Pelakon Sari Yanti sekali lagi berdepan ujian berat apabila disahkan mengalami kehamilan ektopik buat kali kedua, baru-baru ini.

Dalam perkongsian terbaharunya di Instagram, isteri kepada Jep Sepahtu itu turut berkongsi detik menyayat hati melibatkan anak perempuan tunggalnya, Dariya Inara.

Sejurus keluar dari hospital, Sari memuat naik satu sedutan video memperlihatkan Dariya menitiskan air mata kerana bimbang terhadap ibunya, sejak malam sebelum Sari dimasukkan ke hospital.

“My only princess menahan kesedihan sejak malam mama packing nak pegi hospital. Menangis teresak-esak dia.

“Takut mama pegi lama, takut mama sakit. Laju degupan jantung dia tengok mama nak pegi hospital.

“Bila video call dia kat rumah, terkelip-kelip matanya, sebak dada dia tahan air mata biar tak jatuh supaya mama tak risau.

Ads

“Matang sebelum usianya sebab selalu tolong mama jaga adik-adiknya,” kongsi Sari di dalam hantaran yang sudah pun meraih lebih 50,000 tanda suka itu. 

Keluar Hospital Sejurus Pembedahan Akibat Kehamilan Ektopik, Sari Yanti Kongsi Saat Sayu Dariya –  “Bila Video Call Terkelip-Kelip Matanya, Sebak Dada Tahan Air Mata…” Keluar Hospital Sejurus Pembedahan Akibat Kehamilan Ektopik, Sari Yanti Kongsi Saat Sayu Dariya –  “Bila Video Call Terkelip-Kelip Matanya, Sebak Dada Tahan Air Mata…”

Dedikasi Buat Si Puteri Tunggal

Dalam perkongsian sama, isteri kepada penyampai radio, Jep ini turut menzahirkan rasa syukur dan kasih terhadap permata hatinya itu.

Ads

“Hari ni dia jemput mama balik, air mata dia dah tak boleh tahan lagi. Terus jatuh laju.

“Mama minta maaf sayang. Mama love you Dariya. My one and only princess. Anak solehah, anak yang baik,” tulisnya lagi.

Sekadar info, kehamilan ektopik berisiko tinggi untuk berulang, terutama bagi wanita yang pernah mengalaminya sebelum ini.

Ads

Antara faktor penyumbang termasuk sejarah perubatan seperti penyakit radang pelvis dan pembedahan tiub fallopio.

Terdahulu Sari Yanti dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI