Tabung Naelofar For Humanity yang dilancarkan jenama tudung, Naelofar pada 29 dan 30 Mei lalu berjaya mencatat jualan sebanyak RM144,667.82.

Kesemua keuntungan yang diperolehi itu disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas ekoran situasi semasa yang berlaku ketika ini.

Rekod jualan tersebut dikongsikan menerusi akauan rasmi Naelofar, pada Ahad dan ia turuti dikongsikan Neelofa menerusi Instastory.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hijab & Lifestyle (@naelofar)

“As #NaelofarForHumanity campaign comes to an end, we’re honoured to announce that we have raised RM144,667.82 for the Naelofar x @myfundaction Fund.

“The fund will be used entirely towards rebuilding efforts in Palest1n3, and we couldn’t have done it without all of you.

IKLAN

“Thank you to all who have made a pledge and donated. This surely doesn’t mean that the support has to stop. Continue your support to #freepal3st1ne,” tulis kapsyen terbabit.

Kempen ‘Naelofar For Humanity’ Bantu Pembangunan Semula Palestin Catat Jualan Hampir RM150,000

Sebelum ini, Neelofa menerusi Naeloar di dalam satu kenyataan menjelaskan, objektif kempen tersebut adalah untuk memberikan kesedaran seterusnya dapat menyumbang bagi pembinaan semula Palestin.

“Okbjektif saya adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin dalam kalangan pengguna, juga dapat memberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.

IKLAN

“Justeru, 100 peratus keuntungan yang diraih menerusi kempen ini akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction,” katanya.

Menurut Neelofa, dia berharap inisiatif yang dilakukan dapat membantu rakyat Palestin yang menderita ketika ini.

“Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat sangat memerlukan di sana,” katanya.

IKLAN

Usaha murni itu turut disertai oleh artis popular seperti Kilafairy, Wany Hasrita dan Amira Othman.

 

Kempen ‘Naelofar For Humanity’ Bantu Pembangunan Semula Palestin Catat Jualan Hampir RM150,000

Kempen ‘Naelofar For Humanity’ Bantu Pembangunan Semula Palestin Catat Jualan Hampir RM150,000Jualan tersebut bagi projek berkenaan difahamkan telah diadakan di seluruh saluran jualan Naelofar iaitu di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan.

Foto: Instagram Neelofa, Naelofar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI