap Di Korea,” – Pastikan Sebutan Betul, Elly Mazlein Akui Ramai Tak Sabar Tunggu Nyanyian ‘Live’ Dusta Cinta

IKLAN

“Disebabkan lirik lagu ini diselitkan bahasa Korea, saya menerima pelbagai mesej daripada orang ramai yang tak sabar nak lihat saya nyanyikannya secara langsung. 

“Saya bersyukur ketika proses rakaman, Aina dan Life Records banyak membantu untuk memastikan sebutan bahasa Korea dibuat dengan betul.

“Aina ada bertanya dengan sahabatnya yang menetap di Korea ketika itu. Begitu juga dengan Life Records yang sentiasa memastikan sebutan bahasa Korea dirakam dengan tepat.

IKLAN

“Terharu apabila ia mendapat perhatian sementelah saya sendiri sudah lama tidak merakam lagu. Harapnya ia menjadi siulan ramai, insya-Allah” katanya lagi.

“Aina Ada Bertanya Sahabatnya Yang Menetap Di Korea,” – Pastikan Sebutan Betul, Elly Mazlein Akui Ramai Tak Sabar Tunggu Nyanyian ‘Live’ Dusta Cinta “Aina Ada Bertanya Sahabatnya Yang Menetap Di Korea,” – Pastikan Sebutan Betul, Elly Mazlein Akui Ramai Tak Sabar Tunggu Nyanyian ‘Live’ Dusta Cinta

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI