Filem Khabi Khushi Kabhi Gham antara filem Bollywood yang malar segar meski sudah 20 tahun berlalu.

Ia kerap dimainkan di kaca televisyen di Malaysia dan setiap kali menonton filem tersebut pasti air mata jatuh bercucuran kerana tersentuh dengan mesej yang disampaikan.

Jika anda seorang peminat tegar filem yang diterbitkan pada tahun 2001 ini, pasti anda akan kenal dengan watak si comel Krishna Raichand yang merupakan anak kepada watak Rahul Raichand dan Anjali Sharma Raichand yang dilakonkan oleh duo popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol.

Lebih 20 Tahun, ‘Anak’ Shah Rukh Khan & Kajol Sekarang Antara Personaliti Terkacak Bollywood!
Kredit foto: Instagram Jibraan Khan

Jibraan Khan yang kini berusia 28 tahun, merupakan pelakon kanak-kanak tersebut. Siapa boleh lupa keletah comelnya saat dia menyanyikan lagu kebangsaan negara India yang merupakan antara satu babak yang cukup berkesan di dalam filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda Jibraan bukanlah asing dalam dunia seni. Bapanya, Firoz Khan merupakan seorang anak seni yang bergiat sebagai pelakon sejak tahun 80-an lagi. Oleh sebab itu dia turut mengikut jejak bapanya kerana sudah didedahkan dengan dunia seni sejak kecil lagi

IKLAN
Lebih 20 Tahun, ‘Anak’ Shah Rukh Khan & Kajol Sekarang Antara Personaliti Terkacak Bollywood!
Kredit foto: Instagram Jibraan Khan

Setelah 20 tahun berlalu, Jibraan kini sudah mula kembali aktif mencari tempat dalam dunia lakonan sebagai pelakon dewasa setelah berlakon dalam beberapa buah filem sebagai pelakon kanak-kanak. Jika dilihat kepada akaun instagramnya, penampilannya kini memang menarik dengan pakej yang lengkap.

Dengan wajah yang tampan diserikan lagi dengan bentuk badan yang sasa, dia sudahpun mengumpul sebanyak 170 ribu dan akaun instagramnya sudah pun memiliki logo verified. Dalam satu temubual bersama India Today, pelakon ini mendedahkan realiti sebenar sebagai seorang pelakon kanak-kanak yang cuba menembusi pasaran lakonan apabila dewasa.

IKLAN
Lebih 20 Tahun, ‘Anak’ Shah Rukh Khan & Kajol Sekarang Antara Personaliti Terkacak Bollywood!
Kredit foto: Instagram Jibraan Khan
Lebih 20 Tahun, ‘Anak’ Shah Rukh Khan & Kajol Sekarang Antara Personaliti Terkacak Bollywood!
Kredit foto: Instagram Jibraan Khan

“Sehebat mana pun industri ini, ia juga sangat kejam. Tetapi untuk mendapatkan sesuatu atas merit anda sendiri adalah perkara yang membanggakan. Ayah saya memainkan watak Arjun dalam Mahabharat, dia menjadi sebab mengapa saya berlakon sebagai seorang pelakon kanak-kanak.

“Saya membuat iklan dan kemudian berlakon. Saya mengambil masa tiga tahun untuk mendapatkan filem yang bagus, iaitu Brahmastra, dan itu sekali lagi atas merit saya. Sekarang, ia adalah perjuangan saya sendiri jadi saya menyukainya,” ujarnya tentang realiti kerjaya.

IKLAN

Dalam laporan bollywoodlife.com, Jibraan berperanan sebalik tabir sebagai ketua penolong pengarah dalam pembikinan filem Brahmastra yang menampilkan Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt sebagai pelakon utama.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

https://youtu.be/kwCxDn1XjM4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI