Pelakon, Tasha Shilla yang kini sedang sarat hamil mendoakan agar urusan bersalinnya kelak dipermudahkan dan berjalan lancar.
Kandungan usia kehamilan Tasha yang kini sudah mencecah 35 minggu turut memohon doa daripada peminat untuk dirinya.
“Mohon doa kalian semoga kami dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.
Ads
“Buat kalian semua, Tasha dan Atiq doakan juga kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang tidak terjangka akan datang. Stay positive and healthy always,” tulisnya.
Pengacara dan pelakon senior, Datuk AC Mizal, menyifatkan dirinya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak kerana dia merasakan setiap individu berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing.
Meskipun ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai pengacara yang suka ‘cakap lepas’, AC bagaimanapun menjelaskan dia hanya mahu menjaga momentum dan tuntutan sesebuah program atau rancangan tv.
“Pandangan orang bergantung kepada diri masing-masing. Ada orang suka dan ada yang tidak. Saya cuba bahagikan perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan.
“Bagaimanapun, kadang-kadang keadaan bukan memaksa tetapi memerlukan kita untuk menjaga momentum program, rating, semangat penonton dan beberapa aspek lain lagi.
“Perkara-perkara seperti ini sangat subjektif tetapi tidaklah sampai mencarut. Itu teruk sangatlah,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Abang Long Fadil 2 ini berkata sedemikan ketika ditemui di penggambaran program MHThrowback, baru-baru ini.
Dalam pada itu, AC menjelaskan dirinya masih tahu mengenai batas-batas agama namun dia turut mengakui dirinya juga tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.
“Saya masih lagi beragama Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik.
“Mungkin kadang-kadang ada kesilapan yang berlaku. Saya tak boleh kata tiada kesilapan tetapi saya cuba untuk mengelak dari melakukan kesilapan.
“Setiap kali bila saya berada di atas pentas, saya akan pastikan saya sudah bersedia. Saya juga akan pastikan yang saya sensitif dengan permintaan orang dan juga para penonton yang menyaksikan program kendalian saya.
“Bagi saya, itulah antara sebab-sebab sampai sekarang orang masih lagi menggunakan khidmat AC Mizal sebagai pengacara,” katanya lagi.
AC bakal menjadi tetamu undangan episod pertama program anjuran Media Hiburan itu.
Menerusi program ini, suami kepada pelakon, Datin Emylia Rosnaida ini akan merungkai pahit manis sepanjang lebih tiga dekat bergelar anak seni, berdasarkan artikel yang disiarkan menerusi Media Hiburan.
MHthrowback akan bersiaran selama 13 episod, dihoskan oleh Radin Era bermula esok, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Allahyarham sebelum ini sinonim menerusi nama komersial, Maya Matahari.
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan raja sehari, Isa Khan dan isterinya Risteena bersyukur akhirnya mereka selamat disatukan sebagai suami isteri dan majlis akad nikah berjalan sempurna pada pagi Jumaat.
Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata, majlis akad nikah yang diadakan Masjid Tunku Sultan Mizan Abidin, Putrajaya itu hanya dihadiri kira-kira 15 tetamu iaitu ahli keluarga sahaja.
Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia juga memberikan wang hantaran kepada Risteena berjumlah RM32,000 sebagai simbolik usia isteri tercinta.
“Alhamdulillah… akhirnya kami selamat diijab kalbulkan pada pagi tadi di Masjid, Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi. Ikutkan perancangan kami memang nak bernikah pada tahun lalu tapi PKP pula. Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Acara akad nikah tadi pun mengikut SOP dan hanya 15 orang sahaja tetamu iaitu ahli keluarga. Untuk kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantar RM32,000.
“Ikutkan kita nak buat majlis tahun lepas, ketika itu Risteena berusia 32 tahun jadi jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usianya. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga, saya tunaikanlah janji,” kata Isa.
Sementara itu, Risteena yang setia di samping suami mengakui masih belum percaya sudah bergelar isteri orang.
“Sampai sekarang, masih tidak percaya. Malah saya cakap dengan Isa, kita dah berkahwinlah. Kiranya ini aturan Allah sebab selama ini menantikan bila tarikh sebenar, rupanya inilah masanya.
“Bila sampai ke masjid untuk dinikahkan, ya Allah … berdebar. Sampai saya cakap kata keluarga adakah perasaan ini normal? Bila semuanya sudah selesai, saya makin lega alhamdulillah,” dedah Risteena.
Pasangan selebriti ini ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama rakan media dan keluarga terdekat di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur malam tadi yang turut berlangsung dalam norma baharu.
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin dan pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin bernilai RM1,000.
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.
Mereka sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
Bercakap mengenai soal cahaya mata, pasangan sama cantik sama padan ini tidak menolak rezeki andai dikurniakan zuriat awal.
“Perancangan cahaya mata… kitaorang kalau boleh terus nak ada anak. Kalau ada rezeki, insyaAllah. Kalau boleh nak dua tiga orang anak. Kembarlah… ,” seloroh Isa yang turut mengakui dia dan Ristenna cukup sukakan kanak-kanak.
Mereka pada masa sama tidak menolak andai digandingkan bersama di dalam mana-mana naskhah drama selepas ini.
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...