Adik kepada pelakon Uqasha Senrose, Rasyha Rizrose menitipkan ucapan ringkas tetapi penuh makna bersempena perkahwinan kakaknya itu bersama aktor, Kamal Adli.

Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz,25, mendoakan kebahagiaan buat Uqasha yang telah pun sah bergelar isteri pada 5 November lalu.

“Semoga berbahagia kakakku,” tulisnya menerusi sekeping foto yang dirakam sebelum majlis ijab kabul berlangsung.

“Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha! “Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha!

“Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha!

IKLAN

Sementara itu menerusi Insta Stories, Dewi Remaja 2015 itu turut menyatakan rasa gembira atas perkahwinan tersebut.

“Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha! “Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha!

“Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha!“No words could explain how i felt at this time. Happy tapi lebih kepada sedih sebenarnya…,” jelas Raysha.

Terdahulu, Uqasha ketika ditemui media sejurus majlis pengumuman tersebut yang diadakn di De.Wan 1985 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur pada Selasa mengakui ahli keluarganya tumpang gembira dan bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

IKLAN

Malah selain Raysha, Nelydia turut sama setia menemaninya di sisi menjelang hari bahagia.

“Seperti semua sedia maklum, saya, Nely dan Raysha memang rapat. Kehadiran mereka seperti kekuatan dan memberikan saya semangat. Mereka tahu dugaan dan cabaran yang saya lalui sehingga dapat mendirikan rumah tangga.

“Memandangkan semuanya sudah bersiap pada hari nikah, jadi kami tidak mahu menitiskan air mata. Apa yang penting adalah mereka sentiasa menemani saya sepanjang malam sebelum keesokan harinya (5 November).

IKLAN

“Dalam masa yang sama, kami merahsiakan perkahwinan ini atas permintaan keluarga dan menghormati banyak pihak. Apa yang penting semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” katanya.

“Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha! “Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha! “Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha!

Terdahulu, dalam majlis pernikahan pasangan terbabit yang bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, sah bergelar suami kepada Uqasha,29, dengan dua kali lafaz.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI