Penyanyi Arrora Salwa diumumkan sebagai bintang yang tersingkir pada minggu kelapan saingan program realiti, Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi selepas berada di kedudukan paling corot iaitu hanya 55.20%.
Arrora yang menyampaikan lagu Siti Nordiana, Cinta Hanya Sandaran gagal memikat hati para juri meski sudah cuba melakukan yang terbaik.
The Lima Nombor Satu!
Sementara itu, kumpulan The Lima buat pertama kali berjaya menjuarai persembahan di minggu ini menerusi lagu Aku Bukan Untukmu nyanyi Rossa apabila mencapai markah sebanyak 74.40%.
Berada di ranking kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Liza Aziz dengan 74.00% dan Ning Baizura 73.60%.
Ads
Semak Markah Minggu ke-8
Ini dia barisan markah yang diperolehi semua bintang yang masih kekal di dalam saingan;
Ads
Ads
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad manakala Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan bintang senior Indonesia, Hetty Koes Endang bertindak ssbagai juri profesional.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi, Arrora Salwa, 39, tidak melenting apabila namanya dikaitkan segelintir netizen dengan dakwaan mengamalkan sihir ketika bersaing di dalam program realiti Gegar Vaganza 11 (GV11).
Menurut Arrora atau nama sebenarnya, Salwa Md Razak, dia hanya mahu tenang daripada terus memkirkan mengenai dakwaan yang tidak berasas itu.
“Saya tidak tahu bagaimana isu itu boleh timbul. Tapi beginilah, apa yang boleh saya cakap, kalau saya seorang manusia yang amalkan ‘mandrem’, saya tak pernah ada dalam kedudukan lima teratas dalam GV11.
“Cuma satu saja yang saya nak pesan. Kepada sesiapa yang menimbulkan cerita ini, terima kasih sangat sebab pahala percuma awak mengalirkan kepada saya. Jadi terpulanglah.
“Antara dia dengan saya, saya tak nak tahu siapa mula timbulkan mengenai perkara itu. Tetapi itu hal antaranya dengan Dia, biarlah. Saya okay saja, tak mengapa,” katanya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Ahmad itu berkata demikian ketika ditemui sejurus saingan minggu ke tujuh GV11 di Auditorium MBSA Shah Alam, malam tadi.
Arrora bagaimanapun mengakui sudah mendapatkan nasihat peguam susulan dakwaan yang bertebaran.
“Orang sampai-sampaikan malah dekat ruangan komen pun ada juga. Biarkan sajalah. Lepas tu saya cakap kalau pakai ‘mak esah’ sekalipun, tak kan lah asyik dapat markah rendah sahaja.
“Sekurang-kurangnya biarlah di kedudukan lima dan ke atas atau baik nombor satu terus. Kekal nombor satu sampailah habis pertandingan.
“Cuma seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, selagi ia tidak mengganggu nama baik saya dan keluarga, okay lagi.
“Saya ada juga rujuk dan berbincang juga isu ini dengan peguam. Nasihatnya sebagai ‘public figure’, selalunya benda-benda macam ni memang boleh berlaku.
“Selagi ia tidak mengganggu nama baik kita tenang sahaja dulu. Tetapi kalau ada apa-apa, maklumkan mengenai perkara itu kepadanya, saling pantau dan akan ambil maklum.
“Setakat ini saya okay sahaja, anggap ia sebagai hiburan. Bak kata Tok Ram (Ramli MS), ‘tin kosong’ jangan dilayan. Jadi itulah yang saya pegang,” katanya lagi.
Terdahulu, Arrora memuat naik sepotong video di media sosial yang memaparkan dirinya lalu di bawah ampaian sebagai reaksi balas terhadap dakwaan khabar angin sebelum ini yang kononya dia ada menggunakan ‘mandrem’ atau ‘mak esah’ di GV11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Susulan kemelut rumah tangga, pelakon Jay Iswazir mendedahkan dirinya telah teruk dikecam netizen sehingga ada pihak yang menghantarkan mesej ugutan.
Jelas Jay, situasi tersebut tercetus selepas tular pendedahan daripada bekas isteri, Azzahra Ahmad yang mendakwa dia ada melakukan keganasan dalam rumah tangga.
Walau teruk dikecam, Jay memaklumkan dirinya kekal tenang dan percaya Allah sentiasa ada bersamanya.
“Disebabkan kes ini, saya menerima kecaman yang paling teruk sepanjang bergelar anak seni. Ada yang kata saya dayus.
“Malah, saya ada menerima mesej daripada seorang wanita yang nak pukul saya. Ugutan pun ada tapi buat masa ini, saya baik-baik sahaja. Allah ada untuk saya.
“Saya baca komen-komen yang diberikan namun saya tidak koyak. Saya hanya merenung apa yang Allah nak susun untuk saya,” katanya kepada MH.
Jay berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Dajal yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Jay memaklumkan dirinya mahu kekal positif meskipun isu ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi dan nama baiknya.
“Kesan kepada kerjaya? Saya tidak berapa pasti. Namun, pada permulaan isu ini, nama saya memang ada ditolak. Apapun, saya tetap huznuzon.
“Sebelum kes ini berlaku, saya sudah biasa menerima penolakan. Saya tak berani untuk mengatakan sama ada nama saya ini direhatkan kerana sebelum ini, situasinya tetap sama.
“Melainkan kalau saya memang menerima surat rasmi daripada mana-mana pihak atau stesen tv. Jadi, saya berfikir baik sahajalah. Kalau ada rezeki saya, in sha Allah akan tetap ada. Buat masa ini saya okay sahaja,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia melihat ujian ini sebagai ruang untuk merefleksi diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
“Isu ini mengajar saya untuk kekal bertenang walau apapun situasinya. Malah, ia mendekatkan saya lagi untuk mendalami makna reda dan ujian Allah.
“Ketika ini, bila kita sebut sahaja nama Allah atau fasal agama, kita akan dilabel sebagai penunggang. Pada saya, dalam hidup ini tiada yang kebetulan.
“Bila jadi isu seperti ini, saya fikir Allah nak cuci dosa saya. Allah nak lihat apa tindak balas saya dan sebab itu saya berdiam diri,” akhirinya.
Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas pendedahan yang dibuat Azzahra yang mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Kedua-dua mereka dalam proses mencari kata sepakat selepas Azzahra menerima notis tuntutan daripada Jay pada Disember lalu.
Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang bakal ditayangkan pada 6 Februari depan.
Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Solatadalahkewajipan, bukan pilihan. Mengabaikanibadatiniadalahsatukerugian besar.”
Demikian jelasKetuaPegawaiEksekutif Madad International SdnBhd, Ustaz Mohammad YaakubYusrayang suksesmelancarkanprodukterbaharu, Jam Azan MADAD Promas, pada Sabtu.
Menurut Ustaz Mohammad Yaakub yang juga salah seorang panel program Tanyalah Ustaz di TV3 ini, salah satu cara untuk terus mengingati waktu solat adalah dengan peka terhadap masa.
“Bagaimanakitasebagaihamba-Nya menjagaamanahini? Salah satucaraialahdengan sentiasamengingatiwaktusolat.
“Jam Azan MADAD ini dilancarkanuntukmembantukitamelaksanakankewajipanini sambilmenjadiperingatanharianuntukmemperbaiki diri,” katanya.
Tambah Ustaz Muhammad Yaakub, jam azan inimembawakanelemenkeunikansuasana masjid kedalamrumahdenganrekaanmodenserta fungsimesrapengguna.
“Jam inibersaizlebihkompak dan harganyajugamampumilikberbandingproduksama di pasaran.
“Ia turutmendapatkelulusan daripadaKementerianDalamNegeri (KDN) serta pengesahanJabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memastikanwaktusolat yang dipaparkanadalahtepat.
“Malah ia dihasilkan bersama ciri-ciri khas yang boleh dimanfaatkan pengguna seperti peringatan sebelum azan menerusi bacaan surah dimainkan 10 minitsebelumwaktusolat.
“Zikir harian juga boleh didengari menerusi jam azan ini dan penggunaboleh menukarlatarbelakanggambar latar jammengikutcita rasa masing-masing misalnyaimej Masjid NabawidanMasjidil Haram.
“Insya-Allah kita juga boleh usaha untuk bentuk latar mengikut kehendak pelanggan dan harga jam azan kita bermula dengan RM298.
“Jadi inilah bukti bagaimana kita mengekspoitasi teknologi moden untuk mengukuhkan amalan ibadah. Ia bukan sekadar jam tetapi panduan harian untuk memperbaiki diri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pihaknya juga optimis bakal memperkenalkanversi jam pintar yang bakalberfungsisebagaidiarisolat, membolehkan pemakai untuk menyemak waktu untukmendirikantiang agama.
Sementara itu, jam Azan MADAD dibangunkandengankerjasamaPromasSdnBhd, iaitu sebuahsyarikatberpengalamanlebih 19 tahundalam membekalkan jam azan kepada masjid dansurauseluruhnegara.
Operasipengeluarankinidikendalikansepenuhnya olehMadad International SdnBhd, dankualiti jam ini dijamindenganwarantiselamaduatahun.
Pihaknya juga berhasrat untukmemastikansetiaprumahmemiliki sekurang-kurangnyasatu Jam Azan MADAD sebagai usahamembantuumat Islam menjagawaktusolat denganlebih baik.
“Untuk keluaran yang pertama, kita hasilkan 1,000 unit dan selepas ini akan dibesarkan kepada 5,000 ke 10,000 unit untuk dipasarkan secara meluas.
“Alhamdulillah untuk tempahan secara atas talian, pihak kami sudah menerima beratus tempahan dan ada yang ‘walk in’ ke MADAD untuk mendapatkannya. Alhamdulillah, satu perkembangan yang baik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff tampil menjelaskan mengenai beberapa hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads dan dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan peribadinya.