Pelakon cantik, Raja Ilya semalam memaklumkan dirinya bakal berkahwin dengan usahawan asal Australia yang dikenali sebagai TWG.

Menerusi Instagram, pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu memuat naik sepotong video khusus bagi berkongsi berita gembira berkenaan.

Selain merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan, Ilya turut berkongsi lokasi majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Bagaimanapun, pada majlis tersebut, hanya keluarga dan teman rapat saja yang diundang bagi memeriahkan majlis.

Terdahulu, Ilya menerusi temu bual bersama MH tidak lama dulu mengakui, dia sudah pun mengikat tali pertunangan bersama usahawan dan bekas model itu.

IKLAN

Malah lamaran tersebut turut dibuat secara mengejut oleh lelaki tersebut di Langkawi.

Pada masa sama, Ilya turut mengakui dia mengenali lelaki berusia pertengahan 30-an itu sejak beberapa tahun lalu.

Kedua-duanya saling kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika Ilya masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.

“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap.

IKLAN

“Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.

Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja,” katanya kepada MH.

“Ketika mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.

“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.

IKLAN

Serentak dengan pengumuman berkenaan, rakan artis juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama memberikan dedikasi dan ucapan tahniah buat pelakon tinggi lampai itu.

Moga hubungan kekal abadi, selama-lamanya amin. Tahniah buat Raja Ilya dan pasangan dari MH!

“Kenal Tunang Apabila Dia Menaiki Pesawat Sama,” – Bertunang 23 Oktober Lalu, Raja Ilya Sah Bergelar Isteri Usahawan & Bekas Model Warga Australia

“Kenal Tunang Apabila Dia Menaiki Pesawat Sama,” – Bertunang 23 Oktober Lalu, Raja Ilya Sah Bergelar Isteri Usahawan & Bekas Model Warga Australia

Foto: Instagram Raja Ilya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI