Baru-baru ini, DJ Fuzz ada merakam foto bersama teman dan apa yang menyeramkan, seperti ada suatu penampakan yang samar-samar di belakang bintang berkenaan.
Ada meluahkan kebingungan atas hasil foto yang terakam itu, penyanyi rap ini ada meluahkan kebimbangan di Instagram.
“(Kenapa macam ada benda putih kat dalam booth tu)
“Scary gak tapi saya buat buat cam tu reflection la kot…anyways.
Ads
“Studio saya telah dikunjungi oleh founders @trulooks_malaysia untuk buat lagu produk diorang. So untuk their next launch, diorang akan release lagu ni.
“Team buat lagu ni: DJ Fuzz, Faezal, Hez Hazmi.
Ads
“(Still takleh move on ngan benda tu, korang rasa tu apa?),” luahnya.
Usahawan dan bintang media sosial, Kak KM atau nama penuhnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur kerana anak lelakinya, Faris Razman kini sudah genap 13 tahun.
Malah, Kak KM turut berkongsi sepotong video yang memaparkan gelagat kedua beranak itu saling berpelukan.
“Happy birthday hero mama, mama tak nak apa2 pun.. mama nak abg pandai belajar ok.. Jangan bodo malu mama,” tulis Kak KM.
Dalam pada itu, Kak KM turut menghadiahkan sebuah iPhone 8 kepada ‘birthday boy’.
Lebih meriah, kehadiran ahli keluarga yang terdiri daripada pelakon senior,Normah Damanhuri,Ahya Rosli dan saudara-mara yang lain turut sama memeriahkan majlis tersebut.
Erra Fazira kini sedang menantikan detik untuk berangkat ke tanah suci, bagi mengerjakan haji.
Difahamkan primadona alaf baru itu telah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain.
Sementara itu menerusi Insta Stories juru solek merangkap sahabat kepada bintang berkenaan, Erra dilihat memeluk erat anak tunggalnya, Engku Aleesya sambil kyusuk mendengar alunan azan.
“Terdahulu, heroin Hingga Hujung Nyawa berusia 45 tahun ini menerusi laporan media menyebut, dia akan terbang ke Makkah selama dua minggu sendirian.
Malah, Erra mengakui sudah pendam hasrat untuk melakukan haji lebih lima tahun lalu.
“Lima tahun saya simpan hasrat dan ada syarat-syarat perlu dipatuhi, tahun ini masa sesuai tambahan pula usia pun dah layak.
“Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. Ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri, maklumlah tak ada mahram,” katanya seperti yang dipetik mStar.
Pada masa sama, Erra yang turut berdoa agar haji yang bakal ditunaikan kelak mendapat haji mabrur.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pejam celik, pejam celik, rupanya hampir tiga tahun pelakon Ika Nabella dan suami, Muhammad Zaid diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Lalu,bintang drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini ada berkongsi membayangkan sebuah perkahwinan tidaklah selalunya indah.
Ini kerana, ada ketika ia dilihat manis dan sebaliknya.“3 years & 3 days. Marriage isn’t always a rainbow. More like an ocean to me, sometimes there’s strong current kadang2 tenang boleh snorkelling.
“Sometimes ribut sampai lemas.Marriage isn’t beautiful. It’s knowing someone loves you so much, and won’t leave you even though you said something nasty.
“It’s having someone back no matter what. It’s fight over stupid things. It’s those night you fall asleep in each others arms, feeling like there will never be enough time with them. It’s putting oil on their tummy bila gastric.
“Massage sampai lenguh tangan or just rubbing their head when they’re sick,” tulisnya.
Malah, pelakon ini turut memberitahu, kata sepakat adalah antara rahsia kebahagiaan sesebuah mahligai rumah tangga yang dibina.
“Marriage is agreeing on things we don’t actually agree. Clicking two hearts, blending two families, settling bills, commitments, jobs, houseworks. Etc100x.
“Marriage is the dirtiest, hardest most rewarding job because at the end of the day you get to crawl into bed with your best friend, the weirdest, most annoying, goofy, loving, perfect person you know.
“Marriage is not beautiful, but it’s one heaven of a ride.
“Happy Anniversary @zaidbowie May Allah protect our love, hearts & marriage,” tulis Ika panjang lebar.
Menerusi perkongsian video yang disunting Ika, melihatkan foto throwback ketika mereka berbulan madu.
Dalam pada itu, Ika yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6) turut berterima kasih kepada suaminya kerana sentiasa ada disisinya.
“Thank you for making me feel real about everything! Thank you for showing me exactly what true colours are. Thank you for making feel beautiful & loved & stress & sexy & ugly & perfect & imperfect & amazing & stupid & eh banyakkkk la rasa!
“I never never ever think of getting married dulu. Why eh bila jumpa you it changed everything? Bomohkan I eh? @zaidbowie PELIK!,” kongsi Ika yang kini sarat hamil di peringkat ketiga (third trimester).
Untuk rekod, Ika dan Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.
Foto: Instagram Ika Nabella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi MK K-Clique mendedahkan anaknya yang baru berusia dua tahun sudah mampu menghafal beberapa lagunya, termasuk ‘Pulang’ dan ‘Risiko’.