Awal malam tadi pelakon Rita Rudaini ada memuat naik posting terbaru iaitu foto bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Menerusi ruangan kapsyen foto berkenaan, Rita ada memaklumkan ada pihak yang bagaikan tidak senang andai dia berbaik semua dengan bekas suami demi anak-anak.

“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik, walaupun demi anak-anak. Gigihla cuba nak lagakan kami. Anak-anak kami jadi mangsa. KEJI dan JIJIK. AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan jadi baik. Nape ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami akan jadi macam lagu Stacy ‘bergabung meletop?’

“Rancanglah macam mana pun, buatlah macam mana pun, biar pun beribu tahun sisturr okay je. Sebab sisturr percaya, satu hari nanti TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada Daddy ryanjuna,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #sislanjesupper #AIRIT.

IKLAN

Beberapa hari lalu menerusi laporan Harian Metro, Aidil ada memberitahu dirinya sedia bertemu dengan anak-anak dan perkhabaran itu disambut baik Rita kerana sebelum ini, dia tidak pernah berniat untuk menghalang Aidil daripada bertemu kedua-dua anak lelakinya itu.

“Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.

IKLAN

“Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.

IKLAN

“Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik.

Foto: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI