“Kami masih lagi baik dan tiada isu di antara satu sama lain.”
Demikian kata penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi selepas ditanya mengenai status dirinya bersama wanita yang dikenali sebagai Rania Al Sadat, sekaligus mengesahkan mereka kini memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Sufian berkata, dia memulangkan cincin merisik pada minggu kedua Ramadan.
“Kita masih lagi berkawan, termasuk dengan ahli keluarga masing-masing. Cumanya, hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Kami terima dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.
“Malah sejak keputusan tersebut dibuat, kami masih lagi berjumpa dan berhubung. Namun bila cincin sudah dipulangkan, masing-masing kenalah hormati status. Buat sementara waktu, kami ambil pendekatan untuk beri ruang kepada diri kami.
“Keputusan tersebut dilakukan secara bersama sebab kalau nak diikutkan, perancangan untuk bernikah tu sudah ada sejak tahun lepas. Cuma ada beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk kami bincangkan dengan mendalam.
Ads
“Ini kerana masing-masing berpendapat hal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
“Bukan saya nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa juga sebelum ini (merisik), tetapi bila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami berdua berbincang mengenai kehidupan saya dan dia.
“Jadi bila berbincang, kami fikir mungkin perlu ‘take a step back’ untuk fikir masak-masak. Bukan nak kata kami tidak sehaluan, cuma perkara yang dirasakan tidak sesuai untuk saya dan sebaliknya,” katanya kepada MH.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production di Shah Alam, pada Isnin.
Ads
Bagaimanapun, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu percaya soal jodoh dan mendoakan yang terbaik buat dia dan bekas teman.
“Bagi saya itulah ‘hikmah’ di sebalik adat yang kita langsungkan sebelum ini. Kita merisik bukanlah bermaksud kita sudah berkahwin. Ia adalah proses untuk saling mengenali.
“Apa pun saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali dan menghormatinya. Keluarganya juga sangat baik sehingga ke hari ini. Kami juga sampai sekarang mengharapkan kebahagiaan buat diri masing-masing.
Ads
“Siapa tahu, jodoh di tangan Tuhan. Kemungkinan kita pun akan bahagia bersama-sama juga. Mungkin ada peluang untuk kembali sebagaimana sebelum ini,” katanya lagi.
Terdahulu, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekaligus mencetuskan spekulasi samada penyanyi itu sudah bertunang.
Sufian menjelaskan ia sebenarnya adalah majlis merisik yang dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
Namun pada Mac lalu, warganet mulai membuat spekulasi membayangkan kedua mereka tidak serapat dulu memandangkan masing-masing tidak lagi saling mengikuti di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan yang juga bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anak perempuan mereka, Wan Maryam telqah discaj dari hospital apabila kedua mereka disahkan pulih Covid-19.
Malah, ibu tunggal ini turut memaklumkan perkembangan terkini mereka menerusi beberapa perkongsian di Instastory, pada Ahad apabila menjawab beberapa pertanyaan daripada pengkutnya di Ask Me Question.
“Alhamdulillah Mawar dan Maryam dah okay. My dad getting better.
“First sekali saya nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan ‘double M’ (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.
“Saya rasa terharu doa-doa kalian yang banyak memneri semangat kepada saya dan keluarga.
“Walaupun kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa. Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” tulis Mawar.
Pada masa sama, Mawar turut bercerita mengenai simpton yang dialami mereka sehingga disahkan positif wabak tersebut.
“Alhamdulillah Maryam tak tunjuk apa-apa simptom, hanya demam tu pun time admit dah. Cheq pulak, emm tak tau nak habaq lagu mana, tapi lain orang lain rasa.
“Time bila sesak nafas, sakit kepala sekaligus datang sampai otak serta biul rasa. Tapi still control cun depan family sebab tak nak parents risau,” jelas Mawar.
Sementara itu dalam satu status lain pula, Mawar menambah dia turut mengalami demam beberapa hari sebelum sambutan tahun baru.
“Macam mana boleh kena? Bermula sebelum new year, cheq dah rasa demam setelah 4 tahun tak demam. Alhamdulillah.
“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga dah start rasa pelik jugak, pergi swab test,” jelasnya lagi.
Sekadar mengimbas, Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 lalu. Namun, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah talak satu pada 10 Julai 2019 lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan Wan Maryam yang kini mencecah usia tiga tahun.
Foto: Instagram Mawar Karim, Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan pelakon Erma Fatima berkongsi sepotong rakaman pendek berdurasi 2.01 saat menjelaskan akan keadaan yang sedang dihadapi seluruh umat Islam di dunia ini.
Pendakwah berkenaan mempersoalkan apa dosa yang umat manusia dilakukan sehingga jutaan muslimin terusir daripada rumah Allah. Malah dia meminta agar direnung kembali dosa yang dilakukan sebelum ini, jelasnya sebelum muncul coronavirus, wabak kebencian, kezaliman dan kemaksiatan adalah sesuatu yang berlegar di kalangan manusia.
“Sesuatu yang sangat menyedihkan hari ini adalah masjid-masjid di negeri-negeri Arab dikosongkan.
“Apa yang pernah kita lakukan sehingga kita terusir dari masjid? Kelmarin kita sudah lihat pintu-pintu Masjid Nabawi dikunci. Apa yang pernah kita lakukan sehingga kita terusir dari Masjid Nabawi? Sampaikan apa yang pernah kita lakukan hingga kita terusir dari Masjidil Haram?
“Katakan wahai sekalian manusia, apa yang pernah kita lakukan hingga kita terusir dari rumah Allah (masjid)? Ayo lihat wajah kita di depan cermin meski hanya sebentar.
“Bukankah kita pernah mengambil hak orang lain sebelum adanya virus Corona? Bukankah kita pernah beramai-ramai di bank riba sebelum adanya virus corona?
“Hari ini kita menangis dan saling menangisi ketika masjid ditutup kerana rumah-rumah Allah terkunci dari wajah-wajah kita. Ini terkunci kerana kita. Ini tidaklah terkunci kecuali kerana kita. Sebelum adanya wabak ini, kita memiliki wabak kezaliman, wabak kebencian, wabak kecurangan, wabak dosa-dosa dan wabak kemaksiatan.
“Lihatlah mengapa? Beginilah kita. Wabak ini akan berakhir dan kita akan kembali bermaksiat seperti dulu? Dan kita? Sama seperti sebuah syair, kita meminta dengan sungguh agar perahu kita yang ada ditengah lautan diselamatkan.
“Tapi ketika sampai di pantai, kita kembali bermaksiat kepada-Nya.
“NIKMAT ALLAH YG MANA TELAH KITA DUSTAKAN takde kata-kata mampu ku ucapkan,” kongsi pengarah terkenal itu.
Lagu Sembilu yang dipersembahkan Syada Amzah di minggu kelima Big Stage 2019 tidak memberi rezeki berterusan buatnya untuk meneruskan saingan apabila disenaraikan di kalangan tiga peserta tercorot, lalu diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor undian online terendah.
Sejurus persembahan malam tadi, Syada mendapat markah keseluruhan sebanyak 68.00 peratus dari juri profesional.
“Saya terima dengan positif keputusan undian online yang tidak memihak kepada diri saya hingga nama diumumkan sebagai antara dua peserta yang tersingkir.
“Sebabnya, sehari sebelum konsert, pada sesi raptai akhir dan nama saya yang diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Kiranya ia macam kebetulan.
“Malah saya ada beritahu pihak pengurusan saya, boleh atau tidak untuk sediakan ucapan andai terkeluar dalam konsert minggu ini. Saya seperti dapat rasakan perasaan itu,” katanya kepada MH.
Tidak mahu memandang ke belakang, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini sebaliknya tetap menyokong perjalanan rakan artis lain di Big Stage.
“Saya okay dan rasanya peserta yang lain juga lebih layak untuk meneruskan saingan kerana mereka sudah lakukan yang terbaik. Kami sama-sama berpimpinan tangan, melihat susah payah setiap kali membuat persembahan.
“Kami budak-budak yang baru nak belajar, jadi harap semua boleh berikan ruang dan peluang,” pinta Syada optimis.
Dalam perkembangan lain, bintang YouTube ini bakal melancarkan single sulung dalam tempoh terdekat.
Lagu genre Balada itu merupakan hasil ciptaan Helen Yap dan Shila Amzah.
Big Stage 2019 ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Juri jemputan untuk minggu ‘Cannot Brain’ ialah Yusry KRU.
Seprang lagi peserta yang turut tersingkir pada minggu kelima saingan ialah Chaleeda, peserta dari Thailand.
Foto: Instgram Syada Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Atikah Suhaime tampil membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa ibunya itu tidak peka dengan keadaannya yang sedang berpantang gara-gara menyediakan asam pedas ikan pari.