Seperti yang diketahui umum, kini sudah genap 7 tahun pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang dan masih gagal dikesan secara rasmi meski usaha mencari sudah pun giat dilakukan.
Pesawat berkenaan gagal dikesan radar, selepas beberapa ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac 2014 lalu.
Serentak dengan itu, Zarul Husin yang juga merupakan bekas pramugara Malaysia Airlines ada memuat naik sekeping foto bagi memperingati kehilangan pesawat tersebut.
Ads
“7 Years gONe #rememberingmh70 #mh370 #kualalumpurbeijing #8Mac2014,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih dan hiba kerana pesawat tersebut masih belum diketemui.
Ads
Sekadar informasi, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu pernah berkhidmat selama 16 tahun di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Foto: Instagram Zarul Umbrella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ruhainies menitipkan ucapan kepada abang iparnya, pelakon Isa Khan yang kini sudah sah bergelar suami kepada kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena.
Menerusi hantaran di Instagram, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meluahkan rasa syukur kerana majlis akad nikah kakaknya berjalan lancar.
Di samping itu, Ruhainies ada menyatakan rasa sayang kepada Risteena seterusnya mengharapkan abang iparnya itu menjaga kakaknya dengan baik.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, my sister @nur_risteena sah bergelar isteri pada #12321 Welcome to our family abg iparku, @theisakhan
“Please take a good care of my sister. I love you both so much..,” tulisnya.
Imbas kembali, Risteena, 31 telah mengikat tali pertunangan bersama Isa, 28 pada 23 November 2019.
Upacara akad nikah telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Risteena sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sempurna seadanya majlis akad nikah pasangan paling dinantikan, Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Majlis yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan bermula seawal 10 pagi.
Menarik, ini 12 corat-coret sepanjang majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail. Pastinya satu momen yang tak kan dilupakan!
Neelofa menggunakan khidmat pereka majlis terkenal, Reka Teemor yang menggunakan bungaan putih untuk menghiasi pelamin serta dewan bak di kayangan. Laluan menuju ke pintu dewan turut diserikan dengan hiasan bunga.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.
Majlis yang bertemakan rona putih turut dihadiri rakan artis seperti Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman.
Pada majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.
Pengantin perempuan yang dilihat seperti bidadari itu menggunakan khidmat solekan jurusolek, Sharman Yeesementara busana serba putihnya dari rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.
Pengantin perempuan tersandung kecil ketika berjalan menuju ke pelamin sebelum upacara melafaz akad nikah bermula.
Semua tetamu diwajibkan memakai baju warna putih manakala wanita tidak berhijab perlu mengenakan selendang bagi menghormati majlis.
Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembakar selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).
Alunan lagi nasyid mengiringi sebagai muzik latar sepanjang majlis berlangsung.
Pelakon Izara Aishah menitipkan ucapan kegembiraan selepas Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris. Sifatkan hubungan sebagai adik-beradik dan mereka sudah saling mengenali sejak belasan tahun lagi, sebelum menyertai Dewi Remaja 2010.
Kakak Neelofa, Noor Nabila pula mengharapkan adiknya agar menempuhi alam perkahwinan dengan kesabaran dan saling melengkapi ketika susah atau pun senang.
Foto rasmi: Wedlocx.co
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terharu atas penerimaan ramai ketika bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu, penyanyi Ernie Zakri tampil memberikan dedikasi kepada semua menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pada Ahad.
Malah dia turut terharu apabila melihat video reaksi terhadap persembahan lagu Gundah di anugerah muzik tahunan itu di YouTube.
“Tak sedar masa berlalu, dah seminggu #AJL35 berlalu. Terlalu banyak doa-doa yang baik daripada kalian. Reactions di YouTube membuatkan saya sendiri rasa sebak bila mendapat sambutan yang baik di kalangan semua. Syukur Alhamdulillah.
“Jangkaan untuk menang jauh sekali, tapi siapalah saya untuk menafikan rezeki malam itu. Alhamdulillah. Tiada kesalan, tapi lebih banyak lagi harus diperbaiki dalam persembahan itu,” tulis Ernie.
Dia pada masa sama turut mengharapkan sokongan serta kata-kata positif daripada peminat buat dirinya serta rakan lain.
“Inshallah, doakan saya, doakan rakan rakan lain yang turut sama berjuang bukan saja dalam #AJL35, tapi berjuang kerana mencintai bidang ini.
Hiburan bukan sekadar hiburan, inilah kerja kami. Sedaya upaya kami berikan untuk anda semua. Doakan yang baik baik. Inshallah. Semoga kita semua terus tetap semangat untuk menghiburkan! Aamin,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing selain menghargai bakat nyanyiannya.
Terdahulu, Gundah yang tulisnya bersama Sharon Paul bersaing bersama 11 buah lagu lain di AJL35. Ernie turut dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Vokal Terbaik kali ini.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...