Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah cuba menyampaikan lagu Peluang Kedua dengan seadanya, meski mengakui apa yang berlaku tidaklah seperti yang dijangka.
Malah jelas Nabila ketika ditemui sejurus berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), dia bagaimanapun mengharapkan apa yang trending adalah hal yang baik-baik.
Terdahulu, ada pengguna media sosial yang mendakwa nyanyiannya terkucil pada bahagian tertentu, yang sekali gus menjadi bualan.
āAlhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).
“Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.
“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.
“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,ā katanya menerusi laporan Harian Metro.
Sementara itu Nabila turut menjelaskan, masalah suara yang dihadapi semakin sembuh cuma mengambil masa untuk benar-benar pulih sepenunya.
Ads
“Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni.
“Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.
“Apa yang berlaku kepada saya, saya tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini (semalam) adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.
“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua dari saya sendiri,” katanya lagi.
Ads
Ditanya apakah yang menguatkan dirinya untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Nabila mahu sebagai yang dipetik menambah, dia hanya mahu menjadi yang terbaik untuk majukan diri.
“Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari team saya sendiri.
“Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya.
“Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.
Ads
Sementara itu, Gila yang dinyanyikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.
Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Sementara itu, video persembahannya turut menjadi trending di YouTube dengan menerima lebih 400,000 tontonan sehingga kini.
Dalam satu video yang dikongsi di akaun Nabila Razali Official FC, penyanyi ini
“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan korang dan saya minta maaf kalau tidak dapat buat korang happy malam ni.
“Nanti kita jumpa kat luarlah kalau ada rezeki Insya-Allah. Thank you so much korang, Bella tahu korang sentiasa doakan untuk Bella, Bella je selalu hampakan korang,” katanya sambil berazam untuk berikan yang lebih baik selepas ini.
Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar ada berkongsi satu video di laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan momen penyanyi yang berusia 37 tahun itu menyambut hari ulang tahun kelahiran anak angkatnya yang bernama Mohd Adam Emir.
āBila ada yg bertandang ke rumah bawa sebiji kek untuk dipotong si birthday boy… Terima kasih for the cake & present yg tak berbalut tu, Abg @mimieomar hadiah birthday paling rare cara bawaknya…
ālenkali mungkin nak jimat 20 sen utk tak ambil plastic bag, dia hangkut je cemtu keluar mall!!! Hahahahhahaha!!! Terima kasih kawan-kawan ibu yg mendoakan Adam..
āBiarpun bukan rahim saya yg mengandungkan Adam, cuma maut saja boleh pisahkan kami…ibu sayang Adam dunia akhirat tau..ātulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu telah mendapat perhatian peminat.
Malah, peminat turut memuji Misha kerana menyayangi anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
Sedia maklum, Muhammad Adam Emir merupakan anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, selain itu Misha turut mempunyai seorang lagi anak angkat, Humaira Lateefa berusia 8 tahun.
Pada 2 Mei 2014, Misha telah mendirikan rumah tangga bersama Firos Ezzwan Rossly dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 3 tahun.
Video : Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
āSalam. Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami pda jam 5.20 petang tadi.
āTerima kasih diatas doa kalian semua,ā tulisnya.
Tambah Izham lagi, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa buat isterinya itu.
Bagaimanapun, sehingga kini pasangan tersebut masih belum berkongsi mengenai jantina cahaya mata kedua mereka itu.
Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh penjaga gol skuad JDT itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan sepasukan menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Terdahulu, Izham dan Mia mendirikan rumahtangga pada tanggal 13 Januari 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang dilahirkan pada September 2018.
Sumber: Twitter Izham Tarmizi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon Adeline Tsen telah hadir ke sebuah majlis produk kecantikan dan telah bertemu dengan pengacara terkenal, Neelofa.
Adeline Tsen atau nama sebenar Adeline Anthony Primus Tsen telah memuat naik beberapa keping gambar ketika dia bersama Neelofa di akaun Instagram miliknya.
āBonding time with our Shinebright @neelofaĀ Really had so much fun with you and all of you stay humble ya babe Keep inspiring all the girls out there and keep shinning babe .Thank you for having me #lancomemy Love all the decoration and wow la so Shinebright la @wkualalumpur #lancomexneelofa #shinebright #lancomeātulisnya.
Lantas, pelakon yang berasal daripada Kota Belud, Sabah itu telah memuji pengacara yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan itu yang sentiasa bersikap rendah diri.
Di samping, kata-kata Adeline itu telah mendapat pujian daripada peminat kerana bersikap penyayang.
Alahai, bukan main sweet lagi Adeline dengan Neelofa. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Foto : Instagram Adeline Tsen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teka-teki mengenai siapakah barisan penyanyi yang akan bersaing menerusi program realiti, Gegar Vaganza (GV) Musim ke-11 masih lagi menjadi tanda tanya.
Pelbagai nama ādipetikā netizen...