Penyanyi rap, Lil J mendedahkan dia terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pantai Cenang, Langkawi ketika sedang bercuti di destinasi percutian itu pada Isnin.

Menurut Lil J atau nama sebenarnya, Viraj Raj, 22, insiden yang berlaku kira-kira jam 8.00 malam itu menyebabkan dia terpaksa menerima jahitan di beberapa bahagian anggota badan.

Memetik Harian Metro, motorsikal yang ditungganginya tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.

“Ketika Kejadian Saya Nampak Darah Keluar Dengan Banyak Di Muka Sehingga Saya Pengsan…,” – Penyanyi Rap Lil J Kemalangan “Ketika Kejadian Saya Nampak Darah Keluar Dengan Banyak Di Muka Sehingga Saya Pengsan…,” – Penyanyi Rap Lil J Kemalangan

“Ketika saya memperlahankan motorsikal kerana terdapat bonggol di atas jalan, saya tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang hingga mengakibatkan bahagian dagu menerima 14 jahitan selain kaki kiri lapan jahitan dan lutut pula tiga jahitan. 

IKLAN

“Ketika kejadian saya nampak darah keluar dengan banyak di bahagian muka sehingga saya pengsan di tempat kejadian. Namun, mujurlah ada dua kenalan yang mengenali saya datang membantu dan membawa saya ke hospital. 

“Sebenarnya saya ke Pulau Langkawi seorang diri sejak Jumaat lalu. Tak sangka percutian saya berakhir dengan kemalangan. Saya bersyukur kerana tiada kecederaan yang serius berlaku dan ada yang mengenali saya ketika itu,” katanya.

Berikutan kemalangan yang berlaku, Lil J yang sudah pulang ke rumah sejak semalam sudah membuat laporan polis.
“Ketika Kejadian Saya Nampak Darah Keluar Dengan Banyak Di Muka Sehingga Saya Pengsan…,” – Penyanyi Rap Lil J Kemalangan

IKLAN

“Laporan polis sudah dibuat tapi saya tak boleh nak berkongsi maklumat terperinci kepada pihak polis kerana saya tidak melihat nombor pendaftaran kereta yang melanggar saya. Cuma, saya perasan kenderaan itu adalah jenis Toyata Innova. 

“Sekarang ini saya sudah berada di rumah bersama keluarga. Sepatutnya, semalam saya membuat persembahan di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021), tapi disebabkan insiden yang berlaku saya kena berehat dengan secukupnya. 

IKLAN

“Saya juga terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya mungkin akan bercuti selama tiga minggu dan  sekarang masih menahan kesakitan,” katanya lagi.

“Ketika Kejadian Saya Nampak Darah Keluar Dengan Banyak Di Muka Sehingga Saya Pengsan…,” – Penyanyi Rap Lil J Kemalangan “Ketika Kejadian Saya Nampak Darah Keluar Dengan Banyak Di Muka Sehingga Saya Pengsan…,” – Penyanyi Rap Lil J Kemalangan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber, Foto : Harian Metro, Instagram Lil J

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI