Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin menyifatkan isu penyanyi yang ‘terkucil’ ketika membuat persembahan lagu adalah sesuatu yang normal dan boleh berlaku kepada mana-mana penyanyi, lebih-lebih lagi secara langsung.
Kata Sarah kepada MH, kemungkinan untuk rasa gementar apabila membuat persembahan secara ‘live’ itu pastinya ada dan baginya, tidak semua penyanyi mampu melontarkan vokal sempurna setiap masa.
“Penyanyi juga manusia biasa. Kemungkinan untuk terjadinya ‘terkucil’, ‘silap masuk’ atau tersalah lirik itu akan ada.
“Malah saya juga pernah lalui situasi berkenaan, bila mana ketika menyanyi secara langsung, ada hal yang tidak diingini berlaku.
“Jadi mahu tidak mahu, kita perlu teruskan juga dan berusaha untuk memperbaiki dan memberikan yang terbaik.
“Saya juga percaya hal sama juga terjadi kepada penyanyi seluruh dunia,” ujarnya.
Ads
Penyanyi Semakin itu berkata demikian sebagai mengulas situasi yang dialami Nabila Razali yang ‘terkucil’ ketika mendendangkan single terkininya, di sebuah stesen TV baru-baru ini.
Klip video tersebut dikongsi wargamaya hingga mencetuskan viral dan sekali gus membuatkan penyanyi berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen selepas itu.
Simpati atas kritikan yang diterima penyanyi junior terbabit di media sosial, isteri kepada Shuib itu turut mengakui dia rasa sedih kerana ada yang memberikan kritikan secara melampau.
“Saya pelik kerana ramai pula yang menilai kredibiliti seseorang penyanyi itu hanya kerana satu kesilapan. Kita tidak tahu apa situasi yang dilaluinya.
Ads
“Adalah lebih baik untuk kita berikan komen membina, tetapi dengan bukan cara menghentam sebab sekurang-kurangnya dia dapat belajar dan perbaiki diri,” jelas Sarah lagi.
Ditanya apakah pesanannya sebagai penyanyi tersebut, Sarah berharap agar Nabila terus kuatkan semangat, teruskan belajar dan bersabar.
“Saya boleh mintanya untuk bersabar dan ya, nasihat itu mungkin nampak seperti ‘klise’. Tetapi itulah perkara yang kita mampu lakukan seadanya.
Ads
“Zaman awal saya dan dia cukup berbeza di mana ketika ini semuanya boleh dizahirkan di media sosial sahaja.
“Bagaimanapun kami kini sedang berada pada zaman sama. Saya juga pernah lalui apa yang dia hadapi.
“Kena tenang dan sekiranya dia memerlukan bantuan vokal, adalah lebih baik untuk terus belajar serta jangan pernah putus asa untuk terus menghiburkan peminat,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, Datuk Norman Abdul Halim ada mengimbau memori peminat apabila memuat naik cover album debut kumpulan KRU, Canggih yang dilancarkan kira-kira 27 tahun lalu.
Berkongsi menerusi entri terkini di Instagram, Norman, 49, di ruangan kapsyen turut mendedahkan kisah menarik di balik album pertama trio adik-beradik itu.
“Album pertama KRU 27 tahun lalu. Pada mulanya, 9 dari 10 lagu dari album ini diharamkan di radio.
”Hanya lagu “Sekali Lagi (Gadisku)” yang mendapat kelulusan pihak RTM. Ketika itu ERA atau Hot FM tidak wujud lagi. Hanya ada radio RTM.
”Walaubagaimanapun video muzik lagu “2020” mendapat siaran meluas TV1 & TV2. Hit single “Hanya Kau” & “Cherrina” juga mendapat tempat selepas KRU membuat sedikit perubahan kepada lirik lagu.
”Album “Canggih” boleh didapati di www.kru2u.com @kru2u.originals,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat terkenang kisah lalu dan ada yang turut berkongsi perihal pengalaman masing-masing yang meminat KRU sedari awal.
Foto: Instagram Norman Abdul Halim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Catriona Ross ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi posting tesebur, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Bahrin Ross telah bertanya satu soalan kepada kaum wanita.
“Kenapa perempuan selalu bagi chances to men yang selalu menipu ? Even if you know he is lying straight to your face, bila dia sweet talk je, bagi peluang lagi ! You all macam tu tak?,” tulisnya.
Lalu, perkongsian pelakon berusia 38 tahun mendapat komen yang pelbagai daripada peminatnya.
Dalam perkembangan lain, Catriona bersama rakan pelakon seperti Ayda Jebat, Syazuwan Hassan dan Nazim Othman kini sibuk di lokasi drama bersiri berjudul Cindai yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Setelah genap dua tahun pergi bertemu Sang Pencipta, balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah ada menitipkan doan dan ucapan buat arwah suami tercinta.
Pada masa sama, Hidayah turut memuat naik sepotong rakaman video yang memaparkan momen indah ketika berkarokae bersama arwah suaminya.
Tambahnya lagi, kenangan manis bersama arwah akan sentiasa terpahat diingatan buat selama-lamanya.
“Al_fatihah 10/2/2022 Genab 2Tahun Allahyarham suamiku Syed Umar Mokhtar pergii semoga Kita berjumpa disyurga kelak amin-amin.
“Sentiasa hadiakan Bacaan Yasin untuk mu setiap hari. Kenangan terpahat dihatiku Dan selamanya,” tulisnya.
Pelakon Aprena Manrose akhirnya tampil mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Mohd. Afiq Hazman, sekali gus menamatkan segala teka-teki dan spekulasi yang bertebaran sebelum...