Pengacara dan personaliti media sosial, Mat Dan, memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di United Kingdom selepas mengalami gejala muntah-muntah tanpa henti sejak dua hari lalu.

Menurut Mat Dan yang kini sedang berada di kampung halamannya di UK, dia terpaksa menyerahkan dirinya kepada pihak hospital selepas percubaan untuk menghubungi ambulans gagal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

“Assalamualaikum, saya nak update sikit mengenai diri saya. Saya sekarang ini berada di hospital di UK di kampung halaman saya.

“Saya terpaksa dimasukkan air di kedua-dua belah tangan saya. Dah dua hari saya muntah-muntah tak berhenti. Saya telefon ambulans tapi mereka tak boleh datang ambil. Jadi saya serah diri dekat hospital,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Mat Dan Kaki Jalan itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Mereka Akan Ambil Darah Saya & Buat CT Scan,”- 2 Hari Muntah Tanpa Henti, Mat Dan Masuk Hospital Di UK “Mereka Akan Ambil Darah Saya & Buat CT Scan,”- 2 Hari Muntah Tanpa Henti, Mat Dan Masuk Hospital Di UK

Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah turut memberitahu, kedua-dua belah tangannya telah pun dimasukkan air dan dia kini sedang menantikan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

IKLAN

Malah, pihak doktor juga difahamkan akan membuat imbasan CT bagi mengenal pasti masalah kesihatan yang dialami oleh Mat Dan itu.

“Saya tunggu dua hingga tiga jam di bawah. Selepas buat beberapa pemeriksaan, saya terpaksa warded di hospital. Mereka akan ambil darah saya dan buat CT Scan.

“InsyaAllah, doakan yang baik-baik untuk saya,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan, hasil ujian saringan Covid-19 yang dijalaninya adalah negatif.

IKLAN

Melihat di ruangn komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau selain turut mendoakan semoga keadaan Mat Dan akan beransur pulih dengan segera.

“Syafakallah sahabat, semoga segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah.

“Semoga Mat Dan diberikan kesembuhan dan kekuatan.

IKLAN

“Semoga Mat Dan cepat sembuh sepenuhnya. Semoga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah Ta’ala.

“Get well soon. Semoga Allah permudahkan urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Mereka Akan Ambil Darah Saya & Buat CT Scan,”- 2 Hari Muntah Tanpa Henti, Mat Dan Masuk Hospital Di UK “Mereka Akan Ambil Darah Saya & Buat CT Scan,”- 2 Hari Muntah Tanpa Henti, Mat Dan Masuk Hospital Di UK

Sekadar informasi, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita asal Terengganu Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Muhammad Eydan Tyler, 1.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI