Penyampai radio, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih sinonim dengan panggilan Feeya Iskandar telah pun selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 11 Februari.

Bercakap kepada MH, penyampai radio Suria FM ini mengakui sekiranya diberi pilihan, dia berhasrat untuk memiliki anak perempuan.

Bagaimanapun bintang radio berusia 32 tahun ini tetap bersyukur rasa atas rezeki zuriat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Baginya, yang paling penting ialah anak yang dilahirkan sihat sempurna seadanya.

“Ramai Juga Berteka-Teki Saya Mungkin Bakal Lahirkan Bayi Perempuan,” – Syukur Dikurnia ’Baby Boy’, Feeya Iskandar Kongsi Nama Anak Muhammad Zidane

“Jujurnya ketika sedang hamil kali ketiga, sebenarnya ramai juga yang berteka-teki saya mungkin bakal melahirkan bayi perempuan melihatkan kepada keadaan saya ketika itu.

IKLAN

“Malah kalau nak ikutkan, memang kalau boleh nak anak perempuan sebab saya dan suami sudah ada dua orang anak lelaki. Tapi bukan kita yang menentukan. Semua rezeki Dia yang bagi dan kami tetap bersyukur,” katanya.

Feeya pada masa sama tidak meletakkan harapan besar, sebaliknya terus berdoa moga keinginannya ifu dimakbulkan.

“Saya tak ada nak letak harapan terlalu tinggi pun nak bayi perempuan pun sebab bagi saya lelaki atau perempuan saya tak kisah yang penting bayi tu selamat dan sihat. Itu sudah memadai.

“Yang pasti, semuanya rezeki dari Allah, kalau nanti ada rezeki nak dapat anak perempuan, InsyaAllah. Doa-doakanlah ya,” katanya lagi.

IKLAN

“Ramai Juga Berteka-Teki Saya Mungkin Bakal Lahirkan Bayi Perempuan,” – Syukur Dikurnia ’Baby Boy’, Feeya Iskandar Kongsi Nama Anak Muhammad Zidane

Berkongsi mengenai nama anak ketiganya yang kini mencecah usia dua bulan, Feeya memberitahu bayi lelakinya itu diberi nama Muhammad Zidane, sempena nama pemain bola sepak Perancis, Zinedine Zidane.

Kongsinya, Muhammad Zidane menjadi pilihan selepas mendapat persetujuan bersama suami, Nurashid Abd Wahab.

“Kami pilih nama Zidane bukanlah sebab kami peminat dengan pemain bola berkenaan, tetapi kerana namanya yang unik dan mudah untuk disebut.

IKLAN

“Jadi atas persetujuan bersama suami, kami memilih nama Zidane untuk anak ketiga kami,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Feeya mendirikan rumah tangga bersama Nurashid pada 6 Mei 2015 dan selain Zinade, mereka memiliki dua orang anak lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan,2.

“Ramai Juga Berteka-Teki Saya Mungkin Bakal Lahirkan Bayi Perempuan,” – Syukur Dikurnia ’Baby Boy’, Feeya Iskandar Kongsi Nama Anak Muhammad Zidane

“Ramai Juga Berteka-Teki Saya Mungkin Bakal Lahirkan Bayi Perempuan,” – Syukur Dikurnia ’Baby Boy’, Feeya Iskandar Kongsi Nama Anak Muhammad Zidane

Foto: Instagram Feeya Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI