Pelakon Fathia Latiff mendedahkan hubungannya bersama Zarina Anjoulie masih baik-baik dan saling berhubung untuk bertanya khabar.

Katanya kepada MH, mereka saling menyokong di antara satu sama lain meski hubungan di antara keduanya pernah keruh sebelum ini.

“Saya dengan dia okay, cuma dia dengan cara dia dan dan saya dengan hidup saya. Akan tetapi kami masih lagi saling berhubung.

“Dia menyokong saya dan ya, kami berkawan. Saya gembira untuknya dan begitu juga dengan dia,” katanya.

Fathia Latiff Komen Hubungan Jernih Dengan Zarina Anjoulie – Kalau Namanya True Friend, Faham Tak Macam Bergaduh Adik-Beradik?” Fathia Latiff Komen Hubungan Jernih Dengan Zarina Anjoulie – Kalau Namanya True Friend, Faham Tak Macam Bergaduh Adik-Beradik?”

IKLAN

Fathia, 34, atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff turut menjelaskan, dia memilih untuk jernihkan hubungan kerana masing-masing kini kian matang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)

Januari lalu, pendandan rambut terkenal, Ridzokumura di Instagramnya ada memuat naik video dua selebriti itu sedang duduk berbual lalu mendapat perhatian warganet membayangkan mereka sudah pun berbaik selepas hampir dua tahun.

IKLAN

“Kami telah lama tidak berjumpa. Malah meski pun kami ada berselisih faham pada ketika itu, tetapi kalau dah namanya true friends, faham tak macam bergaduh adik-beradik? Kita akan kembali berbaik.

“Saya yang mulakan langkah. Saya ada beritahu Abang Ridzo, kemudian dia hubungi Zarina. Kita kian dewasa dan pada masa sama, kita masih saling menyayangi.

IKLAN

“Malah ramai yang suka lihat kami kembali berbaik. Jadi mengapa tidak. We are real dan apa yang kami lalui, kami kongsi,” jelasnya lagi.

Fathia yang pernah muncul dengan single Jika Aku Tahu sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk kembali berlakon dan terbuka untuk menerima mana-mana tawaran lakonan selepas ini.

Fathia Latiff Komen Hubungan Jernih Dengan Zarina Anjoulie – Kalau Namanya True Friend, Faham Tak Macam Bergaduh Adik-Beradik?”

Fathia Latiff Komen Hubungan Jernih Dengan Zarina Anjoulie – Kalau Namanya True Friend, Faham Tak Macam Bergaduh Adik-Beradik?”Fathia Latiff Komen Hubungan Jernih Dengan Zarina Anjoulie – Kalau Namanya True Friend, Faham Tak Macam Bergaduh Adik-Beradik?”Pelakon drama Ariana Rose ini ditemui pada majlis pelancaran kiosk pertama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff di Setapak Sentral, pada Jumaat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI