Pelakon Hisyam Hamid ada memuat satu foto babak di dalam lakonan terbaru, Cukup Derita Ini yang kini rancak bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.
Mendukung watak sebagai Zarul Zafran di samping Elani lakonan mantap Ruhainies, drama berkenaan nyata menjadi buah mulut ramai dan masing-masing tidak sabar untuk menantikan episod seterusnya.
“Antara cabaran sebagai Zarul, sejak kemalangan dia jadi tak betul sikit.
Ads
“Paling saya takut, kalau lakonan saya nk sampaikan kebudak-budakan tu tak sampai kepada penonton.
“Harap uol terhibur dgn persembahan kami. Doakan la Zarul cepat sembuh jadi x pelik lagi perangai dia,” tulisnya.
Cukup Derita Itu yang ditayangkan pada Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam merupakan karya Siti Rosmizah dan turut menampilkan pelakon hebat lain Jasmin Hamid, Didie Alias dan Chacha Maembong dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ikmal Amry mengakui dia rasa gembira dan teruja apabila isterinya, Najla Shamsul, kini hamil anak pertama mereka.
Sambil menyatakan rasa syukur, Ikmal, 26, mengakui sudah lama memasang impian untuk memiliki cahaya mata sendiri, mengenangkan teman lain sudah pun berkeluarga.
“Pertama sekali, Alhamdulillah kami bersyukur di atas pemberian ini walaupun kandungan masih dalam peringkat awal lagi. Semoga semua dapat terus mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri, InsyaAllah.
“Nak kata merancang itu, tidak adalah. Bagi kami, ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Cuma sejak saya berusia awal 20-an pun, saya sudah teringin mempunyai cahaya mata sendiri, lebih-lebih lagi apabila melihat kenalan rapat semua sudah bercahaya mata.
“Itu juga adalah antara pemangkin untuk saya berkahwin muda Saya kalau boleh tidak mahu melambat-lambatkan peluang mendapat anak.
“Najla pun sudah bersedia untuk fasa ini kerana dia sudah terbiasa menjaga anak-anak saudaranya. InsyaAllah kami berdua sudah bersedia,” kata, menerusi Majalah Remaja.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kehamilan isteri, bintang siri Gantung itu mendedahkan dia turut alami ‘alahan’ pada peringkat awal seperti loya tekak dan tidak mempunyai selera makan.
Selain itu, emosinya pula yang kurang stabil.
“Saya pernah dengar cakap orang tua-tua bahawa simptom kebiasaan perempuan mengandung ini akan dialami oleh suaminya dahulu,” katanya.
Pasangan ini juga belum bersedia untuk berkongsi usia kandungan sehingga keadaan bayi dan ibu stabil, mengikut pandangan doktor.
“Kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dari zaman saya bujang hinggalah sekarang, saya hanya mengharapkan doa kalian untuk saya sekeluarga dan bayi yang bakal datang ini.
“Setiap doa dan sokongan moral daripada kalian amatlah saya hargai. Kalau ada tip dan ilmu sebagai parents muda, kongsilah kepada kami berdua,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ikmal kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia terbitan A Aida Productions di samping Amelia Henderson, Aedy Ashraf dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan dia memotong giliran pengambilan vaksin yang turut membawa kepada isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, dalam satu kenyataan memohon maaf sekiranya perkongsiannya di media sosial menyinggung sensitiviti dan rasa kurang senang sesetengah pihak.
“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.
“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Tidak timbul istilah memotong giliran mengambil vaksin seperti dakwaan segelintir pihak. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.
“Justeru itu, saya mengambil pendekatan untuk memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada menjadi bertambah rumit.
“Saya juga berharap mana-mana pihak tidak menambahkan lagi salah faham berhubung isu ini.
“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham. Assalamualaikum!,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan memotong giliran sebaliknya pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah berdasarkan rujukan doktor pakar.
Pasangan tersebut menerima vaksin pada 25 Mei di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak berdasarkan masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengakui dia tidak pernah menyesal atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini, selepas mengambil keputusan untuk berhijab penuh tahun lalu.
Menurut Kilafairy atau mesra disapa Kila,29, dia menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, seterusnya cuba menjadi individu yang lebih baik.
“Saya cuba untuk ‘tanamkan’ ia di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak… sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Akan tetapi jalan hidup saya seperti ini.
“Saya tidak menyesal atas apa yang telah berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
“Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas,” katanya yang sering menitipkan doa, meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
Anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini berkongsi pengalaman indahnya itu menerusi program YouTube, No Turning Back dari Hijabista.
Ditanya mengenai pandangan pesimis yang mendakwa dia hanya sekadar mengikut trend apabila berhijab, Kila menjelaskan persepsi itu pasti akan wujud.
“Itu tetap akan ada. Macam inilah, kita buat jahat pun orang akan cakap elok dan begitu juga sebaliknya. Yang terbaik ialah setkan niat. Kenapa saya pakai tudung adalah kerana Allah SWT.
“Bila saya terapkan ia, segala kecaman yang datang tidak mengganggu, alhamdulillah.
“Malah saya pun merasakan bila kenakan tudung pun adalah atas doa netizen. Bila saya pakai tudung dulu, ramai yang mendoakan semoga saya diberikan hidayah, kekal berhijab. Saya aminkan sahaja,” katanya lagi.
Kini lebih tertarik untuk untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama, Kila turut bercerita mengenai perbezaan dirinya dulu dan sekarang.
“Cuba untuk jaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti.
“Kalau sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.
“Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terusbelajar.
“Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ,” katanya yang mendapat sokongan padu dari ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebh baik.
Ikuti versi perkongsian penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.