Penyanyi, Ernie Zakri mengakui rasa teruja apabila mendengar khabar bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara peribadi inginkan dia menyanyikan lagu Anta Permana sekiranya ia berjaya ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

Katanya, pengiktirafan seperti itu sudah cukup baginya selama berada dalam industri seni ini.

“Saya baca perkara ini menerusi pihak media dan pihak Tok Ti sendiri tak bagitahu apa-apa jadi saya tak tahu sama ada ia ‘confirm’ atau pun tidak.

“Jujurnya, apa yang dikhabarkan Tok Ti, saya rasa very honoured sebab Tok Ti kot dan saya individu yang dipilih untuk menyanyikan lagu dia, lagu baru dia pula tu.

IKLAN

“Itu bagi saya adalah satu lagi kejayaan dalam karier saya walaupun hanya dimention itu dah macam anugerah untuk saya.

“Tapi saya tak berani nak mengatakan apa-apa, maksudnya akan buat ataupun tidak sebab ada pihak yang perlu saya bincangkan hal ini,” katanya kepada MH.

IKLAN

“Jujurnya, Apa Yang Dikhabarkan Tok Ti, Saya Rasa…,” – Rasa Apa Tu, Ernie Zakri?

IKLAN

Ernie berkata demikian ketika ditemui di pelancaran muzik video (MV) single barunya, Ku Bersuara di Pintu, Old Malaya pada Rabu.

Sebelum ini, Siti menerusi satu kenyataan media berkata beliau secara peribadi menyatakan nama penyanyi muda itu andai Anta Permana tercalon dalam Muzik-Muzik seterusnya berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL).

Foto/Instagram: Rocketfuel Entertainment & CTDK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI